Tuesday, February 19, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Ada beberapa berita yang nak saya sharekan di sini berkaitan budiMaN. Ada yang saya ketahui melalui e-mail dan ada juga yang menelefon saya sendiri. Antaranya ialah :

1. Kitang ada mengirimkan gambar surau Kg Tanjung Belengu tempat berlangsungnya eM2bP oleh budiMaN tempohari. Ianya gambar seperti di atas di mana penduduk kampung tersebut nampaknya telah memanfaatkan duit tunai sumbangan budiMaN tempohari dengan membuat tangga batu/simen (sebelum tu tangga surau hanyalah kayu dan batu sahaja) serta tangga tempat wuduk serta memasang tiles di bahagian hadapan surau. Ianya adalah saranan dari budiMaN sendiri yang mengharapkan agar sumbangan tunai tempohari yang disampaikan kepada Ketua Kampung Tg Belengu, di manfaatkan dengan memasang tiles di bahagian hadapan surau. Alhamdulillah, insyaallah semua budiMaN yang menyumbang dalam eM2bP akan memperolehi saham akhirat yang amat besar dengan binaan tiles tersebut.

2. SK ada memberitahu bahawa beliau menerima e-mail dari Fezah di USA. Fezah kini sedang menduduki pengajian peringkat phD di sana. Katanya baru 1st year tapi dah rasa mengah dan banyak sangat kerja. Katanya lagi less then 25% yang tak dapat menghabiskan doctorate ni dan ramai student especially kat UK tak dapat nak habiskan. Fezah juga ada memberitahu bahawa beliau menyokong penuh kerja amal budiMaN dan kalau ada peluang misi amal budiMaN ke tempat-tempat macam Cambodia dan Myanmar, beliau akan menghulurkan bantuan. Fezah kata umat Islam di Cambodia dan Myanmar sememangnya memerlukan bantuan dan sumbangan dan amat suka kalau ada pihak yang ingin membantu. Mungkin juga kita boleh minta Fadzil Othman yang kini bertugas di Cambodia untuk membantu. Fadzil pun ada memberitahu di ruangan komen artikel di bawah berkaitan kerja amal di sana ni. Harap Fadzil boleh ceritakan secara terperinci bentuk kerja amal yang budiMaN boleh lakukan di sana. Insyaallah, kalau ada rezeki dan akan diusahakan secara serius, budiMaN boleh charter satu flight untuk ke Cambodia buat kerja amal nanti. Amin, mudahan-mudahan jadi kenyataan. Thanks Fezah for the info dan harap Fezah dan keluarga serta rakan-rakan lain seperti Mizi, Fadzil dan Pyan dll yang berada di luar negeri tabah menjalani kehidupan di perantauan.

3. Baru-baru ini saya terima call dari seorang rakan budiMaN (kerja berniaga juga) yang menghadapi masalah kewangan. Khabarnya kereta beliau telah ditarik dan masalah kewangan beliau amatlah kritikal. Susah juga kerana dia telefon saya pun masa tu saya di Perlis selama 3 hari untuk urusan kerja dan saya tak berpeluang untuk membantu beliau. Beliau pula memohon bantuan secara urgent. Saya pun tak tahu nak bantu beliau macam mana kerana kewangan saya pun boleh di katakan kritikal juga ni beb.... dok keluar jer..masyuknya tak nampak-nampak lagi. Kata orang dah makan modal dah. Tapi memang begitulah adat orang berniaga, ada masa cerah dan ada masa hujan lebat tak berenti-renti. Nak kata tak beringat, memang dah beringat dah tapi ada masanya memang tak dapat nak dielakkan... cuma ada yang boleh bertahan tu... buat-buat bertahan je la. Yang senang orang makan gaji...cukup bulan, lebat, masyukkk....tambah2 yang buat part time lagi macam Niazor (Mahligai Pengantin)...hehe..ye tak?

7 comments:

Anonymous said...

Salam buat semua,

insallah saya akan hantar maklumat tentang keadaan umat islam di Cambodia dalam masa terdekat untuk maklumat budiman semua

Fadzil
Cambodia

Anonymous said...

Fadzil,

kau kat sana bujang ke? famili dah join ke belum? Kat sana ada tak jual handphone Nokia N95 made in China. Member aku beli di Vietnam cuma RM350 je. Kalau ada, belikan aku satu

Mizi, Songkhla

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Kida, marahlah nanti doctorate students kat UK tu. Pembetulan-kawan2 fezah kat UK mengeluh kata "rasa macam tak dapat nak habiskan belajar buat Ph.D, tak larat, byk kerja". Ni perbualan antara kami aje, masa dok cerita pasal belajar. Bukan kata students kat UK byk tak habis buat doctorate. Professor fezah pulak cakap less than 25% yg habis, tu yg takut tu. Tak tahulah ni for US or semua sekali. Rasanya student M'sia ramai yg habis kot walaupun ada yg habis lambat sikit.

In general, yg tak habis tu ada yg tinggal nak buat dissertations aje. So belakang nama tu instead of Ph.D dia bubuh A.B.D (maksudnya-All But Dissertation-ni kat US la) Kat UK dia orang bubuh apa tak tahulah.Kat NZ? tanya Pyan, bini dia dah nak habis tahun ni kan Pyan? NZ dengar khabar buat dissertations, tapi tak payah kena defend. Betul ke, kalau betul, bestlah.......

fezah

SaYanG kidA said...

to fezah,
sorry psl info student tu tak sangka plak kida letak kat sini. anim forward jer email tu sbb tujuan nak beritau psl cambodia tu... tak tau pulak % psl doctorate tu pun di letak kat sini...

to kida,
yelah kida info tu salah lah..len kali tak mo dah share apa2(ni marah ni!) gggRRRRR

2/19/2008 9:46 AM

ummi said...

Emm..sukanya hati tengok surau tu jadi bertambah cantik bila pasang tiles kat tangga tu..alhamdulillah kan berkat hendaknya apa yang disumbang dan sume penduduk mendapat manfaat hendaknya dan ganjaran juga kepada yang dengan ikhlas menyumbang...Biar x banyak, tp kegunaannya berpanjangan..

Betullah apa yang disampaikan.. sedekah yang sedikit yang dihulur oleh seseorang sendiri semasa hidupnya lebih baik dan afdhal dari sedekah/wakaf yang banyak yang hanya dihulur oleh pewaris simati (*tuan pnya harta semasa hidup sayang nk keluar byk-byk..)

Lan kidA said...

Salam,
Fezah, sorry la kalau fakta tu tak betul tapi bila SK cerita tu pasal doctorate UK... teringat masa saya kerja kat BPR dulu.. officemate tajaan JPA buat doctorate kat UK, buat tak habis dan dia cerita memang ramai student Mesia tajaan JPA yang buat doctorate kat UK yang tak dapat menghabiskan pengajian...tapi tu dulu sekitar tahun 2000 dulu...maybe sekarang dah berubah dah kot...Anyway to Fezah... semoga success dan dapat habiskan doctorate tu yer (memang respect kat sesapa yang buat doctorate ni sebab bukan senang nak complete beb).

Mizi, Nokia N95 China made kalau kat Mesia ni ada jual jugak..harga sekitar RM700 jer...siap macam PDA lagi ada pen boleh tulis, flash, kamera, wifi, bluetooth, semua ada..

Anonymous said...

salam

1.berat mata memandang berat lagi bahu memikul....komen aku mengenai org buat phd.masing2 mempunyai masalah masing2.

2. phd ... ada yg tak kena defend and ada yg kena defend. kalu defence baguih dpt la dahului league mcm arsenal..hehehe

3. kami sihat2 sahaja disini.

4. hidup penuh cabaran. diharap rodong2 semua sabar menempuh dugaan. mungkin ada hikmah disebalik kejadian dan ALLAH maha mengetahui

pyan