Tuesday, December 04, 2007

cAtAtaN peRjaLaNaN gatHeRiNG budiMaN 2007

Setelah hampir sebulan membuat perancangan untuk mengadakan Gathering budiMaN 2007 edisi ke 2, tarikh 1hb Disember 2007 yang dinanti-nantikan pun tiba jua akhirnya. Saya memulakan perjalanan menghadiri gathering dengan bertolak dari Kuala Lumpur pada malam 30hb November 2007 menuju ke Maran, Pahang tempat berlansungnya gathering nanti. Sampai di Temerloh lebih kurang jam 11-30 malam dan saya bertemu Raman Kerbau yang sudah siap sedia menanti saya. Kami mengadakan perbincangan untuk memastikan segala persiapan gathering akan berjalan lancar pada keesokannya.

1hb Disember 2007, jam 7-15 pagi saya sudah berada di Pekan Maran menikmati teh tarik dan roti canai di sebuah restoran di sana. Tidak lama kemudian Sidi, Bilal, Raman Kerbau bersama 2 adiknya juga tiba. Hamdan Boly diB yang kini bertugas sebagai ADO Bera yang saya kira sejak dari graduate dulu tidak pernah saya temui juga sampai. Kami semua menikmati sarapan pagi bersama-sama. Selesai sarapan, kami bertolak ke Kelab Golf Maran di mana acara gathering yang pertama iaitu Pertandingan Golf Piala budiMaN akan di adakan.

Setibanya di Kelab Golf Maran, kami semua bertemu pula Antu dan Amin dsS yang juga tiba pagi tadi dari Alor Star, Kedah. Lebih kurang jam 8-45 pagi, pertandingan golf budiMaN pun dimulakan. Sebanyak 3 flight golf telah memulakan pukolan di TeeBox Pertama untuk acara ini. Acara golf telah berakhir lebih kurang jam 2-30 petang. Sementara itu panggilan telefon dari beberapa kengkawan yang memberitahu mereka sudah sampai di Maran membuatkan kami yang bermain golf semakin teruja. Tamat permainan golf, pemain-pemain telah menikmati makan tengahari di Kelab Golf Maran tetapi saya terus bergegas ke Kompleks Rakan Muda Maran untuk bersama-sama Urusetia Pendaftaran Peserta iaitu Keluarga Ummi dsS yang telahpun berada di sana sejak jam 1-00 tengahari lagi. Keputusan Acara Golf Piala budiMaN :

Johan : Antu dpA
Naib Johan : Raman Kerbau dbS
Tempat ke 3 : Lan kidA dbS

Semasa sampai lebih kurang jam 3-00 petang di Kompleks Rakan Muda, saya dapat mendengar keadaan riuh rendah dengan suara budiMaN yang bertemu rakan-rakan lama. Tak dapat dibayangkan keseronokan bertemu kawan-kawan lama yang sekian lama terpisah. Ummi memberitahu saya beberapa budiMan dan keluarga telahpun mendaftar. Setiap budiMaN yang mendaftar telah diberikan Aturcara Program, Goodies berupa Mug dan HandTowel tertera dengan tulisan Gathering budiMaN 2007 dan mencatatkan biodata diri dalam Buku Catatan Gathering budiMaN 2007. Antara yang telah mendaftar ialah Antu dpA sekeluarga, Ummi dsS sekeluarga, Rohana dsS sekeluarga, Wan Rozain dbS sekeluarga, Azahari (Bai) diB, Wan Azhar diA sekeluarga, Wan Mazlan (Apek) dpA sekeluarga, Norhisham (Apamz) diA sekeluarga, Salwani Ali dcS sekeluarga, Rashidah dsS sekeluarga dan Joe Malady diB sekeluarga. Ini diikuti pula dengan kehadiran peserta-peserta golf budiMaN yang sampai dari Kelab Golf Maran seperti Bilal dpA, Amin dsS, Raman dbS dan Sidi dpA.

Lebihkurang jam 4-00 petang, Minum Petang telah di hidangkan kepada semua budiMaN yang telah berada di Kompleks Rakan Muda Maran. Semasa minum petang, ramai lagi budiMaN yang tiba untuk mendaftarkan diri seperti Zambran dbS, Kitang diA sekeluarga, Kudeng dsS sekeluarga, Padil Sutoq dbS dan Charlie diB. Tepukan gemuruh di Dewan Makan Kompleks kedengaran setiap kali budiMaN dan keluarga tiba mendaftar dan memasuki dewan. Memang meriah dan tak dapat digambarkan dengan kata-kata keseronokan bertemu semula setelah sekian lama. Kedengaran teriakan, sorakan, gelak ketawa dan keadaan dalam dewan hingar bingar dengan suara budiMaN.

Acara sukan yang sepatutnya di mulakan pada jam 5-00 petang terpaksa di mulakan lewat akibat kawan-kawan yang enggan berganjak dari dewan kerana tak habis-habis lagi excitement berjumpa kengkawan lama. Namun akhirnya acara sukan dapat juga dimulakan pada jam 5-30 petang. Sebelum sukan bermula, beberapa keluarga juga di dapati baru sampai seperti Mat Taib diB sekeluarga, Nasrun diA dan juga Syed Hamid diA.

Acara sukan telah di hoskan oleh Amy Jarr@ Antu pada petang itu dan telah dimulakan dengan senaman ringkas beramai-ramai yang telah di berikan oleh Sidi. Acara sukan telah diadakan di padang futsal yang terletak di tengah-tengah kompleks. Selesai senaman ringkas bagi memanaskan badan terutama kepada kengkawan yang jarang bersenam, acara Futsal Lelaki antara kursus pun bermula. Sementara itu acara sukaneka kanak-kanak telah di selang selikan antara perlawanan Futsal Lelaki. Acara Bola Baling Wanita juga telah diadakan melibatkan 2 buah pasukan. Keadaan Kompleks riuh rendah dengan sorakan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian seolah-olah seperti semasa di UitM Kuantan dulu semasa perlawanan antara kursus di adakan. Keputusan Acara Sukan :

Johan Piala budiMaN Futsal Lelaki Antara Kursus : DiploMa iN BankinG
Johan Acara Bola Baling Wanita : Pasukan Ummi

Akhirnya acara sukan berakhir pada jam 6-45 petang dan kami semua bersiap sedia untuk acara seterusnya iaitu Solat Maghrib berjemaah.

Lebih kurang jam 7-15 malam, kami semua berkumpul di Surau Kompleks untuk Solat Maghrib berjemaah dengan di imamkan oleh Kudeng dsS. Selesai solat maghrib, kami semua telah mengadakan bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat dengan niat untuk di sedekahkan kepada kawan-kawan UitM Kuantan yang telah meninggal dunia seperti Allahyarhamah Radziah dbS Jan 85, Allahyarhamah Rosnah diA Jan 85, Allayarham Aidilfitri diB Jan 85, Allayarham Zainal dbS Jul 85 dan Allahyarham Tarmizi diB Jan 86. Selesai doa selamat, kami berkumpul di surau dan menunggu azan Isyak. Azan kemudiannya telah dikumandangkan oleh biLaL dpA dan kami semua bersembahyang berjemaah bersama-sama.

Jam 8-45 malam, kami semua berkumpul pula di Dewan Makan Kompleks untuk Jamuan Makan Malam budiMan. Sementara itu beberapa budiMaN yang baru tiba seperti Zul Sani diB, Halim Lucah diB, Wahab Kasim diB dan isteri, Dona dsS dan Sheena dsS turut menyertai Makan Malam. Kami semua dihidangkan dengan Nasi berlaukkan ikan patin masak tempoyak, ayam goreng, sayur, kerabu pucuk paku dan beberapa masakan lain yang sungguh menyelerakan. Disamping itu kengkawan budiMaN masih lagi tidak henti-henti bertemu dan bersembang, bertanyakan khabar dan suasana memang meriah sekali. Bilal yang menjadi hos pada malam itu telah memulakan acara dengan pengenalan diri di ikuti dengan kengkawan budiMaN yang lain. Penyampaian hadiah turut di lakukan untuk beberapa acara sukan yang telah di adakan pada sebelah siangnya. Suasana gemuruh dengan sorakan dan teriakan kengkawan.

Acara malam itu turut di meriahkan dengan persembahan karaoke dari beberapa budiMaN seperti Amin, Sidi, Nasrun dan lain-lain. Memang suara dia orang ni power-power lagi seperti Amin dan Antu serta Nasrun dan lain-lain. Wan Azhar yang meniru gaya ala-ala Mawi memeriahkan dengan lagu Kian. Dona dsS juga tak kalah dengan suara merdunya berduet mendendangkan lagu Dua Insan. Bermacam-macam aksi kengkawan budiMaN ditunjukkan untuk memperlihatkan bakat masing-masing.

Sementara itu turut di berikan lucky draw yang berupa 5 hadiah sumbangan dari Hasni diB Jan 86 yang tidak dapat hadir tetapi telah mengirimkan sumbangan menerusi Charlie Koy. Sumbangan beliau iaitu Magnetic Bangle bernilai RM200 setiap satu telah di jadikan hadiah lucky draw. Antu juga telah mengadakan acara birthday untuk anak ke 2nya yang telah memotong kek seberat 3kg dan memberikan goodies untuk kanak-kanak.

Supper pula telah dihidangkan sekitar jam 11-00 malam dan kami semua meneruskan acara sambil bersembang dengan kengkawan budiMaN dan keluarga. Lebihkurang jam 12-30 malam, beberapa keluarga budiMaN telah beredar. Begitu juga dengan Dona dan Sheena yang turut beredar pulang ke Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun sebilangan besar budiMaN masih lagi berada di Dewan meneruskan perbualan dengan rakan-rakan yang lama tidak bertemu. Serasa memang tidak cukup masa dan banyak cerita yang ingin di tanyakan dan di bualkan. Setelah hampir 20 tahun terpisah, terlalu banyak yang ingin di tanyakan, di ceritakan dan dibualkan. Kemesraan semacam adik beradik sama seperti semasa di UitM Kuantan dahulu dapat dirasakan walaupun telah terpisah lama. Mungkin dulu semasa di UitM ada antara kita mungkin tidak pernah bertegur sapa pun tetapi dengan adanya gathering ini, ianya telah menyatukan silatulrahim antara semua budiMaN seolah-olah kita semuanya kawan yang teramat karib dari dulu hingga kini.

Jam hampir 2-30 pagi dan kami semua beredar ke bilik Asrama. Zul Sani, Halim Lucah dan Bai diB yang pada mulanya bercadang untuk balik ke Kuala Lumpur pada malam itu, menangguhkan hasrat mereka untuk terus bersama kengkawan sehingga esok pagi. Charlie, Antu, Joe Malady, Mat Taib yang sepatutnya tidur di chalet bersama keluarga turut "skuad" (term masa kat UitM Kuantan bila tumpang bilik orang lain) kat bilik Asrama. Di bilik asrama kami semua sembang lagi dan saya akhirnya terlelap kira-kira jam 3-30 pagi.

6-30 pagi kami semua di kejutkan dengan suara BiLaL yang mengajak kengkawan untuk sembahyang Subuh. Pada jam 8-00 pagi, kami semua bersarapan di Dewan Makan. Semuanya nampak ceria dan bersemangat dan masih tak henti-henti bersembang dengan budiMaN yang lain walaupun tidak cukup tidur.

Jam 9-00 pagi kami semua berkonvoi untuk Pusat Rekreasi Air Teladas dengan di dahului oleh Wan Azhar yang bertindak sebagai hos untuk acara ini. Perjalanan ke Teladas mengambil masa lebih kurang 10 minit dari Kompleks. Sesampai di Teladas, kanak-kanak tanpa membuang masa terus terjun untuk mandi air sungai Teladas. Beberapa acara kanak-kanak telah di aturkan oleh Wan Azhar di tepi sungai tersebut. Makanan dan minuman serta goodies kanak-kanak turut di berikan. Acara santai seperti Limbo dan acara games keluarga juga di adakan. Meriah dengan gelak ketawa dan suara budiMaN dan keluarga memberikan suasana yang sungguh menceriakan.

Setelah hampir 3 jam, berendam dalam air yang sejuk dan mengambil bahagian dalam games yang di hoskan oleh Wan Azhar, kami semua beramai-ramai berkonvoi pulang ke Kompleks dan chalet untuk acara terakhir Jamuan Makan Tengahari. Jam 1-00 tengahari, kami berkumpul di Dewan Makan kompleks untuk bersama-sama menikmati makan tengahari iaitu Nasi Minyak dengan lauk-lauk yang menyelerakan. Dan setelah mengadakan sedikit acara penutup dan pemberian hadiah untuk acara games dan sukan air, kami semua telah mengambil gambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan sebelum semuanya bersurai kira-kira jam 3-00 petang.

Begitulah catatan perjalanan Gathering budiMaN 2007 dan alhamdulillah perjalanan aturcara gathering semuanya telah berjalan dengan lancar dan baik. Sebanyak 32 budiMaN telah menghadiri gathering pada kali ini dengan 14 yang datang secara solo sementara bakinya seramai 18 telah datang bersama-sama keluarga masing-masing yang berjumlah hampir 110 orang. Walaupun bayaran penyertaan tidak mencukupi untuk menampung jumlah perbelanjaan gathering namun sumbangan dari beberapa kengkawan seperti Wan Azhar, Antu dan saya sendiri telah mencukupkan jumlah kewangan untuk menjelaskan semua bil yang harus di bayar.

Saya dengan ini juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir memeriahkan gathering, semua wakil-wakil kursus yang telah bertungkus lumus berusaha menjemput kengkawan tanpa mengira masa, bil telefon dan komitmen yang tak mengenal putus asa, kepada Urusetia Gathering iaitu Sidi, Wan Azhar, Ummi dan Abg Nu sekeluarga, Antu, Bilal dan Raman Kerbau serta kepada semua pihak yang telah terlibat baik secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan gathering pada kali ini. Ribuan terima kasih juga kepada semua penyumbang seperti Antu, Wan Azhar, Joe Malady, Hasni dan yang lain-lain baik sumbangan wang ringgit, idea, tenaga dan usaha atau apa saja demi menjayakan gathering ini. Gambar2 gathering akan saya loadkan dalam satu link khas setelah saya terima gambar2 dari kamera Abg Nu nanti.

Jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam pengurusan gathering ini, saya mewakili urusetia memohon ampun dan maaf, berikanlah teguran kepada kami, insyaallah kami akan cuba membaikinya di gathering yang akan datang. Moga kita akan dipertemukan lagi dalam lain-lain acara yang bakal di adakan oleh budiMaN dan semoga pertemuan kita di Maran tidak terhenti setakat itu sahaja. Kepada yang baru menyertai kita semua di Maran seperti Wani dcS, Dona dan Sheena, teruskanlah menjadi sebahagian dari budiMaN kerana anda semua dan sesiapa sahaja bekas pelajar UitM Kuantan adalah budiMaN dan di harapkan untuk menyertai sebarang aktiviti bersama budiMaN. Insyaallah selepas ini sudah ada cadangan dari beberapa budiMaN untuk mengadakan acara-acara Amal maybe dalam 2-3 bulan lagi. ( Ada cadangan seperti untuk beramal dengan mengecat dan membaiki surau di kampung yang terpencil sambil mengadakan Jamuan dan Doa Selamat bersama penduduk kampung tersebut, insyaallah). Sememangnya hasrat saya untuk kita berkumpul beramai-ramai ini dengan mempunyai tujuan yang jelas sesuai dengan halatuju budiMaN iaitu BeRAmaL, BeRbaKti dan BersiLatULrAhiM daripada kita hanya berkumpul tanpa sebarang matlamat dan tujuan. Inilah saluran kita untuk membuat sedikit bakti dan amal secara terus kepada masyarakat dengan sumbangan seikhlas dan semampu oleh kita semua.

Gathering budiMaN 2007 telahpun berakhir namun kenangan selama 2 hari 1 malam bersama-sama budiMaN sesungguhnya sukar untuk di lupakan. Semoga kemeriahan dan ikatan silatulrahim antara budiMaN dan keluarga tercapai dan berkekalan dan akan membuka ruang yang lebih luas lagi untuk kita terus bersama-sama dalam satu halatuju yang jelas sebagai bekalan kita dalam sisa-sisa hayat yang ada ini.

teRuS beRbuDi beRSaMa budiMaN
BeRaMaL, beRbaKti, beRSiLatuLRahiM

8 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah. segalanya berjln dgn lancar. teruskan segala usaha/amal yg murni. sekali lagi tahniah buat semua

viva DIB..:)

Anonymous said...

Salam...Dalam byk2 game tu, acara Limbo betul2 buat ummi pecah perut..Wan Azahar siap silat kuntau nak melepaskan kepala bawah palang tu..akhirnya terbaring gak..Kaki masing-masing duk menggerudi tanah pasir tu, kasi dalam kot lepas kepala..x lepas gak..semua pinggang keras hehe...Cukup happening!! So, kaum bapa be prepared for the next gathering eh..dont miss this game!!

Apapun, sekalung tahniah buat Lan, Aimy Jarr, Sidi, Raman, Wan Azhar, Bilal dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung demi menjayakan Gathering 2007 baru-baru ni...(*clap 3x)

p/s - Balik rmh tgk video, kah kah..berair mata duk gelak! Rugi sapa x join tau!

Anonymous said...

saya hantar gambar-gambar gathering ke group CS. wah ada yg jealous. ramai yg tak kenal. tapi beberapa orang kata cuma kenal Ana. Ana sikitpun tak berubah. Wani rasapun cam tu, tak dimakan usia si Ana ni.

dia orang nak join next gathering. kalau ikutkan perancangan CS nak wat gathering bulan 6 kat mana-mana pulau kat Teganung. Kalau buat sekali OK gak tu.

Anonymous said...

waaaa.... ada video ka? aiseh mannn... nak le tengok

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.

Kudos to Kida and all organizing committee. Event well done and organised. I can't recall the last time I have so much fun as while doing the limbo. Until today, my back and thigh are still suffering from the limbo "aftermath".

Wifey had fun, kids also had so much fun. Insyallah, ada jodoh, ada rezeki, tahun depan kita jumpa lagi.

Pyang, rugi mung tadok pyang. Aku duk galok nge joe malady sapa pukul 2.30am. Doh 20 tahung doh dok jumpa...

Anonymous said...

ni no telefon Tn Syed Sham 019-6156158

Anonymous said...

gathering paling cool dan santai..

mungkin sebab aku solo kot...

Anonymous said...

dok dang kudeng weh. insyallah thn mendtg bole join. nak kena kempis perut dulu sebab nak limbo gok.

bila dok tgk gambo geng2...muka masih nakal2 lagi..rokok dok lepas mulut...hehehe...nostalgia.