Friday, July 13, 2007

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Hari Selasa yang lepas, saya sempat sms kepada Apamz bertanyakan khabar beliau dan keluarganya. Beliau memberitahu bahawa beliau sekeluarga sihat sejahtera. Mieza, isteri Apamz pula khabarnya semakin sihat dan hampir pulih seperti sebelum sakit baru-baru ini. Pada petang Selasa itu juga wakil dari akhbar Sinar Harian edisi Pahang telah menemuramah Apamz berkenaan keluarganya. Apamz juga mengirim salam kepada semua kawan-kawan BUDIMAN dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah banyak mendoakan kesejahteraan keluarganya.

Bilal juga ada menghantar sms kepada saya memberitahu beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja dari hari Selasa sehingga petang Khamis. Beliau ada mengajak saya untuk teh tarik tetapi kerana kesuntukan masa, saya tidak berpeluang untuk bertemu beliau. Namun begitu beliau akan datang semual ke KL pada 24hb Julai ini dan mungkin kalau ada kelapangan bolehlah kita beramai-ramai ngeteh. Rasanya dah lama benar tiada sessi teh tarik besar-besaran dengan kawan-kawan BUDIMAN di KL ini.

Puis juga ada menelefon saya malam semalam (Rabu malam) memberitahu bahawa beliau berada di Kuala Lumpur kerana urusan kerja.

Kawan-kawan seperti Ummi, Mizi, Kudeng, Jun, Walid, Kitang, Slamber, Niazor, Mat Dwan ada juga sekali-sekala kita lihat di dalam blog ini samada di chatbox atau di ruangan komen. Kawan-kawan yang lain seperti Fadil Sutoq, Lan Kentei, FG, Bob MG, Joe Malady, Antu, Jepun, Shema dan lain-lain nampaknya dah lama tidak berkunjung ke sini. Mungkin sibuk juga dan tidak berpeluang ke sini. Kalau ada pihak-pihak yang nak anjurkan acara makan-makan pun rasanya sesuai juga kerana dah lama warga BUDIMAN tidak berjumpa di KL ni. Tentu banyak cerita menarik dan khabar berita. Apa-apa pun kita doakan agar semua warga BUDIMAN dalam keadaan sejahtera dan sihat sentiasa.

6 comments:

Anonymous said...

ada....

Anonymous said...

salam seme..

bila nak ngetei?...weekend ok laa...

Anonymous said...

Salam sema...koi pun ada...kena waktu/hari bole gi ngeteh...lama dah rasanya x ngeteh sada kita...

Anonymous said...

Sutoq,
Woi, apa cite? Lama senyap je..semalam aku pi rumah kudin mekanik.. Dia kata lama awk tak call jugak...bnyk projek la tu.. jgn jadi mcm tahun lepas dah ler.

Ghost Rider,
Awk ni ngeteh kat Temerloh je la kot. Kat KL sempat ke nak ngeteh?

Jun said...

Ghost rider la plak...hehe..ni transformer mai..jgn mare...
jun skali skala j leh tinggai jejak kat sini..masalah problemo lom settle la kida..ni nasib baek cik abg bwk opis punyer..pinjam la tu..tu yg online bila org lain x der..
LK ade gak masuk kat sini tp jarang la..bila g CC ari tu dia masuk tp weekend aje la..
ikut gak perkembangan..insyaallah, bila dah 'ok' itu laptop..we all 'join' mcm dulu..sabo j la..

charlie said...

assalamualaikum,

baru berkesempatan mencelah sikit.
kwn rasa ramai lagi yg maintain hensem...

bila nak ngeteh.. rasa nak join..