Friday, February 13, 2009

beRitA keNGkaWaN

Hampir seminggu tak buka internet dan tak tengok e-mail dan juga tak tengok blog. Bermula Sabtu minggu lepas dan Ahad penuh dengan acara keluarga. Sabtu ada kenduri selang 2 buah rumah saya, gotong royong, doa selamat dan acara pertunangan tapi tuanrumah siap buat khemah macam kenduri kahwin dan lauk-pauk memang kow-kow. Sabtu malam kami makan sekeluarga kat Pavilion. Ahad pula ada acara makan sekeluarga lagi di rumah Emak SK di Ukay Perdana dari tengahari sampai malam (tau-taulah orang Utara, macam-macam makanan dari tengahari sampai malam). Isnin cuti Thaipusam, kami sekeluarga pulak gotong royong kemas rumah dan petang hantar Sarah balik hostel (tupun saya je hantar sebab SK dan Aimin meneruskan kerja gotong royong) Selasa sampai Khamis pula hari kerja jadi macam biasa weekdays ni memang banyak hal la sampai ke tengah malam. Ahad depan ni pulak pagi dah kena hantar SK pergi airport sebab dia nak pergi Singapore sorang-sorang sampai Selasa tengahmalam baru balik KLIA semula. Jadi minggu ni celaru jugak kita orang ni sebab saya dan SK pun ingat dapat sembang pun pagi-pagi jer sebelum dia pergi kerja, yang lain tu sms dan call saja... haru betui.

Bila saya tengok e-mail pula sebentar tadi yang dah seminggu saya tak buka, ada e-mail dari Rod diB dan Apamz. Rod diB hantar e-mail pasal sebuah rumah anak yatim yang akan dibuka di Dengkil, Selangor tak lama lagi dan memerlukan bantuan. Saya pun tengah fikirkan caramana yang paling sesuai untuk budiMaN turut serta dan insyaallah akan saya usahakan. Kalau kengkawan ada cara selain kita mengutip derma dan mungkin boleh budiMaN berkumpul sambil beramal, pendapat tersebut amat saya alu-alukan dan sila berikan di ruangan komen.

Apamz pula ada e-mail saya pasal anak sulong beliau Shafiq yang berjaya masuk ke Tingkatan 4 MRSM Pekan. Tahniah untuk Shafiq.

Raman Kerbau pula ada memberitahu saya bahawa beliau telah memulakan driving range di Kelab Golf Maran sepenuh masa mulai 2 minggu lepas dan dibuka setiap hari kecuali Isnin mulai pukol 1-00 tengahari sehingga jam 7-00 petang. Beliau juga ada menjual minuman panas dan tempat beliau telah menjadi tempat mengeteh golfer di Maran. Jadi kalau kengkawan ada lalu Maran dan nak singgah ngeteh, boleh la ke driving range tersebut.

Ada satu cerita lagi, rumah seorang sahabat budiMaN di Lembah Kelang ni kabarnya di masuki pencuri pada cuti perayaan baru-baru ini dan banyak juga barangan yang hilang. Saya pun dengar cerita je tapi kawan budiMaN tu takde pulak bercerita sendiri kepada saya tapi memang lama dah pun tak bertemu dengan dia, dia ni pun sibuk giler jugak.

2 comments:

Anonymous said...

Salam kida,
lama jugak tak menulis kat sini, maklumlah sibuk sgt...nie ade free bole laa..dengor cerite nye JOE the reds rajin sgt ke maran lea nie terutama hari jumaat..bukan sebab die bertugas jadi iman aatau bilal ganti kat sane tp oleh kerana pegi menebas ...so now baru tau raman kerbau kat situ ..ingat bole laa belajor 2 menebas bukan ape nak tukor plak drp bowling ke skil menebas laak...GUANE GAMOK?OK TAK..tp tak tau laa bile ade free...org koprat mcm JOE,MAt Taib, ANTU Dlllain..tak pe laaa..Org Keje Gomen payoh skit BeB,,,nanti kantoi lak..
ok chow...
MG@MPK...the REDS'gak

lan kida said...

Salam Bob,
Tulah kawan dok dengar cerita je Joe Malady ni... tu pun Mat Taib cerita... Mungkin tahun ni AGGP 2009 Edisi 6, meriah insyaallah.... ramai dah join the club. Silap2 boleh buat 2-3 kali tahun ni kot. Kentei pun koi nampak ada beli bag Titleist baru... isi dalam tak tau lah wer..kot2 semua Titleist dgn Scotty Cameron... bernanah la kita.

Apa2 pun tahun ni nampaknya kena sokong The Reds supaya Red Devil tu tak menyetan tiap-tiap tahun.