Saturday, December 13, 2008

CeRitA aPaMZ

Sebentar tadi kira-kira jam 1-00 pagi baru saya berpeluang membuka laptop dan membaca e-mail antaranya saya terima dari Apamz. Beliau juga ada mengirimkan gambar di atas dan saya siarkan di sini untuk tatapan kengkawan budiMaN sekelian. Semoga Apamz sekeluarga akan sentiasa tabah dan di permudahkan dalam menjalani kehidupan. E-Mail Apamz seperti di bawah :

Kida,
Bersama ini di attached gambar kwn satu family dan gambar latest baby Aqeela pada raya haji yang lepas.

Cuma nak cerita skit... pada raya haji yang ke3 biras kwn telah meninggal dunia secara mengejut akibat komplikasi buah pinggang pada umur awal 50an, biras kwn ni adalah suami kepada kakak Miza yang menderita sakit yang sama dgn miza. kesian aku tengok kakak ipar aku, tapi nasib baiklah anak2nya dah besar2, yang bongsu pun dah 17 tahun. Terfikir jugak kwn, kalaulah perkara yang sama terjadi kat kwn, mcmmanalah agaknya anak isteri kwn... kwn ni pun bukannya sihat sangat. Miza & kakaknya walaupun sakit begitu, tapi bebas dari penyakit 5 bintang, darah ok, jantung ok, tiada kencing manis.... semua ok. Tapi kwn ni rasanya dah lekat 2 bintang dah, cuma kwn ni takut nak buat check up, takut tahu ada banyak penyakit... tapi makan minum memang control sikit skg.

Lepas raya haji ingat nak start niaga hari rabu, tapi terpaksa ditangguh ke hari khamis sebab kematian biras kwn tu, Khamis kwn gi niaga macam biasa, tanpa pembantu sebab pembantu tu adalah anak bongsu arwah... jadi terpaksalah kwn angkut satu family bawak gi niaga terbasuklah baby aqeela... mulanya semuanya jalan lancar, tapi menjelang maghrib Aqeela meragam... mulanya menangis biasa, ingatkan lapar, bagi susu taknak, kemudian makin menjadi2 sehinggalah sampai satu peringkat dia melolong macam kena histeria... kelam kabut kwn satu family dibuatnya, dah le pelanggan tengah ramai masa tu, sampai pelanggan pun tolong pujuk baby, lama jugak dia keadaan mcm tu, dekat sejam, baru dia berenti, kusut betul aku hari tu, dah le lampu stall tak boleh menyala, masa tu lah dia nak meragam... kwn rasa nak menjerit je masa tu, rasa nak suruh pelanggan aku balik je & terus tutup stall je masa tu, tapi sabar je lah...

Entah bila lah hidup kami ni terus menerus begini, bukan menyesal tapi kadang kadang bila terjadinya peristiwa2 sebegitu, betul2 menggugat kesabaran.... SABAR AJE LAH....

7 comments:

Desiree said...

aPaMZ....simpati bila baca cerita aPaMZ. Tapi biasalah tu....aPaMZ jangan bandingkan diri aPaMZ dgn rakan-rakan yg berjaya dan "nampak senang".Lebih ramai lagi org yg kurang bernasib baik tetapi mereka bahagia. Org yg "nampak senang" tu tak semestinya bahagia. Entah2 lebih teruk drpd aPaMZ. Penyakit?Ajal maut di tangan Tuhan. Seorang kawan saya, disahkan menghidap kanser usus dan menurut doktor hanya bertahan 3 tahun. Tapi dah 10tahun. Dia masih bertahan. Baby nangis? Biasalah bdk besar tu menangis waktu begitu. ApaMZ pun dah biasa berniaga. Mmg tension giller bila ank menangis mcm tu. Ank bongsu saya menangis mcm tu selama setahun. Sampai kami laki bini pun akhirnya nangis sama sbb tak tau nak buat apa. Setahun...bayangkan. Tiap2 hari mcm tu. Sekarang dah umur 9 tahun. Cute sgt. Mmg tetap suka menangis dan suka membebel. Buat aPaMZ...sabarlah. Satu hari InsyAllah rezeki utk ank2 jadi senang. Jgn difikir sgt psl penyakit sbb lagi sakit kalau rasa diri sakit dan berpenyakit.Buat aPaMZ wife dan anak2 moga tabah. Saya pasti family aPaMZ ada cara tersendiri utk terus happy. Bye.....

zula said...

setuju dengan desiree...Allah turunkan cubaan untuk hambaNya yang terpilih...cubaan untuk apamz mungkin berbeza dengan cubaan untuk orang lain...yang penting kita sabar menghadapinya...dan kemenanganlah untuk hamba2Nya yang SABAR...

waleed said...

Salam
Apamzzzzzz....ku faham isihati mu dan luahan rasa.Jangan gundah dan gelisah...inilah antara cobaan dan dugaan ALLAH s.w.t kpd umat mcm kita ni.Ada yg senang,ada yg susah,ada yg ringan ada yg berat.
Semuga ini akan membuatkan kita lebih mengingati ALLAH YANG MAHA ESA serta mematuhi ajaran Islam itu sendiri.
Semuga Apamz tabah menghadapi dan mendapat keberkatan ats apa jua perancanaan kehidupan kita.Satu hari segala suka duka susah payah akan dibalas oleh NYA.
Jangan ...jangan apamzzzzz....jangan...

p/s bukan apa pam..teringat belakun teater kat skolah ahmad dulu...hehehe.....tp pesanan ringkas ini(sms) adalah tulus dan ikhlas.

apamz said...

Thanks atas segala komen dan pandangan.. bukan apa, cuma kwn pikir kalau kwn tiba2 tak de dlm dunia ni, apa lah yang dpt kwn tinggalkan sangat pada anak isteri kwn, rumah yang sekangkang kera ni dan juga van yang semakin uzur tu je lah yang ada (tu pun belum habis bayar lagi). yang boleh harap pun $ kwsp tapi tau2 je lah $ sekelip mata pun boleh abis, siapale yang sanggup jaga diorang, terutama isteri kwn yang sakit dan anak kwn yg kurang upaya tu... sedangan yang sulung pun belum abis sekolah lagi.

apamz said...

Lain le mcm walid, skg dah jadi okb, banyak tanah tuuuu.... ngka cakap macam tu teringat kwn dialog sarimah yn kita slalu ajuk...."Kudeeeennn, aku kata jangan kudeeeennn!!!..." (tapi tiada kena mengena dgn kudin mekanik & kudeng dss)

Mizi said...

Apamz,
saya sekeluarga turut simpati dengan masalah awak. Saya berharap Apamz bersabar dengan dugaan dari Allah. Dalam keadaan ini, saya nasihat agar Apamz jaga kesihatan diri kerana keluarga amat memerlukan awak. Insyalah, jika saya ke Kuantan, saya akan ziarahi awak sekeluarga.

wani said...

Bukan senang nak dapat syurga. Awak kiranya terpilihla juga untuk diberi ujian sebesar ni. Hanya dua benda awak kena ingat, sabar dan solat. MasyaAllah kalau awak genggam dua benda ni kuat2 syurga dah tunggu awak.

Kebanyakan kami ni Allah uji dengan harta dan ramai yang dok kerjar harta, berkat ke tak berkat ke ramai yang tolak tepi. Kadang2 sanggup cantas orang lain sebab nak cepat naik. KAdang2 lepak, tapi gaji jalan. Alhamdulillah rezeki awak bersih.

Ish.... banyak sangat kelebihan awak banding ngan kami ni.