Saturday, December 09, 2006

oNLinE tRaCkiNg : skO-deNGeRs

Setelah sekian lama mencari software yang sesuai untuk tracking para-para skodengers yang mengintai-ngintai blog ini, maka pada hari Jumaat lepas saya dan SK telah menemui satu software yang sesuai iaitu NeoWorx. NeoWorx berfungsi untuk mengesan para online yang memasuki blog ini daripada mana-mana sahaja di dunia ini. Dengan fungsi mapping tracking, sesiapa yang memasuki blog akan dikesan melalui IP address dan line telefon yang digunakan.

Setelah dipasang mulai Jumaat lalu, barulah diketahui bahawa para skodengers blog ini bukan sahaja terdiri daripada mereka-mereka yang berada di Lembah Kelang mahupun Kuantan tetapi tracking telah berjaya mengesan pengskodeng dari Tokyo, Mountain View CA, Kg Balet Nyor, Ipoh, Kg Gajah Mati, Kg Tuman, Jerantut dan lain-lain lagi. Saya sebelum ini telah difahamkan bahawa blog ini telah diikuti setiap hari oleh para-para junior dan senior kita juga.

Blog juga ada menerima kunjungan daripada anak-anak kita seperti daripada anak Apamz, anak Kitang dan anak saya sendiri. Nampaknya blog ini telah menarik perhatian ramai peminat-peminatnya dan saya harap blog ini akan dapat menarik lebih ramai kawan-kawan kita untuk lebih menonjolkan diri mereka agar kawan-kawan yang lain mengetahui dimana mereka berada dan dapat menghubungi mereka untuk menjalin kembali ikatan persahabatan yang lebih mesra lagi.

Friday, December 08, 2006

faMiLY diNNeR & gOLf rEuNiOn

Semasa sembang-sembang teh tarik di Satay Kajang tempohari beberapa cadangan untuk mengadakan sessi dinner keluarga pada penghujung bulan Disember 2006 ini ada diutarakan oleh beberapa kengkawan. Tarikh-tarikh yang dicadangkan maybe antara 23hb Disember sehingga ke 28hb Disember mana yang sesuai dengan kengkawan. Dinner family reunion ni hanyalah satu acara bagi meneruskan persahabatan yang telah terjalin kembali antara kita semua khususnya bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Kelang. Dengan cara ini kita akan stay in touch antara kita serta family kita dengan harapan kemesraan yang telah terjalin antara keluarga kita akan berterusan sampai bila-bila. Bagi mereka yang berada di luar Lembah Kelang dan ingin menyertai dinner ini juga amatlah dialu-alukan. Kemungkinan dinner ni kita buat di satu tempat yang sesuai dan kita sama-sama bayar makanan yang di pesan disana nanti.

Amy Jarr juga ada menelefon saya dan mencadangkan sekiranya dapat kita mengadakan satu acara golf reunion antara kita. Tarikh yang saya rasa sesuai adalah pada 26hb Disember 2006 bersamaan hari Selasa dan tempatnya saya cadangkan di Bukit Unggol Golf & Country Club, Bangi, Selangor sebab hari Selasa tu promotion rate kat situ. Kepada kawan-kawan yang baru berjinak-jinak dengan sukan golf inilah masa yang sesuai untuk bertemu kengkawan disamping bermain golf. Slamber, Bilal, Jepun, Mat Dwan, Kitang, Padil, Kudin walaupun baru atau jarang-jarang main golf, inilah masa yang sesuai berseronok sambil berjumpa kengkawan. Regular golfer tu kalau boleh ambik cuti marilah kita sama2 memeriahkan sekali seperti saya, Antu, Kerbau, Mat Taib, Che Dat, Mat Rock, Lan Kentei dan Sabri Cigak. Kalau di ikutkan jumlah yang ada kat atas ni maybe boleh dapat 4 flight, ramai tu dan meriah.

So harap mendapat feedback dari kengkawan untuk 2 acara di atas secara menulis di ruangan komen atau sms pada saya.

gaMBo LaMa geNG dBs pULaK



Shema ada hantar gambar-gambar lama geng DBS yang Jepun jumpa dalam album lama kat rumah dia. Ada satu gambar kat hostel dan satu tu gambar kat rumah Puan Rahimah, pensyarah Ekonomi kita. Gambar besar biasalah ada kat link blog. Harap ramai lagi dapat scan gambar lama-lama dan hantar untuk share dengan kengkawan semua yer...

baBY baRu sLaMbeR


Slamber pun baru dapat baby baru lelaki sehari sebelum kita pregathering di Kuantan iaitu pada hari Jumaat 15hb November 2006. Nama baby baru Slambe ialah Muhammad Nafish Danish yang mana nama Nafish tu di berikan oleh adik Slambe dan nama Danish tu saya yang cadangkan yang membawa maksud kebaikan dan kemewahan. Tahniah Slambe. Welcome to ketuk lutut group!

Thursday, December 07, 2006

seSSi teH taRiK beSaR2aN - SiRi 3




Semalam sessi teh tarik besar-besaran yang telah diadakan di Satay Hj Samuri bersebelahan dengan stadium Kajang telah dihadiri oleh saya, SK, Shema, Jepun, Kitang, Mat Dwan, Slambe dan anak lelakinya (buat teman takut balik tengah malam jumpa Maya Karin) dan Niazor serta FG. Start teh tarik dalam pukol 9-00 malam dan habis dalam pukol 2-00 pagi (sampai Satay Kajang tutup kedai lah tu pun sambung sembang lagi kat parking kereta dekat 1 jam). Seronok macam-macam cerita lama dan baru yang timbul.

FG memberitahu bahawa geng DSS batch kita akan mengadakan gathering untuk course mereka pada penghujung bulan Disember 2006 ini di Pulau Pinang. Katanya Amin yang bekerja di Alor Star akan organisekan gathering tersebut. So FG bolehlah propose kat DSS group untuk grandgathering kita nanti kat dia orang yer. Nanti gambar2 gathering bolehlah FG posekan kat sini untuk kengkawan tengok.

kHaiRuDDin @ kUDiN meKaNiK keNa beGUk

Semalam sepatutnya Padil dan Kudin ada menghadiri sessi teh tarik besar-besaran di Satay Kajang tetapi Padil terpaksa menghadiri satu hal penting di Bentong dan tak dapat menyertai sessi teh tarik tersebut. Kudin pula diberitakan mendapat sakit beguk dan pagi tadi semasa saya menelefon beliau, beguk yang dihidapinya masih membesar lagi. Beliau kata baru 2 hari dia mendapat beguk tersebut. Beliau semasa saya menelefon tadi dalam perjalanan di Selayang mencari perubatan kampung untuk mengubati beguk tersebut. Katanya saiz beguk yang dihidapinya besar dan maybe lambat sedikit untuk pulih, maybe lebih dari seminggu. Kita doakan Kudin agar cepat sembuh dan sihat semula.

Wednesday, December 06, 2006

seSSi teH taRiK beSaR2aN - SiRi 2

Setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Bersiung dan ADUN Nilai YB Slambe, maka anak bulan akan kelihatan di Satay Haji Samuri Kajang pada pukol 8-45 malam ini. Oleh itu acara ngeteh kita akan diadakan di tempat tersebut pada waktu-waktu tersebut. Sila bawak teropong masing-masing untuk melihat anak Slambe nanti aka Muhammad Danish.. Sekian.