Thursday, January 08, 2009

seMbaNG

Malam tadi saya melihat program BersamaMu di TV3 yang menunjukkan sebuah keluarga di Kampung Padang Tenggala, Temerloh, Pahang. Keluarga tersebut ialah sebuah keluarga ibu tunggal yang mempunyai anak seramai 7 orang dengan siibu bekerja sebagai Cleaner di Hospital Temerloh dengan gaji RM400 sebulan menyara anak-anak yang masih bersekolah lagi. Walaubagaimanapun dalam program tadi ada di tunjukkan beberapa badan kebajikan yang telah tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.

Pagi tadi juga saya dapat sms dari seorang rakan budiMaN memberitahu beliau sedang menunggu sudah hampir setengah hari untuk berjumpa wakil rakyat kawasan beliau untuk memohon bantuan kewangan bagi menghantar anak beliau masuk ke sekolah asrama penuh pada minggu hadapan. Katanya beliau dah jem habis punca kewangan bagi persiapan anaknya itu dan terpaksa memohon simpati wakil rakyat kawasannya untuk mendapatkan sedikit wang.

Petang tadi pula saya menelefon ayah saya di kampung bertanyakan keadaan banjir di sekitar Pahang. Katanya banjir dah beransur surut dan ramai yang telah dapat pulang kerumah masing-masing. Melihatkan keadaan banjir di Pahang seperti di Pekan dan Kuantan, terfikir saya sudah tentunya banyak surau atau balairaya yang ditenggelami air banjir dan sudah tentunya memerlukan kerja-kerja pembersihan. Kalau tahun lepas, budiMaN berjaya menjalankan kerja amal membersihkan surau Kampung Tanjung Belengu, Temerloh yang ditenggelami banjir, mungkin tahun ini aktiviti amal tersebut boleh diulang kembali. Mungkin kawan-kawan budiMaN di Pekan dan Kuantan boleh memberikan feedback berkaitan banjir dan kegiatan amal yang boleh dilakukan bagi membantu kawasan banjir tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

Salam..bagus juga cadangan Kida tuh! Ummi tgk jugak rancangan Bersamamu tu..tp sebab ada tetamu kat rumah riuh rendah x perasan lak keluarga tu dr Temerloh rupanya...Semua cadangan bagus sebagai memulakan langkah tahun baru ni.. :D

Anonymous said...

Salam...why not you open an account where your members can transfer their contributions into the account? open it to others too. Another way is to approach the organisations for corporate social responsibility. It is an obligation for them, and it is also part of reporting. Talk to them, surely your members' networking must be strong...still, you can develop further...Insya'ALLAH...

Anonymous said...

Salam,
Pagi tadi Nasrun @ Mat Rock seorang jer yang ada telefon saya bertanyakan siapa rakan budiMaN tu sebab dia nak sedekahkan sumbangan.

Alhamdulillah, masih ada rakan budiMaN yang prihatin dan terus telefon saya.

Ummi, Insyaallah jika ada rezeki aktiviti amal budiMaN akan tetap diteruskan.

Anonymous, I think u have to read back budiMaN principles in our previous articles for this matter.

And please next time no more cowardly anonymous!