Sunday, February 01, 2009

bLOggeR

Semenjak kewujudan blog budiMaN nampaknya semakin hari semakin ramai rakan-rakan budiMaN telah mewujudkan blog individu masing-masing. Suatu perkembangan yang amat sihat dengan evolusi internet yang semakin mendapat perhatian dan internet kini sudah menjadi suatu keperluan penting dalam kehidupan kita seharian. Selain dari blog-blog yang saya senaraikan di blog budiMaN seperti blog Dona (dsS Jan 85) dengan Pioneers ITM Pahang, Muslim (dsS Julai 85) dengan Cinta View Finder, Blog Masakan Jun isteri Lan Kentei (diA Julai 85) dan juga blog dari Wan Rozain (dbS Julai 85) serta Slamber Jr (dpA Julai 85), sebenarnya ada banyak lagi blog rakan budiMaN yang lain.

Ada juga Ummi (dsS Julai 85) yang mempunyai blognya sendiri iaitu Home Sweet Home, Wani (dcS Julai 85) dengan Aku Hamba Tuhan - blog yang memberikan pengalaman beliau semasa menunaikan haji baru-baru ini. Selain itu saya juga ada mengikuti blog Rambo (dpA Julai 85) serta terbaharu Dairi Hairie, blog dari Zuhairi (dpA Julai 85).

Saya percaya ada banyak lagi blog-blog dari rakan-rakan budiMaN yang diwujudkan secara senyap-senyap dan tidak diketahui, mungkin untuk catatan peribadi dan tidak mahu diwar-warkan secara terbuka. Ianya suatu perkembangan yang amat baik melibatkan diri dalam blogging kerana dapat memberikan kita suatu perspektif pandangan yang mungkin tidak mampu di suarakan sebelum ini. Selain itu perkembangan terkini rakan-rakan budiMaN juga dapat diperolehi.

Kepada yang mempunyai blog dan sudah mengaktifkan diri dalam berblogging kalau rasa nak share dan war-warkan blog anda harap dapatlah berbuat demikian di blog budiMaN ini. Selain menambahkan peminat blog anda, ianya boleh menjadi penghubung yang lebih mesra dan rapat antara kita di sini.

5 comments:

Salwani said...

sebenarnya wani dah create blog sejak dari 2006 lagi. tapi tak updatepun. bila nengok blog budiman ni, rasa cam tercabarlah pulak. eh orang DBS boleh create blog, orang CS tak tau berblog. jadi, budiman memang dah bagi satu inspirasi kat wani untuk aktif berblog

bila datang musim haji, dah ada idea dah nak buat apa dgn blog wani tu.

Salwani said...

ini website asal wani sebelum keluar blog

http://www.geocities.com/salwani_ali/ ada le sikit2 gambar ITM

Anonymous said...

Terima kasih Kida sebab awok menghebahkan kepada kengkawan budiman ttg blog koi. Bukan koi tak mahu memberitahu tetapi koi rasa malu sebab koi ni bukan pandai sangat buat blog.

Anyway kepada yang sudi nak membaca artikel koi yang merapu tu boleh lah ke blog ini yer.

http://hairie65.blogspot.com

Anonymous said...

Salam..Apa khabar semua..
Wah baru tau dah ramai yang ada blog..memang betul cakap Kida tu..salah satu cara mengeratkan silaturrahim dan bertegur sapa di samping berkongsi cerita dan ilmu sikit2..macam blog Ummi just nak buat koleksi resepi untuk anak2 suatu hari nnt..at least boleh jugak merujuk wpun x minat memasak, sesekali mst teringin nak masak..hahaha..kan, kan..

Dengan ini Ummi menjemputlah sesiapa saja ke blog Ummi yang mungkin xdalah menarik sgtpun, tp pastinya ada juga untuk dikongsi wpun x banyak..melaluinya jugak masa byk terisi, dapat ramai kenalan cyber walau ada yg xpenah jmpa tp tetap meriah sakan, meningkatkan ilmu (kebanyakannya mengenai dunia masak2 laa) untuk kebaikan kepada family jugak..Now anak2 sebut je nk makan apa, insyaAllah dapat..hehee

Silalah link kat nama Ummi tu yaa.. :))

Mus_Astley said...

Yelahh... sebenarnya FG pun dah lama mendahului memblog ni (lebih awal dari BUDIMAN tauu.. ekekeke..jangan marah aa...) Cuma, artikelnya bukan tak menjurus secara langsung kepada gang ITM. Jadi, awalnya tidak mahu war-war, tetapi apa salahnya berkongsi idea. Cumanya, artikel CINTA VIEW FINDER lebih kepada utusan SENI; features yang menarik, tempat yang cantik, makanan yang sedap-sedap.... dan juga perilaku yang molek, peradaban yang cantik, naluri dan tingkahlaku sesama manusia dari hari ke hari. Apa saja yang dipandang elok di mata FG... Yang baik jadikan teladan, yang tak elok kita sama2 jadikan dia elok.

Apa-apa pun Wani... Blog ni tak memerlukan Diploma in Science untuk mengcreatenya.. ahaks! Gurau aaa... Tiga bekas pelajar DSS yang mempelopori blogging ini compare kepada kursus lain... Tahniah.

*suka tengok blog Dona.