Tuesday, December 23, 2008

beRita sMs

Pagi semalam saya dapat 3 sms dari 3 orang sahabat budiMaN. Ianya adalah :-

1. Sms dari Kudeng dsS menyampaikan kepada saya berita gembira bahawa pada pertengahan tahun hadapan insyaallah beliau akan menjadi bapa untuk kali ke 7. Alhamdulillah dan tahniah saya ucapkan kepada Kudeng yang akan menimang cahayamata ke 7. Bertambah-tambah nampaknya rezeki Kudeng sekeluarga.

2. Sms dari Bilal pula memberitahu bahawa pertukaran isteri beliau ke Nilai telah diluluskan. Beliau sekeluarga di jangka berpindah dari Kuantan ke Nilai pada 27hb Disember ini. Bilal mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua kengkawan yang turut membantu memudahkan rayuan pertukaran isteri beliau tempohari. Nampaknya bertambah lagi seorang rakan budiMaN yang berhijrah ke Lembah Kelang dan semoga aktiviti budiMaN untuk tahun 2009 akan bertambah rancak dengan kehadiran Bilal yang semakin hampir dengan kengkawan di KL.

3. Raman Kerbau dbS pula sms kepada saya memberitahu bahawa beliau akan ke Besut, Terengganu bersama anaknya menaiki bas ekspress dari Temerloh untuk menghadiri temuduga Sek Agama MRSM pada hari ini. Mudah-mudahan anak beliau akan beroleh kejayaan dalam temuduga tersebut dan dapat memasuki Sek Agama MRSM dan secara tidak langsung dapat meringankan beban kewangan beliau bagi membolehkan anaknya mendapat bantuan elaun dari MARA.

Oleh kerana tiada gambar nak letak kerana semua gambar-gambar lama dah saya save dalam CD, maka saya letak gambar SK dengan kawan baik beliau, penulis novel terkenal, Norhayati Brahim sewaktu mereka bertemu sembang-sembang baru-baru ini.

1 comment:

Anonymous said...

Salam.
1.Tahniah buat Kudeng....rezki tu..
2.Tahniah juga buat Bilal. Semuga rancak aktiviti BUDIMAN akan dtg dgn kehadiran beliau di Lembah Kelang.
3.Tahniah juga wat Raman.Jauh skit xper bang..utk anak2 gak.
4.Chalie koi...ank kawei x dpt masuk mana2 sekolah bawah kementerian...bole tolong ka?...hehee dpt 5A pun xder harapan.tgh tunggu MRSM nya appilcation lak.Kalau xder rezki...skolah biasa kat umah jer la.

p/s..harapan mengunung hancur berkecai cam Bkt Antarabangsa..disebabkan elemen2 penempatan atau pendapatan yg diambil kira?..sushahhhhhhh...