Tuesday, March 03, 2009

jaLaN-jaLaN juMpa kaWaN

Hari Ahad lepas saya ke Temerloh berseorangan dari Kuala Lumpur dan terus menuju ke Kg Awah untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Ummi. SK pula tak dapat pergi sekali kerana nak hantar barang-barang kepada anak saya Sarah di Gombak pada sebelah petangnya. Saya sampai di rumah Ummi lebihkurang pukol 1-00 tengahari dan bertemu dengan Ummi dan Abg Nu. Sedang saya menikmati nasi kenduri, Kudeng dsS bersama keluarga pula sampai dari KL dan kami makan sekali sambil bersembang. Sebelum itu Ummi beritahu, Kitang sekeluarga juga ada datang tetapi tidak sempat menunggu kami kerana ada urusan. Lebih kurang pukol 2-15 petang, saya bersama Kudeng sekeluarga beredar dari rumah Ummi. Kudeng terus balik semula ke KL untuk menghantar anak sulongnya ke asrama di Subang manakala saya pula beredar ke Kelab Golf Maran.

Saya sampai di Maran lebihkurang pukol 3-00 petang dan terus ke Driving Range Maran yang di usahakan oleh sahabat budiMaN kita Raman Kerbau. Sampai di Driving Range, saya lihat Hafash Charlie Koy diB sudah berada di situ sambil mengeteh dengan Raman. Saya pun join sekali. Antu dari Kuantan pula ada menelefon saya memberitahu bahawa beliau dalam perjalanan dari Kuantan ke KL dan saya ajak beliau singgah di Maran sekali untuk join kami mengeteh. Selesai mengeteh kami sempat juga pukol satu round golf di Kelab Golf Maran sebelum kami semua mandi di Club House dan sama-sama beredar ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, sempat saya menelefon Apamz dan beliau beritahu saya bahawa beliau ada bermalam di Temerloh di rumah emak beliau kerana keesokannya pada Isnin 2hb Mac, beliau akan menghantar anak sulongnya Shafik mendaftar di MRSM Bentong. Alhamdulillah, sumbangan budiMaN berjumlah RM1,200 berjaya di perolehi hasil sedekah beberapa rakan budiMaN dan juga seorang novelis terkenal (saya rasa beliau buat sumbangan kat airport sebelum menaiki penerbangan ke Brunei untuk menghadiri jemputan khas di Pesta Buku Brunei). taB 2009 yang dikutip melalui akaun Maybank Bendahari budiMaN, saudara Kitang telah di sampaikan kepada Apamz melalui Bob MG di Kuantan pada hari Sabtu 28hb Feb. Apamz meminta saya menyampaikan berbanyak-banyak terima kasih dan beliau sekeluarga melahirkan rasa terhutang budi kepada semua yang menyumbang. Sumbangan budiMaN amat besar maknanya kepada Apamz sekeluarga. Semalam, Isnin 2hb Mac, saya call Apamz dan beliau beritahu Shafik telah selamat mendaftar di MRSM Bentong. Terimakasih kepada semua yang menyumbang dan terima kasih kepada Kitang yang berusaha mengumpulkan sumbangan dan menguruskan pemberian sumbangan kepada Apamz menerusi Bob MG.

Sumbangan budiMaN (taB 2009) akan tetap diteruskan dan kepada sesiapa yang ingin terus menyumbang amatlah di alu-alukan kerana ada beberapa kerja amal dan bantuan yang boleh dilakukan oleh budiMaN bagi membantu rakan-rakan budiMaN yang kurang bernasib baik serta masyarakat yang memerlukan bantuan. Insyaallah saya akan terus menyiarkan berita berkaitan taB 2009 dari masa ke semasa dan insyaallah saya juga akan mencadangkan beberapa cara untuk kita beramal sambil berkumpul budiMaN sekeluarga.

No comments: