Wednesday, March 05, 2008

ziARah RaMaN


Setelah mendapat panggilan telefon dari Raman Kerbau kira-kira jam 6-55 pagi dan mendapat berita kematian ayah beliau, saya telah menghubungi beberapa rakan-rakan di Temerloh dan Kuala Lumpur untuk memberitahu berita tersebut. Saya juga telah menghubungi SK dan meminta beliau menyiarkan berita tersebut di dalam blog. Pada mulanya saya bercadang untuk ke Temerloh berseorangan bagi menziarahi jenazah memandangkan tiada kengkawan yang ingin turut serta. Namun begitu lebihkurang pukol 9-00 pagi sewaktu saya ingin bertolak, Fadil Sutok menghubungi saya dan memberitahu beliau ingin pergi tetapi lebih kurang jam 11-00 pagi. Akhirnya saya menunggu Fadil selesai urusan beliau dan kamipun bertolak dari KL kira-kira jam 12-00 tengahari.

Sewaktu kami sampai di rumah aruah ayah Raman Kerbau di Kg Baru, Chenor kira-kira jam 1-30 tengahari, orangramai baru sahaja pulang dari perkuburan kerana jenazah di kebumikan lebih awal kerana di khuatiri hujan pada sebelah petang walaupun beberapa saudara mara yang terdekat yang datang dari Kuala Terengganu masih tidak sampai lagi. Mengikut perancangan asal jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor.

Saya dan Fadil telah menemui Raman Kerbau dan menyampaikan ucapan takziah kami serta salam dari beberapa rakan budiMaN yang lain. Raman memberitahu saya bahawa beberapa rakan budiMaN telah menziarahi jenazah sebelum kami sampai iaitu Bilal, Che Dat dan Wan Azhar. Raman yang masih dalam keadaan terkejut menceritakan bahawa ayah beliau tidak mempunyai sakit apa-apa dan kelihatan amat sihat. Ayah beliau tiada sakit seperti darah tinggi, kencing manis atau penyakit-penyakit serius yang lain walaupun umurnya sudah mencecah 66 tahun. Ayah beliau Aruah Cikgu Md Chik sebagai GuruBesar di beberapa buah sekolah sekitar Chenor amat terkenal di kalangan penduduk-penduduk kampung disitu. Pemergian beliau amat memeranjatkan rakan-rakan, saudara mara serta jiran-jiran.

Menurut Raman, ayahnya telah bangun awal seperti biasa dan seperti selalu akan bersembang dengan emaknya di verandah rumahnya sementara menanti azan Subuh yang agak lewat sekarang ini. Setelah azan, ayah beliau telah mengambil air sembahyang dan sebaik keluar dari bilik air, telah jatuh dan mengerang kesakitan di dada ( khabarnya akibat serangan sakit jantung secara tiba-tiba). Ianya berlaku sekitar jam 6-24 pagi dan emak beliau telah bergegas mendapatkan Raman yang tinggal di rumah bersebelahan. Kira-kira 10 minit kemudian, ayah beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kembali ke rahmatullah.

Saya dan Fadil telah berada sehingga selepas waktu Maghrib di rumah Raman bertemu dengan emak dan adik-beradik beliau. Akhirnya menyusuri perlahan-lahan, saya dan Fadil selamat sampai ke Kuala Lumpur kira-kira jam 11-00 malam. Takziah untuk Raman Kerbau sekeluarga semuga roh Allayarham ayah beliau di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

2 comments:

Anonymous said...

Takziah kepada Raman sekeluarga..muga rohnya dicucuri rahmat selalu...

Anonymous said...

alfatihah. takziah.
pyan