Friday, July 06, 2007

tOpiK riNGan taPi beRat: haRgA rOkOk nAiK LaGi

Bermula semalam harga rokok naik lagi antara 60-80 sen sebungkus. Ini berikutan dengan kenaikan cukai sebanyak 3 sen bagi setiap batang rokok yang di jual. Kenaikan ini saya rasa tidak akan terhenti setakat ini sahaja kerana kebiasaannya setiap kali pembentangan Belanjawan Negara pada bulan September nanti akan menyaksikan kenaikan dalam cukai tembakau pula. Harga rokok Kelas A yang sebelum ini RM7-40 sebungkus kini telah mencecah RM8-20 manakala rokok-rokok lain yang lebih murah juga mengalami kenaikan.

Kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kempen supaya orang ramai menghentikan tabiat merokok. Khabarnya suatu kempen terbaharu akan dilancarkan tidak lama lagi untuk memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai agar berhenti merokok.

Persoalan yang saya ingin utarakan di sini ialah sejauh manakah keikhlasan pihak kerajaan agar orang ramai berhenti merokok dan kesan kenaikan harga rokok akibat kenaikan cukai. Selama ini apabila harga rokok dinaikkan, orang ramai tidak memberikan sebarang respon atau sebarang bantahan terhadap kenaikan tersebut berbanding apabila kenaikan barangan lain seperti minyak, tepung dan lain-lain. Ini kerana kenaikan harga rokok adalah patut supaya akibatnya orang ramai akan menjadi kurang untuk merokok atau berhenti terus dari merokok. Itulah justifikasi kerajaan dalam menaikkan cukai rokok kerana kenaikan tersebut tiada sangkut paut dengan apa-apa kenaikan dalam harga tembakau dunia atau sebarang kenaikan kos dalam industri tembakau dan rokok. Begitu juga dalam kenaikan cukai untuk minuman keras, justifikasinya adalah sama seperti cukai rokok.

Tapi adakah kerajaan benar-benar serius supaya orang ramai berhenti merokok? Bagaimana akibat dari kenaikan ini semua perokok yang di anggarkan lebih dari 8 juta orang di Malaysia ini berhenti merokok. Tahu tak kita bahawa bagi setiap bungkus rokok kerajaan mengutip lebih kurang RM3 sebagai cukai. Jika semua perokok yang rata-ratanya membeli sebungkus rokok setiap hari berhenti merokok, kerajaan akan kehilangan hasil cukai sebanyak RM24 juta sehari. Sebulan kerajaan akan kehilangan sebanyak RM24 juta x 30 hari ( perokok hari2 beli rokok, takde cuti) iaitu RM720 juta sebulan. Setahun kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion dalam cukai rokok. Sanggupkah kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM8.7 billion, boleh lumpuh kerajaan kalau takde hasil cukai sebanyak itu.

Sebenarnya perokok adalah penyumbang cukai terbesar kepada kerajaan berbanding dengan individu-individu lain di Malaysia ini. Perokok selain dari membayar cukai pendapatan turut menyumbang melalui cukai rokok. Malah perokok adalah 'the only individual' yang membayar cukai setiap hari kepada kerajaan. Individu yang minum arak pun tidak minum arak hari-hari, jadi cuma hari-hari tertentu sahaja dia membayar cukai arak kepada kerajaan. Tapi perokok adalah individu yang never fail without a single day membayar cukai rokok setiap hari.

Namun begitu layanan terhadap perokok adalah amat tidak berpatutan dan adil. Perokok sering dikategorikan sebagai 2nd Class Citizen dimana keutamaan selalunya diberikan kepada Non-Smokers. Kawasan-kawasan yang digazetkan tidak boleh merokok dan perokok tiada keutamaan di situ. Sepatutnya perokok adalah orang yang mendapat keutamaan dalam segala hal kerana beliau adalah penyumbang terbesar cukai kepada kerajaan. Perokok sepatutnya mendapat 1st class treatment di hospital-hospital kerajaan berbanding pesakit-pesakit lain. Wad Kelas 1 sepatutnya dikhaskan untuk perokok.

Itulah realitinya dimana sebenarnya kerajaan tidak ikhlas dalam menaikkan cukai rokok dengan keinginan untuk membasmi tabiat merokok yang dikempenkannya. Kerajaan berselindung buat kempen ajak orang berhenti merokok tetapi realitinya ia memerlukan hasil cukai rokok dari kantung perokok. Ia sebenarnya satu langkah memeras perokok melalui kuasa yang ada kepada kerajaan. Ia sebenarnya untuk kesenangan kewangan pihak-pihak tertentu demi mencapai agenda politik ( cukai rokok ni katanya untuk bayar kenaikan gaji kakitangan awam yang mana kenaikan itu sebab pilhanraya tak lama lagi... jadi orang gomen kena terima kasih kat perokok yer). Yang terus menjadi mangsa adalah perokok, yang terus bodoh membayar cukai setiap hari kepada kerajaan adalah perokok juga dan yang senang lenang adalah kerajaan. Bila la agaknya gua nak berhenti merokok ni......

21 comments:

Anonymous said...

Salam...
Hehe..seronok baca artikel Kida pagi ni..memang berabuk idea Kida ni..(*macam habuk rokok ker.. hehe..)yaa memang ada logiknya kan apa Kerajaan buat.. Tapi bagi Ummi, kalau perokok rasa dah patut dan tiba masanya berhenti merokok, eloklah mula bernekad untuk berhenti, tak perlu niat2 nanti tak jadi,mungkin kenaikan ini permulaan jalan terbaik (*kalu nak berhenti le), tiada paksaan untuk jadi penyumbang (*walaupun dikatakan penyumbang terbesar hasil Kerajaan) kalau padahnya berbalik kepada kita dan yang masuk hospital pun kita juga. Tak ada sape suruh pun kan?? Dan jangan salahkan sesiapa.

Ummi cakap berdasar pengalaman bila Abang Nu dapat melaksanakan nekadnya untuk berhenti merokok 4 tahun lepas. Dia pernah pasang niat nak berhenti merokok bila dah kawin nanti lah, bila Ummi dapat tukar kerja dari ofis DARA Kuantan ke Muadzam Shah lah dan entah apa2 niat lagi (*yang Ummi pun malas dah nak kesah). Tup, tup 4 tahun lepas, tiba Ramadhan tanpa Ummi sedar, dia bernekad setelah lbh kurang 30 tahun jadi perokok. Perasan gak, bila berbuka selalunya minum air seteguk pastu mesti pekena rokok dulu, x makan pun x apa..1 minggu lepas tu baru Ummi tahu dia betul2 nak berhenti..Ummi tak pernah paksa pun, nasihat2 dan ingat kan dia memang selalu laa.. Kalau cakap banyak boleh jadi gaduh tau..Alhamdulillah, dia selamat menjalani segala kesan2 sampingan masa proses berhenti (*ada jugak tau..macam ulser mulut yang berulang2, hampir 6 bulan, ini kesan yg paling teruk. Beratus gak duit duk cari ubat, sian gak tengok bila dia nak makan). Now, alhamdulillah, untuk tempoh itu sahaja.

Tapi tak nak lah cakap panjang lebar, pokok pangkalnya semangat dan nekad nak berhenti, itu yang penting dan yang kebanyakan orang boleh buat bila nak berhenti sebelum dinasihatkan berhenti. Cari dan bacalah tip2 nak mula berhenti dan bersedialah dengan kesan awalan ketika berhenti. Itu lebih baik dari menanggung kesan di hari kemudian. Beritahulah orang sekeliling yang anda dalam proses berhenti merokok. Jangan setakat fikir-fikir sahaja, buatlah keputusan sendiri. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA (*hehe..cam Walid lak). Biarlah Kerajaan dengan agendanya..yang penting kita ada agenda kita dan jaga poket kita..lagi selamat..
Kesihatan tak boleh dibeli, kerana tak ada dijual di mana2 pun..Kuasa membeli pun di tangan kita. (*Emm kalau ada dijual pun paru2 lembu je kot..boleh match ker..kuang kuang kuang..)

p/s : sekadar pendapat ikhlas dan pengalaman hidup bersama suami yang pernah merokok.

Anonymous said...

salam....mmmmm chantek punyer artikel.
utk pengetahuan semua harga rokok da naik n mmg ada yg tersirat agenda gomen nie mcm artikel kida tu.Pokok pangkal kat diri sendri, jika kita berhenti hisap rokok n bukan lagi penyumbang cukai harian kpd gomen, tentu sesak gomen srkg ni.Cmaner nak kasi naik gaji gomen?camner nak biayai agenda politik?..pening gomen weh..tapi tulah..diri sendri gak yg patutu dipesoalkan. Bukan kata stop smoking will make u rich, x gak. tp it will make ur health better.)mcm cakp kat diri sendri).X nak komen pjg sgt but sendri bukak spek sendri mau tgk.

Walid da 2 bulan lebih x smoke...kesan cukup byk tambah lagi keracunan dari perokok2 sekeliling...(member kasi rokok free la tuu) tp alhamdulillah..masih bertahan n setrusnya.

p/s kena belajar isap paip la puloq....

Anonymous said...

kida, apa kata sume perokok jgn merokok bior kerajaan tak de duit muahahah *kuar tanduk* jd tak delah plak kenaikan gaji staff gomen..hehehe sorry ye yg keje gomen.

SK rasalah bukan setakat perokok jer.. ni SK yg keje private sector ni tak merokok tp cukai pendapatan kena bayor (kalau dah byr zakat aihhh lebih tu kena lagi income tax!!!) pastu satu hapah gomennya facilities pun tak dpt.. dpt income - kena tax. guna jln kena road tax.. tp apa gomen kasi kat kita yg keje private? INI TAK ADIL!!!
mcm ner nak kata adil?...masuk hospt gomen punnnn kena BAYOR! menci! menci! menci!

Anonymous said...

Assalamualaikum

Nak cerita pasal rokok naik je ke kida? Harga beras pong naik 50sen per kilo tau....

Anonymous said...

Kudeng,

Harga beras naik tu sebabnya pasal gaji staff gomen naik..

harga rokok naik sebab nak tampung gaji staff gomen naik

gaji staff gomen naik, semua barang naik... yang kesiannya pekerja swasta bergaji rendah dan orang kampung...terpaksa menanggung agenda politik pihak2 tertentu...

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Saya tengok beberapa pendapat yang diluarkan mengenai artikel ni tidaklah tepat dan relevan. Saya memang akui bahawa hasil utama kerajaan adalah dari kutipan cukai, tetapi bukannya cukai rokok, cukai tersebut adalah cukai petroleum.

SK cakap tak adil masuk hospital kerajaan kena bayar, tapi SK kena ingat bahawa kerajaan telah subsidi hampir 97% kos rawatan kelas 3 di hospital kerajaan. Terus terang cakap caj hospital yang dibayar oleh orang awam tidak mencukupi untuk menanggung kos operasi sebuah hospital kerajaan. Caj pesakit luar yang dikenakan skrg cuma RM1 sahaja, ubat pula percuma, SK tak bersyukur ke dengan Kerajaan skrg.

Jadi, tidaklah timbul isus kakitangan kerajaan tidak akan dapat menikmati kenaikkan gaji jika semua perokok berhenti merokok. Cukai yang disumbangkan oleh perokok tu akan digunakan semula oleh kerajaan untuk membiayai kos rawatan mereka kelak.

Ramai rakyat Malaysia skrg berpendapat kakitangan kerajaan menikmati lebih banyak kemudahan-kemudahan yang disediakan berbanding dgn private sector. Mereka silap, saya beri satu contoh iaitu pasal subsidi minyak petrol, yang banyak menerima manafaatnya ialah sektor swasta dibahagian pemasaran yang setiap hari mengisi minyak kereta untuk berjumpa clients. Harga petrol di Malaysia RM1.92 seliter, tapi harga sebenar dipasaran antarabangsa ialah RM3.03 seliter. Orang kerajaan guna petrol utk pergi balik kerja aje. Untuk pengetahuan semua, org kerajaan pun kena bayar income tax.

Saya harap hentikan lah percakapan yang memburuk-burukkan kerajaan. Pilihanraya pun dah nak dekat, kita warga BUDIMAN kena beri sokongan padu kepada kerajaan sekarang.

Regards,
Lewis Hamilton

Anonymous said...

Taakkkbiiiirr

Anonymous said...

salam....
mcm2 pandangan yg ditrima melalui artikel ni....byk manfaat yg bole digunakan.

p/s..tapi anonymous....siapakah anda ?dibelakang tabir jer ke?

Anonymous said...

Salam Lewis ((mat saleh manalah plak nih..)

Kalau Lewis tau sangat pasal cukai2 ni cuba citer sikit kat SK nape tetiba kerajaan naik cukai rokok? Nape kerajaan bagi alasan denda perokok dengan menaikkan cukai ni? Sengkek sangat ke kerajaan sekarang ni?

*tongkat dagu depan PC tunggu Lewis respond soklan SK *

Anonymous said...

Allah Hu Akhbar... Hidup PAS...Hidup Nik Aziz... Pergi Jahanam sama BN dan kerajaan 3 beranak

Anonymous said...

Apa kata esok kerajaan naikkan cukai arak plak... cukai jalan...cukai eksais..segala-gala cukai la.... kerajaan ni kan prihatin dengan nasib rakyat...

Lewis Hamilton, yang ko menyibuk kat sini pasal apa..ko kan Mat British...pasai apa plak ko nak campur politik Mesia ni....ko mmg bahlul la... rokok naik ko bukan effect pun..British mmg nak jahanamkan Mesia...Butuhhh laaa Lewis Hamilton.

Anonymous said...

Hi SK,

memang dah sah la SK ni anti kerajaan. Saya cakap panjang lebar pun SK takan setuju, betul tak? Saya bukan pandai sangat pasal cukai ni, cuma di ITM dulu ada amik subjek Percukaian, dapat 4.00.

Tujuan utama kerajaan menaikan cukai rokok ialah untuk mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Bila harga dah mahal, kebarangkalian untuk berhenti merokok adalah tinggi. Bukan sebab kerajaan dah takde duit, bahkan kerajaan kita skrg terlebih duit sebab tak jadi bina Jambatan Bengkok (Gerbang Perdana) di JB tu.

Kerajaan Malaysia memang prihatin, sebab tu pada tahun lepas kerajaan telah meurunkan cukai jalan serendah RM30.00 setahun. Cukai pendapatan pun sudah lama diturunkan, mereka yang bebenor kaya aje (spt Kida dan SK) yang kena bayar cukai pendapatan. Golongan miskin pula dibela dan diberi pelbagai kemudahan seperti rumah kos rendah, bantuan kewangan dan sebagainya.

Kerajaan banyak bertolak ansur dengan rakyat dalam urusan kutipan cukai ni. Contoh yang terbaik ialah kerajaan tidak langsung mengenakan cukai keatas peniaga restaurant dari golongan melayu walaupun pendapat mereka mencecah RM5,000-RM10,000 sebulan. Ini adalah bertujuan untuk menggalakan golongan melayu menceburi bidang perniagaan.

Dalam pendidikan pula, semua anak-anak kita menikmati mutu dan suasana pelajaran yang baik. Bagi mereka yang berpendapatan kurang RM2,000 sebulan pula, anak-anak mereka akan diberi pinjaman buku teks. Tengok betapa baiknya kerajaan kita ni, tidak seperi kerajaan di Kelantan tu yang tidak prihatin langsung dengan alam sekitar, habis semua hutan dan gunung dijual untuk dapatkan duit.

Wasalam,
Lewis Hamilton

Mizi said...

Siapa pulak budak black Lewis Hamilton ni, last weekend kalah di Silverstone, skrg dok menyebuk di sini.

Anyway, saya kira beruntung kerana masih dapat beli rokok di duty free Bukit Kayu Hitam. Rokok Saleem, Dundhill, Marlboro cuma RM5.00 sekotak. Sesiapa nak mintak tolong belikan, beritau brapa kotak, 27 Julai ni saya balik KL boleh bawak sekali. Dapat untung sikit lepaskan duit toll jadi la.

Anonymous said...

Ye Lewis,

SK buka anti kerajaan..SK buat kerajaan ni macam lembu...bila SK nak SK tarik hidung dia..bila SK tak nak...SK sembelih, buat sup dgn rendang...tapi takdenye lah SK nak dukung LEMBU tu sampai bila-bila dan kemana-mana..kwang3x

Anonymous said...

WADUH....GALAK SEKALI KALIAN NGOMENGKAN.....UDAHLAH TU JANGAN RIBUT RIBUT......ROKOK KRETEK KAN ADE.....ATAU ROKOK DAUN....BUKAN TAK BIASA.....TAK METAL LAH LU....
DARI CUKAI ROKOK DAH SAMPAI NAK DUKUNG LEMBU PULAK.....

TUMPANG LALU...MAAF

Anonymous said...

Hahahaha, betul SK,

Kerajaan ni kita lembukan aja, kita keldaikan saja...janji kita kaya dengan melembukan dan mengkeldaikan kerajaan Pak Lah ni...hahahahaha

Esok2 kita sembelih lembu ni kita tukar lembu baka baikkk punyaaaa...import mari dari Singapore....hahahaha

Anonymous said...

aku rasa tak lama lagi blog ni kena blok mcm website ABfund, Winlifund etc sebab celupar sangat kutuk kerajaan, baru padan dgn muka aku.....

Pengundi Atas Pagar

Anonymous said...

Khas untuk renungan SK,

Faktor utama kejatuhan Kesultanan Melaka kepada Penjajah Portugis adalah disebabkan sifat ketidaksetiaan (belot) beberapa orang istana kepada pemerintah. Mereka yang membuka pintu dan membenarkan askar penjajah memasuki kubu Melaka.

Jadi kita kena belajar dari sejarah lampau ini, jangan disebabkan sikap SK dan kawan-kawan yang suka melembukan kerajaan, negara kita akan dijajah lagi. Kali ini dijajah oleh rakyat Mesia berbangsa lain.

Jika tidak bersatu, kita akan lemah dan tunduk kepada kuasa lain. Disebabkan kelemahan ini la, Pulau Pinang dan Singapura terlepas kepada British. Sultan Kedah berharap British akan melindungi kedah selepas menyerah P.Pinang, tapi habuk pun tarak. Bahkan mereka lebih berani mencampuri urusan pentadbiran negeri-negeri Melayu.

Jika Pemuda MCA betul-betul memahami sejarah kemerdekaan Malaysia, sudah tentu mereka tidak akan meminta kerajaan membubarkan hak keistimewaan orang-orang Melayu.

Saya berharap SK n the gang lebih menghargai erti kemerdekaan Mesia yang ke 50 tahun. Lepas ni boleh masuk iklan Petronas dan menangi 50 buah kereta nasional.

Lewis

Anonymous said...

Hi Lewis Pragasam,

Hahahaha.... syahdunya aku dengar ko punya madah ni... terima kasih je la dengan semangat patriotik ko tu.

Aku tak kira...janji aku kaya dengan melembukan dan mengkeldaikan kerajaan Pak Lah ni...hahahaha

Ayuh mai Lewis Pragasam... ko terjun la dengan labu patriotik ko tu... tak kemananya Lewis Pragasam..selamanya lah ko ketinggalan kalau tak melembu dan mengkeldaikan kerajaan yang ada sekarang ni..sebab semua pemimpin kita kat atas tu tengah melembu dan mengkeldaikan Pak Lah sama-sama...hahahahahahahahaha

Dia org tak peduli pun dengan semangat patriotik...kita pun nak peduli buat hape Lewis Pragasam...hahahahaha.. menteri nak betina kita bagi..menteri nak duit kita kasi...janji projek dapat..lain-lain jangan peduli...

Mai sama-sama kita lembu dan keldaikan kerajaan Pak Lah....hahahahaha..janji kita kaya dan dapat projek mega....hahahaha

Anonymous said...

Sebelum aku lupa Lewis Pragasam,

Butuhhhhh Lu laa Lewis Pragasam.....sembang macam Pakcik aku yang umur 80 tahun tu...Butuhhhh La

TokSkoot said...

Salam..

Bukan senang nak berenti merokok nie. Dah hampir 27 tahun nikotin nie mengalir dlm darah.. silap2 nikotin dah lebih dari darah dlm tubuh nie :)

Aku dah cuba gantikan rokok dgn paip.. beratus rm habis dgn koleksi paip..tapi tak sama kick dia.. pipe kena isap dlm keadaan santai..

Skrg sangkut dgn rokok sendiri gulung.. apa perisa pun ada.. nak strawberry ka.. nak vanilla ka.. mango..pineapple..kopi..semua ada.. bau pun lebih wangi (pada y merokok la.. wife still kata busuk)

Ramadan bakal tiba.. maka sekali lagi cycle nak berenti merokok akan menjelma.. harap2 tahun ni berjaya setelah kecundang pada tahun2 yg lalu.. tapi syyyhhh tak boleh declare pada wife.. nanti bertambah janji2 yg pernah dimungkiri :)