Wednesday, February 13, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN laGi

Sepanjang cuti tahun baru cina dan selepas cuti, nak kata sibuk sangat tu takdelah tapi tak sempat nak menulis apa-apa untuk blog. Berita berkaitan kengkawan budiMaN pun tak banyak yang saya boleh share kat sini kerana tak banyak kengkawan yang saya jumpa dan berkomunikasi kebelakangan ni. Tapi sesekali bila jengok blog dan lihat kaunter yang sentiasa menerima kunjungan melebihi 100 hits sehari membuatkan saya fikir ramai yang mengunjungi untuk mengetahui artikel terbaharu atau perkembangan kengkawan budiMaN di sana sini. Insyaallah jika ada sebarang berita terbaharu berkaitan kengkawan, akan saya siarkan di sini secepat mungkin.

Pada 10hb Februari 2008 yang lalu, saya sekeluarga meraikan harijadi Aimin, anak ke 2 saya di tempat biasa kegemaran beliau iaitu di Pizza Hut, Wangsa Maju sebelum menghantar kakak sulong beliau pulang ke asrama. Dah 13 tahun dah umur Aimin dan kami pun dah tinggal bertiga sahaja di rumah sejak anak sulong saya Sarah tinggal di asrama. Kekadang terasa sunyi juga maklumlah keluarga kecil macam saya. Rupa-rupanya Kudin Mekanik pun ada memberitahu saya perkara yang sama sejak anak ke2 beliau juga kini tinggal di asrama. Kudin pun berkeluarga kecil macam saya juga. Nampaknya sudah sampai kita semua ke tahap umur di mana anak-anak meninggalkan kita untuk tinggal di tempat lain. Jangkamasa ibubapa dengan anak-anak serasakan semakin pendek dan kita cuma ada sekitar 12 tahun untuk bersama sentiasa dengan anak-anak dan selepas mereka meninggalkan kita untuk duduk di asrama, yang ada cuma masa apabila mereka pulang ke rumah untuk bercuti sahaja. Dan ianya akan terus berkekalan apabila mereka seterusnya melangkah ke universiti dan kemudiannya memperolehi pekerjaan dan hidup sendiri. Bila memikirkan keadaan sebegini, akan menyedarkan kita bahawa ibubapa sentiasa mengingati anak-anak mereka walaupun di mana mereka berada dan sentiasa mengharapkan khabar berita. Telefonlah mereka sekerap yang boleh dan jika berkesempatan pulanglah sekerap yang boleh untuk berjumpa dengan mereka, itu kesedaran yang saya perolehi bila berjauhan dengan anak sendiri.

Malam Isnin lalu, saya juga berkesempatan teh tarik dengan Antu dpA dan Puis dbS yang datang ke Kuala Lumpur. Itupun dah agak lewat juga dalam pukol 1-00 pagi kerana saya mempunyai urusan sebelum itu. Sembang-sembang pun sampai pukol 3-00 pagi juga. Balik dari teh tarik sempat juga tengok perlawanan ePL Arsenal vs Blackburn yang dimenangi oleh Arsenal dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Sanderos dan Adebayour. Kini Arsenal mendahului ePL dengan lebihan 5 mata dari Manchester United.

Baru-baru ini juga sempat tengok filem terbaharu di pawagam iaitu Rambo 4. Cerita mengisahkan Rambo menyelamatkan sekumpulan sukarelawan amal yang pergi ke Mynmar dan terperangkap dalam perang disana. SK ada tanya saya, agak-agaknya kalau budiMaN menganjurkan misi sukarelawan ke Myanmar macam tu, ada ke orang yang nak pergi. Susah saya nak jawab. Misi amal dalam negeri pun separuh nyawa nak mengusahakannya, kalau kat tempat asing tak taulah. Tapi memang saya akui, mat-mat salleh memang ramai yang sanggup bersabung nyawa untuk pergi ke misi-misi sukarelawan ke tempat-tempat yang di landa perang dan disamping itu mereka menyebarkan agama mereka kepada penduduk yang diziarahi. Mereka pergi bukan pun dengan bantuan kerajaan tetapi melalui persatuan-persatuan mereka seperti persatuan gereja kampung dan sebagainya dengan menyusup masuk ke tempat-tempat tersebut dengan penuh risiko bahaya dengan penuh cekal dan berani untuk memberikan bantuan dan menyampaikan dakwah agama mereka. Tetapi kalau kita lihat umat Islam terutama sekali bangsa kita sendiri, orang Melayu, memang menyedihkan. Kalau ada pun ura-ura nak pergi mesti di tentang dengan kata-kata... "buat apa nak menyusahkan badan pergi tempat-tempat macam tu" ... atau... "negeri sendiri tak tertolong nak sangat bantu tempat orang". Kalau adapun macam persatuan Mercy Malaysia, itupun dengan bantuan kerajaan. Memang Melayu Islam tidak suka dan mempunyai keberanian, kecekalan untuk explore tempat-tempat baru, jauh sekali untuk menyampaikan dakwah Islamiah dan sebab itulah Melayu Islam di Malaysia ini hanya berkokok di negara sendiri tidak seperti bangsa-bangsa lain yang merata terdapat dimuka bumi Allah yang luas ini. ( Nasib baik juga budiMaN ada Amir sekeluarga yang begitu cekal di negeri asing membina kehidupan di sana... Syabas Amir!) Sebab itulah kita dapati agama Kristian berkembang maju dengan bilangan penganutnya yang semakin ramai. Contoh kalau siapa tengok African Cup baru-baru ini, sebilangan besar pemain-pemain membuat tanda salib sebelum masuk ke padang. Bilakah agaknya umat Islam khususnya bangsa Melayu akan menjadi berani dan cekal sebegitu meredah perang dan risiko untuk mengembangkan agama Allah di serata pelusuk dunia ini?

Yang saya perhatikan di sekeliling saya cuma mereka yang bercerita tentang politik yang tak habis-habis. Maklumlah menjelang pilihanraya. Cerita pemimpin kerajaan yang lembik, kaki tidur, rasuah, kroni, harga barangan naik dan kerajaan yang lemah atau pembangkang yang semuanya tak betul. Ada kawan-kawan saya pula bercerita bagaimana dia orang nak sapu duit peruntukan kerajaan menjelang pilihanraya ni. Nak buat duit berjuta-juta. Masa nilah ketikanya yang sesuai dia orang kata. Ada tu yang dah sapu pun duit kerajaan. RM18juta dan sekarang hidup berpoya-poya sahaja. Dalam kepala hanya : bangun tidur, golf, perempuan, enjoy, mabuk dan balik tidur. Bangun esok perkara yang sama. Aman betul dunia ni pada dia orang. Ananda Krishnan pun tabik spring kat dia orang ni. Takde fikir masalah dunia, masalah dia orang...golf, pompuan, mabuk, tidur. Segala night club kat Heritage Corner dan area Jalan Sultan Ismail dia orang yang punya. Kat Heritage Corner tu, berderet-deret BMW, Merc, Porsche, Ferrari, Lambo parking kat situ. Kebanyakannya Melayu Islam Malaysia dan itulah bakal-bakal pemimpin kita di masa hadapan. Yang kuli-kuli macam kita ni berperit jerih buat kerja, yang boss-boss kita yang nampak cerdik, elegen, berkuasa, bagus-bagus (muka kalau kat office nampak macam gentleman, warak, tak pernah fikir pasal berpoya-poya) tulah yang sebenarnya malam-malam dok bagus kat Shunshine Club, Bar Club, The Loft, Sapphire, Hard Rock Cafe, Planet dan macam-macam lagi berparty dan berbelanja hampir RM10 ribu satu malam. Ada satu personaliti ni saya dengar kalau dia dapat untung kontrak RM10 juta, separuh daripada tu RM5juta memang khas untuk party sahaja (kalau sebut nama memang semua kenal). Ada satu personaliti lagi ( kalau saya sebut nama lagi korang kenal dan ada sangkut paut jugak dengan sorang budiMaN), pasal nak pujuk girlfren merajuk sanggup bawak private jet pergi Tokyo sewa banglo USD4 ribu semalam sebelum singgah balik kat Bangkok untuk satu seminar.

Banyak pulak dah saya menceceh pagi-pagi buta ni. Jam pun dah pukol 3-00 pagi. Okaylah beb, nanti-nanti saya cerita lagi apa yang berlaku di sekeliling saya. Kepada budiMaN, kalau ada berita apa-apa tentang anda atau kengkawan budiMaN yang lain yang nak share dengan kami semua di sini, e-mail-email lah saya yer.

6 comments:

SaYanG kidA said...

sebut pasal sukarelawan untuk bantu mangsa2 perang terutama di negara2 islam setakat ni SK belum ada keberanian...SK ngaku iman tak kuat...moga Allah bukakan pintu hati ini, itu doa SK...SK tau kalau berjihad ke jalan Allah swt besar rahmatnya.

sebelum tgk rambo ni pun SK terfikir jugak kalau ada peluang untuk join mercy sebab ibu saudara SK pun join mercy tapi tulah SK juga seorang manusia yang juga pentingkan diri sendiri. Moga Allah jauhkan sifat2 yg buruk dan tidak baik dari SK ammeennnn...

Kudeng said...

Assalamualaikum

Ana anak 6 orang. Kalau dikira, memang big family. But now, 2 orang (eldest & 2nd) dah tak duk ngan ana lagi dah. Very soon, 3rd one will follow suit. Then, it's no 4, 5, and finally 6. Last2 tinggallah mak ngan bapak je duk kat rumah 2 orang. It'll be our turn to be left alone by our own kids.

Sabda Rasulullah SAW (lebih kurang): "Amat rugilah sesiapa yang sempat bersama ibubapa dalam hayat mereka, tapi tidak berbakti untuk mereka"...

Wallahu Taala A'lam.

p/s: Kekuatan Islam adalam dalam umat. Tiada umat, tiadalah Islam. Tiada Islam, tiadalah nusrah dari Allah SWT. Tiada nusrah Allah SWT, agama kita yang maha suci ini orang kafir pijak-pijak je...

Jom keluar 40 hari.....

ZM said...

Apa yang awok tulis dlm artikel ni memanglah benar terutama pasal politik tu. Tapi koi nasihat kat awok berhati sikit. Kang kena saman dek personaliti tersebut, terpaksa ler blog ni kena tutup. Nanti tak pasal-pasal kena ISA. Huhuhu... Cian SK nanti bertambah kecil. Hehehe (SK, jgn marah yer, gurau aje)

Anonymous said...

hehehe kelakar lah zm ni .....ketawa saya baca komen awak

Anonymous said...

Salam..

Sebut pasal sukarelawan ni ...Cambodia adalah tempatnya. Siapa nak datang?

Fadzil

LaN KidA said...

Salam Fadzil,
Isnyaallah nanti kita usahakan jika ada rezeki untuk beramal di Cambodia plak...Air Asia ada ke sana rasanya...tambang murah... maybe boleh charter satu flight untuk budiMaN buat kerja amal ke sana. Tapi Dil, bagaimana bentuk kerja amal yang boleh kita lakukan di sana?