Saturday, January 10, 2009

seMbaNG laGi

Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu di tahun 2009 ni, saya rasa masih ramai antara kita yang tidak begitu merasai kesan yang bakal di hadapi di hari-hari yang mendatang ini. Masih ramai yang berbelanja seperti biasa, minyak pula masih murah dan mungkin ada yang baru sahaja menerima bonus hujung tahun dan sebagainya. Alhamdulillah kita di Malaysia ini masih lagi tiada peperangan dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti kebiasaan kita hari-hari.

Dalam keselesaan kita disini, dihujung benua kita, rakyat Palestin bermandi darah mempertahankan tanahair mereka dan kiblat kita yang pertama. Mereka di sembelih oleh Bani Israel, dihalau, di bedil dan di musnahkan tanpa ada rasa belas kasihan. Sabra dan Chatilla berulang kembali. Apa yang kita di sini lakukan? Kita cuma mampu bersuara, berdemonstrasi menyuarakan bantahan. Apakah ini cukup bagi meringankan beban rakyat Palestin dan menghentikan keangkuhan Israel? Sebagai rakyat biasa sebenarnya kita mampu memberi kesan dan tekanan. Kempen memboikoi barangan dan segala-gala yang datang dari bangsa Yahudi, Amerika, Great Britain seharusnya di beri perhatian serius oleh kita. Selagi kita tidak memboikot, selagi itulah maknanya kita secara tidak langsung menyokong penyembelihan rakyat Palestin.

Tapi saya rasa saya meragui, isi hati orang-orang di Malaysia ini. Keprihatinan terhadap Palestin cuma di bibir sahaja apabila melihat kekejaman di kaca TV atau membaca di akhbar sahaja. Keselesaan dengan rutin tidak akan memberi kesan kepada sebarang kempen pemboikotan. Anak-anak kita akan tetap meminta Pepsi dan Coca-Cola, barangan dapur akan terus di beli di Tesco dan Giant dan kita akan terus dengan rasa seolah-olah Palestin tidak wujud untuk berkompromi dengan rutin seharian.

2 hari lepas, ada member saya dari Johor telefon saya memberitahu beliau ada kat KL. Rupa-rupanya kereta Porsche baru yang di tempah beliau 2 bulan lepas sudah siap di daftarkan dan boleh di ambil pada hari Sabtu ni. Member saya ni bujang, umur sama dengan saya dan sudah ada 4 biji kereta. BMW645Ci(latest sport coupe), BMW525i E60, Perdana V6 dan Toyota Hilux. Kini, tambah lagi satu collection, Porsche Panamera (gambar atas). Saya tanya member saya ni.... Beb, lu dah pakai Porsche ni, lu rasa lu nak jadi manusia ke apa.... Dia jawab kat saya... Gua ingat gua lepas ni jadi pelacur la beb.... Kami 2 orang gelak.

Dalam saya berkawan dengan pelbagai jenis orang, baik yang berlimpah dengan wang ringgit mahupun yang papa kedana sekupang pun takde, pada saya yang paling penting ialah yang dalam dada kita juga... iaitu hati kita. Baik kaya atau miskin, kalau tiada kebaikan di dalam hati, tiada keprihatinan, tiada sifat amal dan sedekah, baik yang msikin atau kaya sama sahaja. Saya ada kawan miskin papa kedana tetapi hati dia tiada keprihatinan,bermaksiat dan saya juga ada kawan kaya, langsung tiada keprihatinan...jadi semuanya sama. Kita boleh minta orang berderma, bersedekah atau kita carikan syarikat atau orang kaya untuk bantu kita sedekah kepada orang miskin tetapi kalau kita sendiri tiada keprihatinan untuk berkorban... apa yang sebenarnya ada dalam hati kita.

Unjuran saya dalam blog budiMaN tidak akan berubah dari dulu. Biar sedikit yang kita sedekahkan tetapi semuanya itu dari kita kerana bukan jumlah yang penting pada saya. Keprihatinan di dalam seketul daging yang bernama hati itu penting. Tanpa itu, berapa banyak yang disedekahkan pun tiada maknanya.

7 comments:

Anonymous said...

Amboi, rajinnye memblog... hari2 nampak... cite baru ade, cite lame ade... cite besok ade...

muzzo said...

anak malaysia main ps2,
anak palestin melawan israel pembinasa,
rakyat malaysia suka mambantu,
hanya duit yang mampu kderat tiadalah kuasa.

Anonymous said...

Salam,
Muzzo@Amir (adik bongsu gua ni), dah start boikot?

Anonymous...please yer..next time no more cowardly this anonymous nick. Selalunya gua delete jer komen anonymous ni..tapi 2009 ni awai lagi beb, darah gua belum panas lagi.

Anonymous said...

Salam...Betul2 sedih rasanya bila tahun ni sambutan Maal Hijrah kita mendapat khabar bumi Palestin bermandi darah lagi..Hanya Allah swt. sahaja yang tahu kenapa rakyat Palestin diuji sebegitu rupa sekali, dan ujian itu juga sebenarnya untuk menduga hamba2Nya sama ada boleh bersatu atau tidak menghapuskan keganasan Zionis puaka tu! Xtau nak luahkan macamana gambaran sedih tu..

Bayangkanlah, apabila anda meneguk Pepsi/Cola tu anda sebenarnya meneguk darah2 rakyat/kanak-kanak yang menjadi mangsa, bayangkan daging import yang anda makan tu, umpama memamah daging saudara seislam kita, dan baju-baju keluaran mereka umpama anda membeli kain kafan rakyat yang terkorban di sana..Ntahlah, tafsirlah sendiri..Kejamnyaaa..!!!!

Anonymous said...

Hayati sajak Gadis Palestine Itu di Radio IKIM dideklimasikan oleh Ustaz Nazri Zainal Abidin.

Saya memang tak pernah jejak kaki ke Tesco dan tak pernah beli h/phone jenama Nokia

RY said...

assalamualaikum bang.

saya junior yang amat2 lah junior kat uitm jengka berbanding abg2 kat sini

pra sains dec 99 ~ uitm jengka
cs 10 part 1 jun 00 ~ uitm dungun
cs 10 part 2 dec 00 ~ uitm jengka sampai habis (err extend 1 sem) hehe

jengka tetap di hati. muahaha

saya masuk uitm di kala itm mula dengan semester baru sebagai uitm. saya sempat lagi dgn signboard2 hijau sebelum di tukar kpd warna ungu.

saya juga antara orang yang pernah merasa kolej siswa dua blok diatas dan dipindah ke 3 blok di bawah.

saya juga hidup bersama ketakutan kisah seram setiap study week sehingga study week itu seolah2 tiada ertinya.

saya sempat melihat kedamaian level kolej tanpa komputer hinggalah 4 buah komputer dalam satu bilik!

saya juga selalu becerita tentang uitm jengka di blog saya.

anyway, to bro n semua yang disini,

salam perkenalan!

Anonymous said...

Salam Razor,
Saya pun dah menziarah blog awak. Menarik. Rajin-rajinlah kita kunjung-mengunjung yer.