Wednesday, July 25, 2007

jeMPutAn teh taRiK beSaR2aN - siRi 2


Berikut adalah artikel berkaitan perbincangan yang telah diminitkan oleh saudara Raman Kerbau semasa Pregathering di Mercu Resort Cherating, Kuantan berkaitan program Grand Gathering yang di rancangkan. Kalau kita lihat dahulu semasa pregathering sudah dilantik AJK dengan bidang tugas masing-masing dan AJK rasanya tentu dah buat groundwork untuk bidang tugas masing-masing bagi acara Grand Gathering ini. Jadi saya rasa AJK yang terlibat dan berada di KL semestinya hadir dalam sessi teh tarik Grand Gathering ini dan kawan-kawan lain yang ingin turut serta menyumbang tenaga, idea dan komitmen demi menjayakan program kita ini. Di bawah ini saya siarkan petikan artikel perbincangan tersebut.

Monday, November 27, 2006

caTaTaN peRjaLaNan pReGaTheRiNG - 5 (Akhir)

Pagi Ahad 19hb November 2006, hari ke 2 pregathering, semua peserta pregathering telah menikmati sarapan yang disediakan oleh pihak Mercu Resort. Walaupun ramai diantara peserta tidur lewat tetapi kebanyakannya telah dikejutkan oleh anak-anak mereka yang ingin mandi di kolam renang. Nak tak nak kena bangunlah jugak melayan anak-anak.

Selepas bersarapan, Antu sebagai pengerusi perbincangan telah memanggil semua peserta pregathering untuk mengadakan suatu perbincangan khas mengenai Grand Gathering yang bakal berlangsung nanti seperti yang dicadangkan oleh saudara Bilal. Bilal terpaksa meninggalkan pregathering pada hari Ahad kerana beliau terpaksa berlepas ke Pulau Pinang atas urusan kerja.

Perbincangan adalah khusus membincangkan berkaitan Grandgathering. Hasil perbincangan yang telah diadakan adalah seperti berikut seperti yang telah dicatakan oleh Raman Kerbau pada pagi itu :

1. Penyertaan grandgathering nanti adalah tertumpu kepada bekas pelajar ITM batch Julai 1985 sahaja tetapi penyertaan daripada lain-lain batch sangatlah dialu-alukan.
2. Cadangan tarikh untuk Grandgathering adalah pada cuti sekolah Ogos 2007.
3. Tempat Grandgathering dipersetujui di Kuala Lumpur.

4. Lantikan AJK Grandgathering :
- Pengerusi : Mazlan Mokhtar @ Lan Kida
- Setiausaha : Azmi Abu Bakar @ Bilal
- Bendahari : Zainordin @ Kitang

- Wakil Kursus :
Dip In Accauntancy : Syed Hamid
Dip Business Studies : Hairul Salleh @ Jepun
Dip Public Admin : Apek / Antu
Dip Secretary : Muslim (jika Muslim setuju)
Dip Computer Science : Raman Boss
Dip Banking : Zul Sani
Wakil Junior : Md Nor @ Karat
Wakil Senior : Halim Mat Som
Wakil Wanita : Mahanim/ Shema
- Urusetia Penginapan/Tempat : Norazlan @ Lan Kentei


Perbincangan tersebut telah ditangguhkan pada pukol 12-10 minit.

Selepas itu semua peserta telah bersiap-siap untuk checkout dan menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak Mrecu Resort. Semasa makan tengahari, hadiah-hadiah untuk acara Telematch telah disampaikan oleh saudara Amy Jarr selaku AJK acara tersebut.

Lebihkurang pada pukol 2-00 petang, semua peserta telah berkumpul untuk mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan kolam renang Mercu Resort sebelum bersurai. Sesungguhnya acara pregathering yang telah dijalankan selama 2 hari di Mercu Resort Cherating tersebut telah dijayakan dengan begitu baik sekali dengan kerjasama daripada para peserta. Kesempatan berjumpa kembali antaranya yang sudah 18 tahun terpisah adalah satu catatan sejarah hidup yang sukar dilupakan.

Terimakasih yang tidak terhingga juga ingin dirakamkan kepada AJK pregathering yang telah bertungkus lumus tidak mengira waktu dan kewangan seperti Wan Rozain, Amy Jarr, Bilal, Kitang, Syed Hamid dan Padil yang telah merealisasikan impian kita untuk bertemu kembali. Terimakasih juga kepada para penderma dan penyumbang seperti Lan Kentei, Antu, Kitang, Bilal, Slumber, Mat Dwan dan pihak-pihak yang telah menyumbang dalam apa jua bentuk bagi menjayakan pregathering kita itu. Terima kasih.

9 comments:

LaN KidA said...

Jumlah AJK seperti perbincangan semasa di pregathering dahulu mungkin boleh di tambah lagi. Antaranya saya rasa Ummi untuk wakil DSS, Dona dan Hanif untuk wakil Senior, Charlie Koy atau Bai untuk wakil DIB.

Maybe dengan pertambahan wakil ini, komitmen dalam bidang tugas masing-masing akan lebih baik lagi.

Actually banyak lagi AJK lain diperlukan untuk event dan aturcara program yang akan di laksanakan nanti.

SEMASA PERBINCANGAN DI PREGATHERING DAHULU SEMUA AJK TELAH MENYATAKAN KESANGGUPAN MEMBERIKAN SEPENUH KOMITMEN UNTUK GRAND GATHERING INI DAN SAYA HARAP KESANGGUPAN ITU TIDAK DI ABAIKAN BEGITU SAHAJA.

Anonymous said...

wakil wanita tak payah lah kot dah ada wakil junior, wakil senior wakil kursus...

Tapi SK akan bantu untuk contact budak2 pompuan yg mana SK kenal dan ada contact number...

LaN KidA said...

Sessi teh tarik ini saya cadangkan pada malam 26hb Julai 2007(Khamis) atau petang ahad 29hb Julai 2007.

Tempat yang sesuai kalau boleh satu bilik mesyuarat sebab kalau nak berbincang secara serius dan penuh tumpuan. Kalau bincang kat Restoran ni biasanya banyak gangguan. Ada sesiapa kengkawan yang ada bilik mesyuarat yang boleh digunakan?

Kalau restoran, saya rasa Bora Ombak, Jalan Ampang atau Nailis Sentul atau Ampang, Restoran Kunag2 MRR2 boleh jugaklah.. tapi terpulanglah, cuma elok fikirkan suatu tempat yang sesuai untuk berbincang dan menghadirkan komitmen masing-masing.

Anonymous said...

Salam...koi cadangkan sesi ngeteh/discussion kita ni pada hari Jumaat, 27/07/2007, jam 8.30 mlm

Anonymous said...

setuju ngan SK..

Anonymous said...

Kitang,
Koi no hal cuma Bilal biasanya petang Jumaat tu dia dah cabut balik Kuantan and maybe petang ahad baru dia balik semula KL..betul tak Bilal?

Anonymous said...

Salam,
Emm setuju dgn sk....
Melihat senarai nama dalam AJK tu dah ok dah, xyah letak nama ummi wakil DSS pun xpa, Muslim is the right person since he is in KL kan. Senang nak bincang. Tapi Ummi akan tetap "HULURKAN TANGAN, RINGANKAN BEBAN". Don't worry ek.

Actly, kitaorang ada plan nk wat DSS gathering on December ths yr. Rasanya kitaorang akan cancel dan ajak sume2 DSS to join this Grand Gathering...
K, stay in touch...!!

charlie said...

godong,,,
kalau nak guna bilik mesy office kwn bole... tak besar mana... 27 mlm ok..

Salwani said...

kami ni dah lama nak contact Raman boss, boleh tak bagi no telefon dia, pleeeeeeeeese

Last 2 weeks wani terjumpa Syed DSS. Dia kat Menara Telekom Ting 22. Lepas DSS katanya dia g US ambil Mass Comm. anak dah 5 dok kat Ampang