Thursday, January 29, 2009

seMbaNG

Balik ke Temerloh ke rumah abah saya di Kampung Paya Pulai pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu sempat saya pergi kenduri kahwin ke rumah saudara saya di Kampung Bukit Kelulut, Jalan Bahagia, Temerloh di mana saya di besarkan dari umur 7 tahun sehinggalah saya berkahwin pada tahun 1991 yang lalu. Berjumpa ramai teman-teman sekampung saya yang dulu-dulunya sama-sama bermain lumpur di sawah, menajo ikan di paya baning dan sama-sama belajar hisap ganja di malam raya. Semua teman-teman sekampung saya masih menetap di kampung, membina kehidupan mereka di tempat asal kelahiran mereka.

Semalam saya di hubungi teman kerja lama di BPR atau kini di kenali sebagai Suruhanjaya Anti Rasuah. 2 teman baik saya semasa bekerja dahulu kini menjawat jawatan Timbalan Pengarah BPR Sarawak (superscale D) dan seorang lagi Pengarah BPR Perlis(superscale D). Manakala boss lama saya kini menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah BPR Jusa B. Syukur dahulunya kami yang dikenali sebagai kroni Anwar Ibrahim tetapi kawan karib saya kini telah berjaya mendapat pengiktirafan kembali dari SPA.

Bertemu dengan kawan-kawan lama mengingatkan kembali nostalgia peristiwa lalu. Namun saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya lalui. Semuanya telah tertulis dan hikmah yang saya perolehi melebihi dari kedudukan dan pangkat yang mungkin boleh dicapai. Syukur juga kerana baik kawan-kawan saya di kampung mahupun di tempat kerja lama masih tidak berubah dan menghormati saya.

Kekayaan, darjat dan pangkat seseorang tiada nilainya di mata saya. Memang saya cukup benci dengan orang-orang yang meninggi diri dengan pangkat dan kekayaan yang tak seberapa. Setakat gaji RM15 ribu dah menyombong diri dan merasa diri teramat bagus. Kononnya sibuk sampai hendak bertemu rakan-rakan lama sudah tiada masa. Bercakap pun seolah-olah dia serba tahu dan memandang rendah kepada orang lain. Boleh blah beb. Kawan saya jutawan yang pakai Porsche Panamera (satu2nya kat Malaysia) pun masih dengan sikap rendah diri. Lu sape beb yang nak menyombong dengan gaji yang tak seberapa tu. Sibuk sangat konon.

Pada saya kekadang kita kena fikir berbaloikah bekerja siang malam dengan gaji yang tak seberapa tu sampai tiada masa untuk keluarga dan sahabat handai. Sampai tiada masa untuk ibadat dan sebagainya. Sampai tiada masa untuk bersedekah jariah. Sampai tiada masa untuk bersilatulrahim. Apa tujuan kita di lahirkan di dunia ini?

Maaf, mungkin tulisan saya kali ini macam nak lepas geram. Tapi realitinya saya cukup benci dengan orang yang tak sedar diri, terasa dirinya bagus-bagus hanya kerana dia berpangkat besar dan kini hidup mewah sedikit. Baik Tan Sri atau Dato Seri, baik Tengku atau Tunku, kalau tiada maruah dan kehormatan diri.... lu boleh blah beb...sebelah mata pun gua tak pandang orang macam lu ni. Sebab kalau lu rasa lu bagus sebenarnya ada orang yang lagi bagus dari lu.

9 comments:

waleed said...

salam.
hehe...kida..porsche panamera tu mmg gilo abih...takde org pakai kat msia ni lagi.naza pun x bawak masuk lagi kot..
Tp mmg tul la apa ko cakap tu kida..tp manusia mmg camtu kalau xder keihklasan n kesedaran diri apatah lagi jika kurang gunakan akal sebaliknya hanya menuruti nafsu saja..tu la dia akibatnya.
walid harap rakan budiman seme nya baik2 belaka dan muhasabah diri hendaknya.hidup bersederhana pun baguih gak.

p/s..perubahan 2009 adalah diharapkan utk diri walid n keluarga.

wani said...

hidup ni kena belen antara hidup ngan mati. separuh masa kena peruntukkan untuk hidup, separuh lagi kena peruntukkan untuk mati.

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Allah pernah bersabda kepda malaikat bahawa "Aku akan jadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi"

Maknanya separuh dari kehidupan adalah untuk beribadah dan separuh lagi untuk jadi khalifah.

Dalam mencari kehidupan, kita kena ada 3 satisfaction, life satisfaction, money satisfaction and work satisfaction. kalau duit banyak, tapi bila mati, tak dak siapa hantar kita ke kubur, apa value kita pada mata kawan2? Bila dalam kubur kena bantai, apa erti kehidupan kita?

apamz said...

Kwn banyak melalui perkara2 sebegitu. Yelah dari kerja eksekutif, accountant, administrator, Production Planner, Shipping & Logistic planner, maintenance planner etc etc, alih alih skg ni jual air kat pasar malam(PM)... Dari pengalaman ini lah barulah kwn kenal siapa sebenarnya sahabat sejati,yang mana shabat ketika senang, yang mana sahabat ketika susah.... kalau dulu berodong sikit punye rapat tapi sejak kwn kije PM ni masing2 mula menjauhkan diri. Kalau dulu orang bawahan hari2 panggil "encik sham" atau "boss", sekarang ni bila berselisih pun muka kita pun dia taknak pandang, ada yang sanggup jalan dalam lecah (becak) kat belakang semata2 taknak lalu depan stall kwn, takut kena beli air mahal kot... ataupun malu sgt kot nak berodong dgn org kerja PM.... amboooi besar sangat ke pangkat kalau setakat gaji 4-5 ribu tu toksah lah dok eksyen, org PM pendapatan bersih 20k pun ade tau..(tapi bukanle kwn punye..) tapi kwn peratikan yang dok berlagak tu yang ramai yang kelas pertengahan yang gaji 4-5 ribu ni le.. org2 bawahan dan kelas atasan(kononnya), adelah jugak yg mcm tu tp tak le ramai...
Tapi Alhamdulillah kwn bersyukur sgt2 sahabat2 BUDIMAN takdelah macam tu. Semuanya OK.

zula said...

ada juga yang terlalu mengejar kemewahan duniawi...sanggup tinggalkan anak isteri siang dan malam atas alasan kerja...kononnya nak mengumpul harta...anak dah lupa rupa bapa...urusan r/tgga dan pendidikan anak2 bulat2 di serahkan pada isteri...lebih buruk lagi langsung tidak diberikan nafkah kerana tahu isteri bekerja dan mempunyai income sendiri...berbaloikah???

lan kida said...

Salam,
Sebenarnya masa tulis artikel ni takdelah hangin kat individu tertentu cuma banyak sangat kes eksyen tak tentu pasal ni masa saya bersembang dengan Mat Edy kawan saya yang pakai Porsche Panamera tu kat Uncle Chillis KLCC malam tadi. Tu lah balik2 dari KLCC tu terus buat artikel ni.

Apamz, memang betul, banyak yang tak kadar diri ni dari golongan yang gaji antara RM4-10 ribu ni. Kekadang terasa diri dia besor sangat dah. Sibuk tak tentu pasal. Eksyen tak tentu hala.

Bilal said...

Salam.. Lama tak mencelah.. Sibuk mengemas rumah baru pindah.. Ingat nak ajak rodong-rodong yg dekat dekat nak buat pot luck kat nilai.. tapi tak de tarikh yang sesuai lagi.
Berbalik pada tajuk "sembang" ni memang tak dinafikan ianya dah jadi keegoan orang yang sebanarnya bermain dengan bebayang sendiri.. malah bukan setakat gaji RM4 hgga 10 ribu malah ( minta maaf cakap) baru jadi pen pengarah, timb pengarah mahupun pengarah kat jab kerajaan, bunyi bahasa tu dah lain sikit.. jeling orang pun semacamje.. Kadang-kadang kawan nak je berbunyi.. kat sektor korporat swasta ni.. kalau setakat pengarah tu .. level manager je.. Apa pun.. nak kata lebih lebih bangsa sendiri. tak kata karang.. ada yang tak ambil iktibar. Luahan rasa ni pun sekadar kita mengingati diri kita khususnya agar kita juga tak 2 X 5, bila kita tiba giliran berada di posisi mereka samada pangkat mahupun pendapatan.insyaallah

Note.. Apamz.. putri OK. Kida.. Clark kena tukar ke kota bahru since June 2009 dan tadi koit telepon dia, dia kena tukar ke JB awal bulan feb ni pula.

lan kida said...

Salam Bilal,
Lamanya tak dengar cerita. Cuma hari tu jumpa Kudin pasal nak servis Iswara ada dia cerita awak ada datang hantar Iswara hijau kat rumah dia.

Apa cerita Clark Gable tu sampai pindah 2-3 kali ni... kalau pindah tempat makan orang kata nak berbini banyak... ada chance nampaknya Clark pasang lagi satu ni..hehe

ZM said...

Clark Gable transfer JPJ JB? Betul ke? Bole minta no pendaftaran kenderaan yg cantik tapi murah. Hehehe....

azzy said...

Assalamualaikum

Marah sangat nampaknya. Mudah-mudahan kita semua tak menjadi makluk yang sebegitu hendaknya.