Tuesday, January 06, 2009

saLaM 1430H dan 2009

Hampir 2 minggu saya tidak dapat menulis apa-apa artikel dalam blog kerana ketiadaan masa yang sesuai. Insyaallah selepas ini dengan selesainya beberapa urusan, mungkin saya akan menulis dengan lebih kerap lagi. Tahun 1430H telahpun menjelma begitu juga 2009 telahpun tiba. Mungkin banyak azam serta persekitaran dan keadaan baru tentunya sudah mulai ditempuhi oleh rakan-rakan budiMaN dalam beberapa hari ini. Ada beberapa berita berkenaan rakan budiMaN yang ingin saya sampaikan di sini, antaranya :

1. SK mulai 5hb Januari 2009 telahpun memulakan tugas di Prudential BSN Takaful sebagai Ketua Bahagian IT di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Nampaknya SK selepas ini mungkin banyak bertugas keluar pejabat melawat hub-hub IT Prudential BSN yang kebanyakannya di outsource di Cyberjaya dan sekitar KL.

2. Apamz ada menghantar sms kepada saya memberitahu bahawa anak sulong beliau telah beroleh keputusan 6A 2B dalam PMR baru-baru ini. Tahniah untuk Shafiq dan juga Apamz sekeluarga di atas kejayaan tersebut. Anak-anak rakan budiMaN yang lain seperti Raman Kerbau juga ada mengambil PMR tetapi saya tidak mengetahui keputusan mereka. Mana yang ada anak mengambil PMR mungkin boleh catatkan di ruangan komen untuk tatapan rakan-rakan budiMaN yang lain.

3. Charlie Koy diB ada menelefon saya pada minggu lepas meminta saya menghebahkan di blog bahawa beliau ingin mengambil seorang kakitangan di pejabatnya dari kalangan rakan-rakan budiMaN. Maklumat lanjut berkaitan jawatan tersebut tidak pula di berikan tetapi kepada rakan budiMaN yang berminat bolehlah menghubungi sendiri Charlie di telefon : 019-9861331. Saya minta maaf kerana terlambat menyiarkan perkara ini di blog.

4. Bilal pula khabarnya sudahpun berpindah ke Nilai bersama-sama keluarganya dan menurut Kudin Mekanik, rumah Bilal di Kuantan di sewakan kepada adik Bilal. Saya sendiri masih tidak berpeluang mengunjungi Bilal di Nilai, maybe kalau ada golfing di Nilai Spring atau Staffield, bolehlah bertehtarik dengan Bilal dan Slamber Jr di sana, insyaallah.

Itu antara beberapa berita berkaitan rakan-rakan budiMaN yang sampai ke pengetahuan saya dan insyaallah di tahun 1430H ini nanti, diharapkan lebih banyak aktiviti budiMaN akan dapat di jalankan baik aktiviti amal jariah bersama masyarakat mahupun pertemuan bersama rakan-rakan budiMaN.

No comments: