Tuesday, July 10, 2007

aPa haL Lu oRanG keCOh2 Ni beB

Lama gua tak masuk rumah gua ni beb. Ni pun dah pukol 4-47 pagi beb. Dah 5 malam berturut-turut gua balik pukol 4-5 pagi , tak larat dah gua nak buka blog gua ni. Bini gua SK pun dah jeling-jeling semacam je tengok gua balik lambat sampai pagi ni, nak buat macam mana beb banyak urusan. Gua pun dapat tahu perkembangan blog pun dari sms SK kat gua bila dia ingatkan gua dah pukol 4-00 pagi bila gua tak sampai rumah lagi.

Gua tengok artikel rokok gua tu kecoh semacam je beb. Lu orang ni apahal la nak kecoh-kecoh sangat. Ni bukan tempat untuk bincang pasal politik beb. Sini tempat orang baik-baik nak buat amal kebajikan beb. Gua peduli apa lu UMNO ke, Keadilan ke, PAS ke, MCA ke... lu orang pergi main jauh-jauh la nak bincang bab politik ni.

UMNO totok gua tak kira la, lu tu Menteri ke, Wakil Rakyat ke..lu jangan nak cuba-cuba promote lu punye politik kat sini. PAS, Keadilan, MCA, MIC.... lu pergi main jauh-jauh... jangan nak bincang bab politik kat blog gua ni. Politik ni kerja orang bodoh je. Kerja orang pandai, berniaga, cari duit dan buat sedekah banyak-banyak. Gua biasa dah halau wakil rakyat ni dari majlis gua..gua peduli apa..politik-politik gua tak main beb.

Si Lewis Hamilton, lu nak tunjuk lu punya totok lu sokong kerajaan, gua warning lu pergi jauh-jauh. Banyak lah lu dengan kerajaan lu tu. Si anonymous yang mencarut-carut tu, lu pergi la kat Planet Hollywood ke atau Hard Rock Cafe...lu carut la kat situ berapa banyak lu suka..gerenti orang tak marah sebab kat situ tempat orang berdengung...tak kisah.

Gua dah la pening banyak kerja ni beb dan pening takde artikel nak tulis kat sini ni...lu orang jangan buat hal beb nak bergaduh pasal politik plak kat sini. Lewis Hamilton, Anonymous, Nila Utama... lu boleh blah...lu cari gelanggang lain nak gaduh pasal politik ni. Pilihanraya nanti kita sokong ikut suka kita....lu orang jangan nak promote-promote UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke kat sini..PAHAMMM. Blog ni untuk buat kerja kebajikan dan silatulrahim jer...lu paham tak bahasa melayu Lewis Hamilton, Anonymous dan Nila Utama.

Alright Brother...Gua nak mandi n masuk tidor dulu. Salam semua.

7 comments:

Anonymous said...

muahaha...kida dah marahlah... SK minta ampun ya tuan blog.. SK saja2 je nyakat si lewis tu tak sangka plak seriusnye derang nih. tapi anonymous letak kata2 bkn2 tu tolong mind your languange yea.

ohh pasal jeling tu? tulah jeling manja jer...muuahh love u hiks!

p/s mlm ni kida balik lambat lagi SK tukar kunci mangga ahaks!

Anonymous said...

Eh apa sudah jadi ni???..sudah ada ruang debat lak kat sini, cam kat Parlimen jer..ahaks!! Ooiihh..ini macam dah hentak2 meja dah ni..

Aa..nape la smpai kua ayat2 yang bukan2 ni...Bukankah bahasa menunjukkan bangsa..hehe...

Kida, kalau camni kan, bukan dah brainstorming lagi ni..ini kilat sambar menyambar hiks!!!

Anonymous said...

salam.
Kpd mrk2 yg berkenaan..tolong gunakan bahasa yang baik dan span santun serta hormati org lain. W/pun saya ni bukan tuanpunyer blog atau shareholder blog nie...ats dasar pesahabatan, jgn gunakan bahasa kasar serta melibatkan agenda politik. Jika mrk2 yg berkenaan tu brani menegakkan pendirian dan pendapat, SILA KEMUKAN PROFILE DIRI ANDA..barulah kita kenal sapa kawan sapa lawan.

p/s Kita dah berumur, gunalah sebaik mungkin umur yg masih ada nie. saya mohon maaf jika menyinggung tp atas dasar sesama ISLAM, bermaaf-maafan lah.

Anonymous said...

Bro, selama ni gua tengok BUDIMAN ni aman je....tapi dah mula kecoh ni..... apahal jadi macam ni....betul kata Kida, gelangang ni bukan utk berpolitik.Kalau nak berpolitik, main jauh2.BUDIMAN hanya untuk orang budiman saja.

Gua....ROCK terus ROCK...tak kira Pop rock ke...Rock n Roll ke...Hard rock ke....terock ke....gua layan je...

Hidup mau happy.....yang menyusahkan,tolak tepi...ok....

Mizi said...

apa kata semua komen yang dihantar kena tapis dulu sebelum disiarkan, macam sms Astro channel 15 tu. Jadi tak la timbul bahasa-bahasa yang tak senonoh tu, malu. Kalau setuju, saya bersedia jadi tukang tapis, semua komen-komen, kecuali dari tuan blog kena pergi ke saya dulu, ayat yang tak cantik saya akan cantikkan. Komen yang melampau dan samar-samar akan dirujuk ke tuan blog untuk persetujuannya sebelum disiarkan. Ok tak?

Anonymous said...

Assalamualaikum

Some people are just plain old stupid lah kida. Don't know which is the correct forum to express their views.

To Lewis Hamilton, or Lewis Pragasam, or whoever you are, go and bark somewhere else. Your comments are not welcomed here.

Anonymous said...

Yo bro .. c'mon la .. kita dah matured, dah lebih 40 dah...anak2 pun dah ramai.. naper buat perangai cam 20 tahun dulu..
malu gua...
nak kata palimen pun tak palimen, nak kata kedai kopi pun tak... kalu anak2 baca.. kan memalukan kita sumer...
dah la tu.. kida, kalu terus camni gua cadangkan tutup aje bloq ni..