Monday, May 31, 2010

maJLis MakaN maLaM reuNioN aLuMNi uiTM pahANg

Golf ReuNioN Masters
Rambo dan Niza dpA
Puan Rozainun kat tengah tu
Brother Herman Tino
Othman Hamzah dengan Kak Zah - Gadis Melayu
Nash dengan Nasrun
Teh Tarik pulak...

Akhirnya detik yang ditunggu-tunggu 29hb Mei 2010 tiba jua. Malis Makan Malam reuNioN UitM Pahang telahpun berlangsung dalam suasana yang amat meriah dan menghiburkan dengan pertemuan semula bekas-bekas pelajar UitM Kuantan selepas 25 tahun di pertemukan. Majlis telah berlangsung di Dewan Banquet Sri Bestari, IntekMa Resort, Shah Alam

Acara ReuNioN telah bermula seawal jam 12-30 tengahari di Kelab Golf Monterez dimana kira-kira 20 orang peserta terdiri dari bekas-bekas pelajar telah berkumpul untuk memulakan Golf ReuNion Master. Suasana riuh rendah di Kelab Golf Monterez begitu meriah seolah-olah kelab tersebut milik kami sahaja pada petang itu. Perlawan golf secara StableFord berlangsung dengan sengit dan akhirnya kira-kira jam 5 petang kami semua telah menamatkan perlawanan. Keputusannya Hanif diB telah muncul juara dan tempat ke2 dan ke3 oleh Amy Jarr dan Mat Taib. Keputusan telah diumumkan pada Majlis Makan Malam dengan pakej-pakej hadiah melancung ke China dan sebagainya. Saya turut mendapat tempat ke5 dengan hadiah voucher RM300. Berbaloi-baloi beb.

Sementara itu AJK yang lain seperti Shake, Mila, Donna, Sheena, Kak Sit dan Kitang serta lain-lain sudahpun memulakan tugas masing-masing. Jamal n the band yang terdiri dari Jamal dpA, Yahya keyboard diB, Yew dpA dan Hamzah Kajat diB memulakan latihan mereka sejak Jumaat lagi turut membuat persiapan terakhir di IntekMa Resort.

Jam 8-00 malam semua jemputan khas terdiri dari Dato' Nasuddin (bekas pengetua dan kini Naib Canselor UiTM) bersama isteri, Dato Haji Hilmi ( Pengarah UitM Pahang), Kak Zah bekas Pengurus Asrama UiTM Kuantan, bekas-bekas pensyarah kita dulu seperti Puan Hamidah, Puan Rozainun, Puan Saadiah dan lain-lain, kakitangan HEP UiTM Pahang dan wakil-wakil pelajar UiTM Pahang seramai 30 orang, telah sampai dan diberikan sambutan meriah. Bekas-bekas pelajar pula tiba dengan sorakan dari rakan-rakan yang sudah sampai dan suasana begitu meriah sekali.

Majlis di mulakan oleh pengacara pada malam itu iaitu Amin dsS dan Kak Teep dsS dengan menjemput Roslan Muwardi @ Lan Imam untuk membaca doa selamat. Halem MatSoM sebagai Pengerusi AJK kemudiannya menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya Pengarah UiTM Pahang, Dato' Haji Hilmi menyampaikan ucapan beliau pula. Majlis Makan Malam itu kemudiannya di rasmikan oleh Dato' Nasuddin dengan ucapan beliau yang begitu bersemangat. Walaupun Dato' Nasuddin sudahpun berusia 59 tahun tetapi fizikalnya masih tidak berubah. Beliau menyatakan masih lagi mengingati wajah-wajah beberapa bekas pelajar walaupun ramai yang dah KRU katanya iaitu Kelab Rambut Uban.

Jamuan Makan Malam telahpun di mulakan dengan hidangan buffet yang amat menyelerakan dan sambil makan, semua yang hadir mengambil peluang beramah mesra. Suasana memang meriah sekali. Sambil itu Jamal n The Band memulakan persembahan dengan lagu yang ditunggu-tunggu iaitu lagu Panah Beracun. Seluruh dewan bersorak dengan persembahan Jamal n The Band. Memang meriah giler beb...memang rugi sesape yang sengaja sombong tak mahu datang tu (ada yang tak datang sebab nak tengok wayang jer bukannya ada kenduri kendara atau urusan mustahak pun...sengaja sombong tak mahu datang beb)

Nasrun atau Mat Rock kemudiannya telah naik ke pentas untuk mengumumkan pemenang acara Golf ReuNioN Master dan suasana meriah dan sorakan dengan gelagat lucu Mat Rock menghiburkan seluruh dewan. Memang gempak betul la Mat Rock malam tu. Acara cabutan bertuah turut di selitkan antara persembahan Jamal n The Band dengan hadiah sumbangan penaja-penaja... Memang berbaloi-baloi la beb.

Saat-saat yang ditunggu pun tiba dengan persembahan artis jemputan khas iaitu Herman Tino yang muncul dari belakang dewan menyampaikan 4 buah lagu termasuk lagu Derma Bukan Tontonan di mana semua didalam dewan turut menyanyi bersama beliau. Ramai yang mengambil peluang bergambar dengan beliau dan persembahan Herman Tino memang meriah giler beb.

Seterusnya penyanyi asal Gadis Melayu iaitu Othman Hamzah dari Singapura turut mendengkan lagu tersebut dan Kak Zah telah naik ke pentas menari bersama Othman Hamzah. Meriah betul dengan sorakan dan semua dalam dewan bernyanyi sekali dengan Othman Hamzah. Tak terkata beb meriah nyer suasana masa tu.

Akhirnya dewan di kejutkan lagi dengan kehadiran Nash, penyanyi Lefthanded di mana semua dalam dewan bersorak dan menjerit kepada beliau dan Nash memulakan persembahan dengan lagu Debunga Wangi. Nash kemudiannya menyebut dan meminta Mat Rock untuk naik ke pentas bersama beliau untuk menyanyikan lagu Ku Di Halaman Rindu. memang gempak giler la Mat Rock malam tu. Gegak gempita dewan dengan sorakan kepada Mat Rock dan Nash. Akhirnya persembahan di tutup dengan nyanyian lagu Pada Syurga di WajahMu di mana seluruh dewan melambaikan saputangan dan bernyanyi sekali dengan Nash turun ke pentas dan meminta Mat Dwan bernyanyi bersama beliau. Gempak giler baban beb....yang sombong tak datang tu tolong beritau sikit...rugi tak rasanya menyombong beb. Ko orang boleh baca je la kat blog ni beb tapi pertemuan dengan kengkawan malam tu seumur hidup pun belum tentu dapat buat lagi macam ni.

Memang meriah giler la malam tu. Tak terucap dengan kata-kata. Bukan persembahan, bukan hadiah tetapi pertemuan semula dengan rakan-rakan budiMaN malam itu akan dikenang seumur hidup. Bukan tentu panjang lagi umur kita ini tetapi peluang bertemu semula dengan rakan-rakan lama, bekas-bekas pensyarah untuk menyatakan ucapan terima kasih kerana mendidik kita, mereka dapat melihat kita semula ternyata suatu kepuasan dan kesyukuran kepada Allah swt kerana memanjangkan umur untuk dipertemukan semula.

Majlis di akhiri dengan ucapan terimakasih oleh saudara Halem kepada semua AJK yang terlibat dan kepada semua yang hadir pada malam tersebut. Walaupun sewaan dewan hanya setakat jam 11-30 malam dan lampu dewan sudahpun di malapkan tetapi semuanya seakan tidak mahu pulang lagi.

Seramai lebihkurang 50 orang termasuk Kak Zah kemudiannya beredar untuk teh tarik di Restoran Khalifah Seksyen 3 dan riuh rendah pula keadaan di situ sehingga jam 3-00 pagi barulah semuanya beredar, itupun kerana restoran itu akan ditutup.

Batch Jan 85 ramai yang hadir hampir setiap kursus melebihi 10 orang peserta. Batch Julai 85 juga tidak kurang dan yang paling gempak sekali apabila Rambo dan Niza dpA turut hadir sekali. Memang meriah sakan giler baban beb.

Akhir kata saya ungkap kembali coretan Puan Rozainun(bekas pensyarah paling glamor dan paling ramai nak ambil gambar malam tu) bekas pensyarah Accounting kita yang hadir pada malam itu seperti yang tercatat di ruangan komen artikel sebelum ini....

Salam tahniah dan penghargaan kepada AJK Dinner malam tadi (29/05/10) serta alumni lain dan hadirin yang telah sama2 menjayakan event yang tak mungkin dapat dihasilkan tanpa semangat 'UiTM dihatiku' semua. The turn-out was fantastic. The program was great.

Seperti coretan saya yang lalu, mungkin setahun atau dua yang lalu, saya amat bangga dan terharu dapat berpeluang melihat anak didik ITM Pahang 1985 bekerjasama, dan kali ini sehingga terhasilnya saat yang dinantikan, tak kira sibuk, dengan banyak halnya, dll., semua ini diketepikan untuk bersama2 meraikan perjumpaan itu; saya dapat merasakan kekitaan sesama lain, seperti adik beradik. Tak pa lah yang KRU pun, atau KRK atau berubah saiz, berlainan rupa, pokoknya kamu semua bertenaga. Rasanya masih boleh lagi panjat ikut tingkap bas ITM dulu.

Keep up the good spirits - I really admire them. Makes me smile always. Together we uphold our race and society for our future generation. Do keep in touch. Always be good and happy! Detik2 sejarah yang lalu, jadilah semuanya sebagai satu pedoman.

Once again, THANK YOU. A very well
organised event indeed! Syabas. I am so proud of all of you.

Salam manis penuh harapan kepada
adik2 semua, dari saya,
your 'Cik' Rozainun.

8 comments:

ummi said...

Salam..
Sungguh teruja baca entry kali ni Kida..!! Apapun tak menjadi rezeki Ummi la kan nk jumpa, dah mcm hal dan alasan yang timbul di waktu yang sama...apapun, Ummi tumpang gembira dengan kelancaran majlis dan tetamu yang hadir...sangat2 berbaloi u all semua bertungkus-lumus gitu, suka hati bila ramai bekas pensyarah dan Pengarah Itm Phg turut hadir, tak lupa jugak Kak Zah tu, hehee..moga akan jadi titik tolak pada pertemuan yang seterusnya...Ummi pun masih berharap jika masih ada waktu dan jodoh untuk kita berjumpa lain kali...

Akhir kata, tabik spriiiinng tuk semua!!

*psst..nak contact sapa nk dptkan buku biodata tu ek?

Anonymous said...

salam 1budiman,
terima kasih kpd ajk yg menjayakan malam yg bersejarah ni dan tak dilupakan juga rakan2 yg hadirkan diri walaupun dtg dari jauh, dari selatan, timur dan utara. semuga semua selamat kembali ke rumah masing2. diharap kita tak yah tunggu 25 tahun lagi utk bersama seperti ini. tahun depan kita sambut raya lah pulak camno kida, kak tip & en. halim.... bolehla kida dan clark bermaaf-maafan....heee
jgn la tersinggung ye....maaf dipinta....bukannya ape harap dpt duit raya 'lucky draw'....anyway i'm so happy that night w/pun nama tak naik. kida tak de ke jual gambar ke vcd ke nak buat kenangan..

RODDIB

matdwan said...

Salam bros..,

Koi nak mintak maap pada rakan2, clark , Kida.., takde niat pun nak menggores hati kalian.., koi dah tepun clark, kida.., apa pun niat kita tetap bersih dan luhur utk tujuan silaturrahim..,

Clark ngan koi mmg slalu berbicara malah ada kalanya kami berjumpa dan berbincang ttg berbagai perkara dan masalah.., (cuma kini dah agak lama tak jumpa).., dia pun kalu ada kelapangan ttp akan datang utk bersama kita..,

Ttg anonymous identity tu aku cuma agak2 dan serkap jarang.., tapi kalu ada yg terasa, rentikan lah..,

Lan Kida ngan koi mmg close, lebih dari itu kami adalah room mate masa part 4 ktn.., pas tu masa tengah tengah 'tsunami cari koreje' pas blajar dulu kami tinggal serumah dan mmg kami slalu bincang2 .., even lan kida kawen koi datang t'loh dan KL..,

Keep up the good work kida..,'Cik' Rozainun pun folllowww der.., (Thanks Pn Rozainun., you are the best)

Bila cakap pasal kengkawan nie koi mmg rasa takkan ada kecik hati sbb mmg kekadang kita rasa mende2 tak menjadi emosi.., ttp jika ada apa2 yg d luar dugaan, koi dgn tulus hati minta maap bebanyak.,

Tapi mmg kalu ada hadiah 'Man of the nite contest' koi akn undi Mat Rock .., (walaupun dia ada ragging koi dulu).., amacam Kida, buat undian segera.., kita tengok saper yang kena.., (Saper yg menang kena open table)

Adious

Asta Lavista

Mat Dwan

p/s kat parlimen depa gaduh, kat luar depa kasi projek gaks bro.., sbb tu boleh bertepuk bertampar..,

Mizi said...

LaN KidA,

kalau tempat ke-5 dapat RM300, brapa pulak hadiah no. 1,2,3 dan 4? Rugi betul la aku tak join hari tu. Kalau tak lepas duit tol aku balik ke Songkhla....hehehe.

Al-Waleed said...

Salam.
hehe..gempaqqqqqq..anyway kita ni sama je bang...lebih baik kita berkawan dari menjadi lawan.
Koi tau...kida ke, clark ke, sesapa pun, kalau da rodong biasa je kena panah beracun camtu. Jgn ikut kan hati dan perasaan. Koi geng semua org...hehehe
Anyway...koi spai UK kul 4.30 pagi sampai klas ari ahad pun tuang beb...heheh
Semuga BUDIMAN kekal persahabatan hingga ke akhir nanti.

Salam.
p/s...yg ditunggu x tiba........sedihhh (teka???)

Fuad said...

Tu dia, dapat bergambar dengan Herman Tino lagi, Boleh pinjam dia punya bengklon tu.

Ahmad Fuad.

Salwani said...

Kawan saya di Teknik, Wana hantar mesej dalam FB kata dia nampak gambar saya kat buku biodata ITM Pahang. Rupa-rupanya kawan saya tu kawen ngan Magnum. Keciknya dunia

DiB said...

Dulu tak sempat bergambar dengan Ramli Sarip kat Bukit Sekilau, dapat dengan Herman Tino pun jadi lah yek lan.

DiB