Tuesday, March 04, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Perjalanan yang bermula sebelum Subuh Sabtu yang lalu ke Kedah dan Perlis berakhir apabila saya selamat sampai ke rumah di Kuala Lumpur kira-kira jam 7-00 petang semalam. Kali ini insyaallah rasa-rasanya tak kena saman sebab bawak kereta pun slow giler (Slow?) di bawah 110km sejam tak macam masa pergi 2 minggu yang lepas. Walaupun tujuan saya ke Utara bersama bapa mertua saya untuk menghadiri majlis pecah tanah dan mesyuarat yang tiada kaitan dengan politik namun suasana pilihanraya tidak dapat di elakkan di mana-mana di sebelah Utara.

Perang poster begitu hebat apabila melintasi Butterworth sehinggalah ke Kuala Perlis. Rata-rata poster BN, PAS dan Keadilan begitu meriah di kiri kanan jalan. Topik perbualan juga hanya tertumpu kepada keadaan politik semasa. Nampaknya suasana politik di sebelah Utara agak berlainan daripada pilihanraya 2004 yang lalu. Gambar di atas saya ambil dari dalam kereta sewaktu melalui jalan dari Kulim ke Mahang, kalau tak silap saya selepas Karangan di mana penyokong-penyokong Barisan Alternatif berkumpul beramai-ramai di kiri kanan jalan. Memang suasana berbeza dari tahun 2004.

Saya bermalam di Kuala Perlis dan suasana malam minggu di hadapan Hotel Putra Brashmana rupa-rupanya amat meriah pada malam minggu. Berbagai-bagai aktiviti di adakan di tambah dengan gerai-gerai makanan di tepi pantai. Mungkin akan datang apabila kerja-kerja penambakan pantai dari Kuala Perlis sehingga ke Kuala Sanglang berharga RM6 billion seluas 6 ribu ekar sebagai sebahagian dari Wilayah Pembangunan Koridor Utara siap nanti, tempat tersebut akan menjadi lebih meriah lagi dari Langkawi kerana pelbagai tempat riadah dan pelancongan akan di majukan di kawasan tersebut. Ianya juga akan menjadi pusat akademi di Utara di mana beberapa universiti dan Pusat Kajian Bio Halal akan di bina. (Itupun kalau still kerajaan BN memerintah la..hehe) Dengar khabarnya peruntukan kewangan dari sebuah negara timur tengah telahpun diperolehi untuk memajukan kawasan tersebut.

Begitu juga di Selatan iaitu di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), dengar khabar juga akan di majukan semeriah koridor-koridor yang telah di isytiharkan baru-baru ini. Dan kerja-kerja pembangunan sepanjang Pantai Lido bermula dari Tambak Johor sehingga ke Danga Bay akan dilaksanakan tidak lama lagi. Ianya juga akan meliputi kawasan-kawasan riadah dan rekreasi seperti Green Lung Area dan Snow Park berharga lebihkurang RM3 billion serta kawasan perumahan yang akan mengadap ke laut lepas dan Singapura. Bertambah-tambah meriah la nampaknya orang-orang di Utara dan Selatan negara kita ini nanti.

Saya sampai di Kuala Perlis kira-kira jam 4-00 petang setelah singgah sebentar di Sungai Petani dan Alor Star untuk urusan kerja. Selesai check in, kawan-kawan saya di Utara telah siap menunggu dan saya di bawa makan Laksa Beras, Cucur Ketam dan Pasembor di sebuah warung berhampiran Kompleks Kastam Kuala Perlis. Warung ni nampak lekeh tapi memang cukup famous kat Kuala Perlis. Malamnya pula mereka bawa saya pula ke sebuah kedai makanan seafood iaitu Restoran Hock Thein kat tepi pantai Kuala Perlis. Famous jugak tempat tu. Memang best giler makanan kat situ. Satu keistimewaan seafood Kuala Perlis ni, murah di bandingkan dengan tempat-tempat lain. Murahnya harga makanan seafood kat Kuala Perlis ni kalau makan lebih kurang 12 -15 orang dan mintak nasi putih, 2 ekor kerapu besar, ikan kembung bakar, sotong, ketam, lala, belitung (siput sedut) ada masanya tak sampai RM100 pun campur minuman. Memang murah dan berpatutan.

Kalau pagi-pagi pula, mesti pekena Nasi Ganja. Orang Perlis memang cukup kenal dengan nasi ni. Paling best sekali kat Bus Stand Kangar atau dekat Pasar. Kalau nak heavy lagi, boleh sarapan dengan nasi putih dan lauk-lauk macam makan tengahari. Solid dan heavy. Sebab orang-orang kat sini memang dah kebiasaan, pagi-pagi ke bendang jadi kena makan heavy untuk dapat tenaga yang cukup untuk bekerja. Nak tambah tenaga lagi, air biak (ketum), baru betul-betul power nak buat kerja.

Hai, tulah, saya ni kalau outstation belah Utara ni bersama bapa mertua saya, urusan pulak selalunya ada jamuan makan, kawan-kawan saya yang kat Utara tu pun asyik-asyik ajak makan, makan ni makan tu la, Pulut mempelam, Somtam, Pulut Ayam, Tepung Talam, Pulut Durian, Serawa Durian, Pulut Ikan Masin, naik 3kg beb.... hampeh! ( Walid pun mesti pengalaman sama ni)

2 comments:

walid said...

salam
kida.pengalaman?..spai x nak makan ada lah...nasi ganja tu mmg x dpt nak lari dahhh....YM nyer kerabat meniager kat situ...tp mmg tul lah kata kida..ikan masin pulut...mcm2 la...solid n heavy...
p/s kida..kedai YM nyer sepupu kat bangi..PAH INAI REstoran..specialty makanan perlis...ada brani???

lan kida said...

Salam,
Walid, kedai sepupu YM tu kat Bangi area mana? Teringin jugak nak pergi. Buka dari pukol berapa sampai pukol berapa?