Thursday, May 20, 2010

reUNioN

Semalam saya sempat bersembang dengan Jamal dpA batch Jan 85 dan beliau memberitahu saya , pada malam ReuNioN nanti, beliau, Yew dan Yahya dari band asal UitM Pahang dahulu akan mengadakan persembahan nanti. Katanya sebanyak lebihkurang 8 buah lagu akan dipersembahkan nanti. Mesti gempak punyer. Harap-harap ada lagu Panah Beracun sesuai dengan gelaran Jamal Panah Beracun yang diberikan oleh Batch Julai 85 kepada beliau.

Mila dan Shake semalam dalam proses akhir menyediakan majalah ReuNioN dan katanya ramai batch Julai 1985 menghantar biodata di saat-saat akhir. Sehingga pagi ini saya rasa sesiapa yang nak hantar kepada Mila mungkin boleh diterima lagi.

Amin dsS juga ada sms kepada saya memberitahu beliau akan datang ke Jamuan ReUNioN nanti tetapi beliau mungkin tidak sempat ke acara golf kerana beliau hanya sampai dengan penerbangan FireFly dari Langkawi pada 29hb tersebut pada jam 2-20 petang di Subang Airport.

Saya pun sebenarnya masih menantikan daripada Hanif diB senarai pemain batch Jan 85 yang akan menyertai golf nanti. Saya tahu batch Julai 85 memang senantiasa bersiap sedia menanti batch Jan 85. Harap-harap batch Jan 85 dapat menyediakan pemain yang mantap kerana kalau tidak saya rasa memang kena ratah mentah-mentah jer dengan kami batch Julai 85. Golf 29hb Mei nanti saya cadangkan di Kelab Golf Kinrara dan mungkin bermula sekitar jam 12-30 tengahari supaya selesai golfing bolehlah terus ke Jamuan ReuNioN nanti.

1 comment:

JaMaL PeraCuN said...

Kalau ikut list lagu yg kitaorg prepare memang x termasuk lagu Panah Beracun...tp kalau korang dah request kita orang akan cuba "meracunkan" lah lagu tu...semoga yang beracun tu menjadi "penawar" nostalgia ITM Pahang...