Wednesday, May 26, 2010

3 daYs tO reuNioN

Isnin malam lepas, satu mesyuarat AJK ReuNioN telah di adakan lagi di Restoran Tupai2. Ramai yang hadir antaranya Halem, Shake, Sheena, Kak Sit, Kitang, Hanif, Khatilah dan beberapa rakan yang lain. Saya kebetulan mempunyai beberapa urusan yang perlu dibereskan pada petang itu dan saya tiba agak lewat sedikit sekitar jam 10-00 malam. Sebaik sampai saya dapati Halem sudah meninggalkan mesyuarat tetapi AJK yang lain masih berada di sana.

Sehingga Isnin malam seramai 70 bekas pelajar UitM Pahang dari batch Jan dan Julai 1985 telahpun mengesahkan kehadiran mereka. Walaubagaimanapun setelah berbincang, pihak AJK masih lagi boleh menerima penyertaan di saat-saat akhir dan tarikh akhir ialah pada hari esok kepada sesiapa yang ingin menyertai untuk membuat pengesahan dan pembayaran kepada Bendahari ReuNioN iaitu saudara Kitang. Namun begitu kepada mereka yang ingin juga datang dan hanya dapat mengesahkan dengan hadir di malam tersebut, pihak AJK sedang berusaha meminta pihak IntekMa Resort menyediakan tempat dan bolehlah mereka membuat pembayaran di Malam Jamuan ReuNioN itu nanti.

Jamal dpA ada memberitahu saya bahawa band beliau yang terdiri dari Yahya Keyboard dan Yew Bassist akan beraksi di malam tersebut. Di samping itu kita juga mempunyai penyanyi jemputan yang akan turut menghiburkan kita iaitu Nash dari Kumpulan Lefthanded dan juga Othman Hamzah dari Singapura yang terkenal dengan lagu Gadis Melayu dan Musliha di mana masing-masing akan mendendangkan 2 buah lagu, Insyaallah. Jadi kepada rakan budiMaN yang masih tercongak-congak untuk pergi, saya rasa tiada alasan lagi disamping berjumpa kengkawan lama dihiburkan pula oleh 2 penyanyi Retro terkenal di zaman remaja kita dahulu.

Golf ReuNioN Master pula insyaallah akan di adakan di Kelab Golf Monterez, Shah Alam dan setakat ini sebanyak 4 flight sudah mengesahkan penyertaan.

Saya sebenarnya pun teramatlah sibuk dengan beberapa urusan peribadi dan kerja dalam minggu ini. Esok insyaallah saya sekeluarga akan ke Pontian, Johor untuk menghantar anak saya Maisarah yang berjaya dalam rayuan untuk kursus Matrikulasi dari Sains kepada Sains Teknikal di mana beliau akan mendaftar pada hari Khamis nanti. Jumaat pula balik dari Johor saya akan pulang ke kampung kerana mempunyai beberapa kenduri di rumah bapa saudara pada hari Sabtu dan Ahad. Bagaimanapun saya insyaallah akan tetap mengesahkan kehadiran saya di ReuNioN dan Golf nanti bersama-sama SK.

Semoga lebih ramai budiMaN akan mengsahkan kehadiran dalam sehari dua ini agar pertemuan kita semua di Malam ReuNioN itu nanti akan lebih bermakna lagi, insyaallah.

3 comments:

LaN kidA said...

Salam semua,
Saya kini berada di Pekan Pontian, Johor setelah sampai malam tadi kira-kira pukol 11-30mlm. Pertama kali sampai di Pontian dan bandarnya cantik di tepi laut. Menginap di Hotel Pontian terletak di Pusat Perdagangan Pontian.

Persiapan ReuNioN insyaallah sedang berjalan lancar dan semua AJK sedang berusaha keras bagi menjayakannya. Golf ReuNioN pun insyaallah akan di adakan di Monterez pukol 1ptg dan setakat ini 4 flight sudahpun mengesahkan penyertaan.

Insyaallah selepas mendaftarkan Sarah di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (cantik dan besar tempatnya mengadap laut, macam ITM kita dolu2), kami sekeluarga akan terus menuju kampung saya di Temerloh, Pahang dan mungkin pada malam Jumaat nanti kembali ke Kuala Lumpur sebelum balik semula ke Temerloh nanti untuk kenduri kendara.

ReuNioN nanti ada best dress utk Retro Theme kepada lelaki dan pompuan, jadi harap kengkawan semua dress up retro yer.

Ummi said...

Salam..

Alahaiiii bestnyaaa...Tengok ada jemputan khas 2 penyanyi tersohor dan Band Itm tu wat hati rawan tul (*Abang Jamal mesti sentap suara habis nnt, hehe) Apapun, Ummi doakan semuanya berjalan lancar la yea...salute tul dgn AJK dan seniors yang bertungkus lumus...Betul2 terkilan x dapat hadir, maybe next time jika dipanjangkan umur dan ada jodoh pertemuan, insyaAllah. Kida, nnt wat laporan khas kat sini ek..then letak muka close up sikit yg hadir malam tu eh..(*mcm wat permintaan khas pulak)..hehe

To all, good luck and enjoy the Retro Nite...caiyookk!!

Rozainun Haji Abdul Aziz said...

Salam tahniah dan penghargaan kepada AJK Dinner malam tadi (29/05/10) serta alumni lain dan hadirin yang telah sama2 menjayakan event yang tak mungkin dapat dihasilkan tanpa semangat 'UiTM dihatiku' semua. The turn-out was fantastic. The program was great.

Seperti coretan saya yang lalu, mungkin setahun atau dua yang lalu, saya amat bangga dan terharu dapat berpeluang melihat anak didik ITM Pahang 1985 bekerjasama, dan kali ini sehingga terhasilnya saat yang dinantikan, tak kira sibuk, dengan banyak halnya, dll., semua ini diketepikan untuk bersama2 meraikan perjumpaan itu; saya dapat merasakan kekitaan sesama lain, seperti adik beradik. Tak pa lah yang KRU pun, atau KRK atau berubah saiz, berlainan rupa, pokoknya kamu semua
bertenaga. Rasanya masih boleh lagi panjat ikut tingkap bas ITM dulu.

Keep up the good spirits - I really admire them. Makes me smile always. Together we uphold our race and society for our future generation. Do keep in touch. Always be good and happy! Detik2 sejarah yang lalu, jadilah semuanya sebagai satu pedoman.

Once again, THANK YOU. A very well
organised event indeed! Syabas. I am so proud of all of you.

Salam manis penuh harapan kepada
adik2 semua, dari saya,
your 'Cik' Rozainun.