Wednesday, February 04, 2009

nGeteh

Malam semalam selepas bergolfing di Bangi, saya, Antu, Che Dat dan Raman Kerbau telah berteh tarik dengan beberapa geng budiMaN di Restoran Lotus Jalan Ampang lebih kurang pukol 10-00 malam. Ramai juga yang datang antaranya Mat Rock diA, Mat Taib diB, Pungkah diB dan Hanif diB.

Pungkah @ Adik @ Anuar diB saya rasa hampir 5 tahun tak berjumpa semenjak AGGP (All Guys Golfing Party) budiMaN yang pertama pada tahun 2004 dahulu. Sayang semalam saya tak bawa kamera untuk rakamkan gambar teh tarik rakan-rakan budiMaN yang datang. Pungkah @ Adik ni kalau nak ingat beliau, masa orientasi batch Julai 85 dahulu, dia ni ada nyanyi lagu dengan loghat Kedah yang cukup pekat... "Tanya sama hati....ayaq dah cayaq". Orangnya kecik-kecik dan masih macam tu sampai sekarang. Bertugas di Etiqa Insurance di Kuala Lumpur dan kini tinggal di Puchong. Humble dan pemalu macam dulu jugak. Dah mula start aktif main golf.

Mat Taib diB pula buat sementara ni banyak station di Bentong, Pahang dan kerap ke Kuala Lumpur bertemu rakan-rakan budiMaN. Katanya Joe Malady pun dah start aktif golfing dan boleh jumpa setiap petang Jumaat di Maran Golf Club. Makin ramai nampaknya golfer budiMaN dari geng diB seperti Mat Taib, Pungkah, Joe Malady, Charlie Koy, Anuar Mangkuk dan Hanif. Geng diB ni memang kaki sukan semuanya semenjak dari zaman kita di Kuantan lagi dan buktinya tahun 2007 masa kita buat gathering di Maran, banyak diB ni bolot hadiah acara mini sukan kita.

Antu pula pada malam itu ada mengadakan sedikit briefing kepada kawan-kawan budiMaN yang hadir jadi kepada sesiapa yang tak datang tu dan nak tahu, bolehlah berhubung dengan Antu sendiri untuk mendapatkan penjelasan. Mungkin ada peluang-peluang perniagaan yang boleh diperolehi. Antu pun datang dah siap pakai personal driver sekarang. Che Dat pula kebetulan ada mesyuarat di Putrajaya dan hari ini sampai Jumaat beliau berada di Port Dickson pula.

3 comments:

Anonymous said...

bro,
itu lagu nyanyi dua orangkan? sapa agaknya rakan duet si pungah/adik/anuar.

Anonymous said...

salam........sedap laaa awookmeaaa..para koprat ...bole golfing ajea...kitemeeeaaa nie tak merasalea...melilih air lior nengok awokmea....tp ade satu pertanyaan...kemane menghilangnye kitang...jenjeng..adakah dilarikan org seperti adun perak kepahang...????atau telah juga menjadi koprat...

Mmmbob@mpk

lan kida said...

Salam,
Rakan duet Pungkah gua tak ingat la beb sebab masa tu tak cukup tidor sebab orientasi, gua rasa masa Pungkah nyanyi tu gua terlayang kejap...

Bob, aku pun menjadi persoalan jugak dengan brother kita tu... dah bertukar ke haluan kiri ke atau ke kanan ke... jangan dengan motor dia ter terjun kat longkang dah...tak pasal-pasal nanti...ampang puteri jugak yang kaya. Tapi aku rasa dia sibuk kot sebab hari tu bila aku balik Temerloh CNY, aku ada ajak dia ngeteh dan dia ok tapi last-last dia kena pergi Kuantan petang tu...jadi tak sempat nak jumpa jugak.