Friday, January 30, 2009

sAhaBat

Baru-baru ini saya ada bersembang dengan Raman Kerbau dbS di mana beliau menceritakan kepada saya bagaimana beliau telah berpesan kepada anak-anaknya. Pesanan beliau kepada anak-anaknya supaya jangan mempertikaikan kenapa beliau kadang-kadang banyak menghabiskan masa bersama dengan sahabat-sahabat budiMaN, bertehtarik sampai ke tengah malam dan sebagainya. Beliau memberitahu anak-anaknya bahawa di masa mereka kesusahan, sahabat-sahabat budiMaN banyak memberikan pertolongan samada dalam bentuk wang ringgit dan sebagainya. Sahabat budiMaN jugalah yang ada bertanyakan tentang kesusahan hidupnya di masa keluarga sendiri pun kadang-kadang tidak menghiraukan.

Beliau beritahu kepada anak-anaknya bantuan dan keprihatinan sahabat budiMaN di masa anaknya hendak masuk sekolah berasrama penuh dan di masa isteri beliau terlantar di hospital. Oleh itu pesan beliau kepada anak-anaknya, bila mereka sudah dewasa nanti dan mempunyai pekerjaan yang baik, jika ada sahabat budiMaN yang meminta pertolongan dan sebagainya, bantulah seberapa yang boleh dan Raman turut memberi amaran kepada anak-anaknya supaya jangan sekali-kali menghina atau memperlekehkan sahabat budiMaN.

Kami turut bercerita bagaimana seorang sahabat bernama H(bukan budiMaN) yang dahulunya susah dimana makanan untuk keluarga pun terpaksa di belikan hari-hari oleh kawan-kawan. Apabila beliau senang dan kawan yang membantu tadi ingin meminta bantuan, di herdik pula oleh anak si H tadi. Kononnya bila bapa dia dah senang, ramailah yang nak ambil kesempatan meminta bantuan. Si H ni pula cuma berdiam diri tidak menerangkan siapa sebenarnya sahabat tersebut kepada anaknya.

Kesimpulannya, jika kita mempunyai sahabat atau sesiapa sahaja yang pernah kita terhutang budi atau pernah membantu kita, beritahulah kepada keluarga kita terutama kepada anak-anak dan isteri kita supaya mereka faham dan tidak terjadi peristiwa macam si H tadi. Ceritakan betul-betul macam Raman Kerbau bercerita kepada anak-anaknya, sahabat budiMaN membantu persekolahan, rawatan isterinya dan lain-lain supaya keluarga kita faham dan tidak berprasangka buruk dan tidak sampai menghina dan tidak menghormati orang yang seharusnya amat dihormati oleh keluarga kita.

No comments: