Thursday, February 21, 2008

LaGi beRitA kaWan-KaWaN

Ada beberapa berita kengkawan yang nak saya share kat sini. Antaranya ialah :

1. Bulu atau Razani diA ada menghantar sms kepada saya bertanyakan khabar semalam. Beliau beritahu saya beliau sihat sejahtera dan kini sedang menunggu cahaya mata pertama beliau dengan isterinya Izan yang di jangka bersalin pada bulan Ogos ini. Bulu yang sebelum ini mempunyai 3 anak angkat bersama aruah isteri dahulunya juga mengirim salam kepada semua kengkawan budiMaN yang mengikuti blog ini.

2. Amir USA juga ada menelefon saya dari Michigan semalam bertanyakan khabar. Beliau sekeluarga juga berada dalam keadaan sihat sejahtera dan mengirimkan salam kepada semua kengkawan budiMaN.

3. Tak sangka juga artikel saya pada hari Selasa lepas (artikel di bawah) berkaitan perkara 3 membuatkan ramai kengkawan budiMaN yang menghubungi saya untuk menceritakan kisah mereka dan mendapatkan kepastian dari saya. Walaubagaimanapun tidak dapatlah saya revealed apa-apa cuma ceritanya berkemungkinan berkaitan dan agak menyedihkan kepada sesetengah kengkawan budiMaN kita. Harap kepada mereka yang telah menghubungi saya supaya bersabar dalam menempuh liku-liku hidup ini walaupun betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.

4. Jam sekarang dah hampir pukol 1-17 pagi. Antu dan Puis ada menghubungi saya menyatakan beliau berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja. Saya tergerak untuk menghubungi Apamz bertanyakan khabar berita beliau sekeluarga. Tapi dah lewat malam dah ni. Ada tak kengkawan budiMaN yang menghubungi beliau dan bertanyakan khabarnya mungkin boleh share dengan kita di sini.

3 comments:

SaYanG kidA said...

Tahniah buat izan dan razani kerana bakal menjadi ibu dan bapa.

Anonymous said...

salam budiman...
Tahniah Razani (Bulu) dan istri..maaf krn x dpt menghadiri majlis perkahwinan..semuga berbahagia ke akhir hayat...dan tahniah menimang cahaya mata baru.
Syukur Alhamdulillah.

walid n famili

LaN KidA said...

Salam,
Malam tadi berpeluang untuk telefon Apamz. Beliau sekeluarga berada dalam keadaan sihat walafiat. Katanya Walid pun ada telefon beliau siang tadi. Sebenarnya ada khabar gembira oleh Apamz, sebab itulah agaknya saya rasa tergerak untuk menelefon beliau sebelum ini. Walaubagaimanapun Apamz beritahu saya untuk tidak siarkan di blog. Jadi kalau kengkawan nak tahu, baiklah telefon sendiri Apamz dan bertanyakan khabar itu dari beliau.