Tuesday, August 19, 2008

baBy

Baru-baru ini saya sekeluarga menziarahi adik SK yang telah mendapat baby baru. Baby baru itu merupakan anak sulung adik SK dilahirkan di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Kita semua di budiMaN pula mungkin ternanti-nanti baby baru dari Miza isteri Apamz yang bakal di lahirkan tidak lama lagi. Tadi saya cuba menghubungi Apamz tetapi mungkin sudah terlalu lewat. Beliau yang biasanya baru sampai ke rumah dari berniaga di pasar malam tidak menjawab panggilan saya. Saya ingatkan nak bersembang bertanya khabar beliau dan Miza sekeluarga serta bertanya-tanya persediaan kelengkapan baby yang beliau telah ada. Hasrat saya mungkin boleh membantu beliau jika masih ada kelengkapan yang belum dibeli lagi. Saya percaya dengan keadaan beliau, masih banyak kelengkapan baby yang tiada. Insyaallah mungkin esok pagi atau tengahari saya akan bertanyakan beliau lagi. Kalau ada kengkawan lain yang telah bertanya kepada Apamz berkenaan perkara ini, haraplah dapat memberitahu saya supaya kita boleh coordinate sumbangan yang diperlukan Apamz nanti.

Tabung Amal budiMaN yang telah dilancarkan pada 27 Jun 2008 yang lalu setakat ini telahpun memperolehi sumbangan berjumlah RM850. Sebanyak RM300 telahpun di sumbangkan kepada Apamz semasa isterinya Miza di masukkan ke Hospital HTAA tempohari dan kini baki Tabung Amal budiMaN berjumlah RM550. Ingin saya tegaskan, setakat ini tiada sumbangan lagi di berikan kepada penoreh getah atau program amal yang lain dari Tabung budiMaN.

Cuma saya difahamkan ada penyumbang individu yang telah menghubungi saya dan saya berikan nombor telefon penoreh getah untuk beliau hubungi sendiri telahpun membuat sumbangan individu kepada penoreh getah berjumlah RM300. Penoreh getah memberitahu saya perkara ini dan memanfaatkannya dengan membeli barangan keperluan dapur untuk makanan keluarganya dan selebihnya di simpan untuk keperluan anak-anak beliau nanti. Perbelanjaan lain yang mana beliau datang ke KL dan sebagainya masih lagi atas ihsan beberapa rakan-rakan di KL untuk tambang bas dan makan minum serta tempat tidur. Kedatangan beliau ke KL pun adalah pelawaan sebilangan rakan-rakan budiMaN bagi membantu beliau mendapatkan pekerjaan dan sedikit peluang perniagaan. Moga-moga niat ikhlas kengkawan budiMaN yang ingin membantu beliau beroleh kejayaan.

Masih banyak lagi kerja-kerja amal selain sumbangan kepada rakan budiMaN yang memerlukan di harap dapat dilaksanakan terutama menjelang Ramadhan nanti. Untuk itu saya dengan tidak pernah merasa penat dan jemu dan malu, merayu kepada rakan-rakan budiMaN semua supaya sudilah kiranya menghulurkan sumbangan setakat mana yang termampu. Ingatlah kepada Apamz, Penoreh Getah dan Maahad Tahfiz Darul Fikri yang ketiadaan makanan. Memberi makan kepada mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan nanti tak perlulah saya huraikan kebaikan yang akan diperolehi.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Kida..uihhh kul 1 lebih x tdo lagi duk update ek?? hehe..Alhamdulillah ada juga peningkatan sumbangan dalam tabung tu..

Ummi ada bertanya kepada apamz, beliau baru membeli sedikit keperluan baby berbentuk pakaian saja..Barangan lain seperti tilam/bantal, kelambu, buaian, pampers, bedak/minyak sume tu xda lagi. Beliau pesan sgt2 jangan bersusah payah untuk dia..tp dah bgtau, tolong sikit sorang, x terasa pun..

Barangan keperluan untuk Miza seperti barut/upah mengurut semua akan diuruskan di kampung yang mana adik Miza (lepasan SPM) sanggup menjaga Miza ketika dalam pantang nnt. Miza akan berpantang di kampungnya iaitu Kg. Luit, Maran dan adiknya hanya akan mencari peluang pekerjaan selepas Miza habis berpantang nanti. Mungkin perlu diberikan ubat2an seperti minyak angin, minyak urut, herba sume tu..dan semuanya memerlukan kos jugak termasuk upah mengurut pun kan.

**psst..Boleh dah pakat2 kalu nk beli keperluan tu sekarang..

Anonymous said...

salammmmm...
aik.sk bergambar kat babies tu....camnak tambah jerrrr....

mmm...ummi u truly very the helpful person.Semuga ALLAH swt membalas jasa keringat ummi sekeluarga.

Anyway....ada cakap ngan apamz..dia ceria cam biasa n still tabah dan lebih tabah.Persiapan yg perlu da dilakukan n mungkin persiapan lain akan menyusul kelak.

p/s..musim cuti sekolah ni..musim tambah baby kot?..