Tuesday, March 24, 2009

nuR maDihaH

Ini gambar rumah Nur Madihah, pelajar cemerlang SPM 2008 yang berjaya memperolehi 19 A1 dan 1 A2 (20A kesemuanya) menjadikan beliau pelajar paling berjaya dalam sejarah peperiksaan SPM. Bukti kekuasaan Allah swt menunjukkan bahawa kekurangan, kesengsaraan dan penderitaan tidak menghalang seorang insan dari mencapai kejayaan berkat ketabahan, kesabaran dan keimanan yang teguh. Nur Madihah banyak mempraktikkan sembahyang tengah malam, membaca Al-Quran, berpuasa dan sebagainya bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt di samping usaha yang kuat mengulangkaji pelajaran walaupun dalam keadaan amat-amat kekurangan. Rumah yang didudukinya di sewa oleh ayahnya dengan sewa RM90 sebulan dan itupun sudah hampir setahun ayah beliau tidak dapat menjelaskan sewaannya. Semoga Nur Madihah akan terus memperolehi kejayaan dan mengekalkan ketaqwaan beliau dan semoga beliau akan menjadi pendorong kepada anak-anak kita semua untuk mencapai kejayaan dan meningkatkan ketaqwaan.Amin

2 comments:

amir-isa said...

Congratulations to Adik Nik Nur Madihah. Very heartening that she achieved such highly commendable SPM results! She made us all proud with her success. And made us ashamed with our failures, filled with plenty of excuses. Hats off to such a brilliant and resilient malay girl! If you're in US, we will support you adik!

ummi said...

Salam..Memang patut jadi contoh adik Nur Madihah ni kan..Salute betul!! Walau kesusahan menghimpit, kejayaan diperolehi juga...Susah nak cari murid sebijak ini dan bersemangat tinggi di kalangan keluarga naif begini mencapai kejayaan. Tak heran sangatlah kalau selalu yang dapat byk2 A ni terdiri dari anak2 Prof or kalangan berada kerana banyak bantuan dan sokongan diperoleh...Yang susah begini jarang ditemui. Agaknya anak-anak kita sekarang terlalu dimanjakan dan tidak pernah terbayang or merasa kehidupan perih sebegini lalu menjadikan mereka leka??

Apapun, sekiranya sudah berusaha dan bertawakal habis-habisan, walau apapun keputusan, tiada apa nak disesalkan..redha akan kehendakNya, mungkin akan diberi kejayaan yang lebih lagi pada masa akan datang...

Also, success doesn't measure by how many A's you've got. It is a continuous process and this is just a beginning..The result just give you a wider opportunity..There's still a long journey..right?

Jadikan pengalaman dan kegagalan sebagai tanda aras untuk lebih berjaya kelak...Tahniah sekali lagi kepada semua pelajar yang berjaya dan telah berusaha dengan baik..itu yang penting!! Selainnya terserah kepadaNya..Everything happens for a reason..:D