Wednesday, July 04, 2007

faDiL ke PnOm Penh


Semasa eMay dahulu, Fadil Othman DIB bersama keluarga ada datang untuk meraikan anak-anak yatim bersama-sama BUDIMAN. Fadil ada memberitahu bahawa beliau akan ditukarkan dari Wisma Putra di Putrajaya ke Kedutaan Malaysia di Pnom Penh, Cambodia. Jangkaannya pada penghujung bulan Jun atau awal Julai. Saya ada beritahu beliau untuk menghubungi saya jika tarikh pertukaran beliau telah di tetapkan. Mungkin kita boleh adakan satu sessi teh tarik Farewell BUDIMAN untuk Fadil sebelum beliau berangkat ke Cambodia nanti. Setakat ini beliau belum menghubungi saya lagi, mungkin tarikh pemergian beliau sekeluarga belum di tetapkan lagi. Beliau yang baru sahaja membeli rumah di Putrajaya dan telah menerima kunci baru-baru ini nampaknya tidak berpeluang untuk pindah ke rumah barunya itu. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Fadil sekeluarga semoga sentiasa kekal bahagia dan sentosa walau dimana mereka berada.

3 comments:

Anonymous said...

To Fadil Othman dan Azah (eh betul ke nama wife Fadil ni?). Selamat menyesuaikan diri di Pnom Penh, Cambodia.

Kida, wat farewell ngeteh tu soh la Fadil dtg ngan wife blehla SK join sekali...

Anonymous said...

salam....if nak wat sesi ngeteh make sure sabtu mlm...walid ada kat KL ..
anyway to Fadil n family...watcha rong di muang...cakap cambodia sendri bikin..hehheee

Mizi said...

Kalau buat farewell ngeteh untuk Fadil ni jgn lupa jemput aku, aku sanggup drive dari Songkhla ke KL.
Aku dulu selalu convoy motor bersama fadil dari Kuantan ke Johor, tiba Air Hitam kita berpecah, dia ke Kluang dan aku ke BP. Masuk je hi-way Tun Razak, kita mesti race. Pick-up gear 1,2,3,4 dan 5 motor aku (Honda Raider) akan kedepan, tapi bila jarum dah cecah top speed 160km/j, si fadil ni pandai curi angin dan lama ke lamaan dia akan kedepan, menyampah aku.

Anyway, welcome to happyland kingdom of Cambodia (ฝากความคิดเห็นของคุณ).