Di antara kelebihan berselawat itu adalah seperti mana hadis Baginda, maksudnya :
"Dari Annas bin Malik, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Siapa yang berselawat ke atasku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya". (Riwayat Al-Imam An Nasai'e).
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda lagi dalam hadis yang lain, maksudnya :"Dari Ibnu Masuud ia berkata, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada Hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada Hari Kiamat kelak) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku". (Riwayat Al-Imam Ibnu Hibban)
Kelebihan berselawat yang lain lagi ialah sebagaimana hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wassalam seterusnya, daripada Umar bin Al-Khattab, ia berkata : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya :"Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tidak naik barang sedikit juga daripadanya sehingga engkau berselawat ke atas-Ku". (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
Dengan memperbanyakkan selawat juga kita akan dapat mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, menghilangkan kesusahan dan kegelisahan, meluaskan rezeki, dikabulkan segala keperluannya dan insya Allah akan memperolehi syafaat di akhirat kelak. Semua ini akan dapat dicapai jika kita sentiasa mengamalkannya dengan penuh yakin dan istiqamah. Walau bagaimanapun janganlah menganggap hanya dengan berselawat sahaja kita akan memperolehi kelebihan-kelebihan yang telah disebutkan tadi sedangkan amalan-amalan yang lebih utama seperti sembahyang, puasa, membayar zakat dan lain-lain lagi diabaikan
Moga-moga saya sendiri, kawan-kawan budiMaN dan semua yang mengikuti blog ini mendapat panduan, Insyaallah.
1 comment:
Assalamualaikum
Sesungguhnya hanya dengan jalan Rasulullah SAW akan dapat menjamin kejayaan dunia & akhirat.
Kejayaan kita adalah dalam agama; "Sejauh mana dapat taat perintah Allah SWT, sejauh mana dapat ikut sunnah Rasulullah SAW".
Wallahu Taala A'lam
Post a Comment