Sunday, March 16, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Hampir seminggu juga saya tidak menulis untuk blog dengan posting terakhir pada Isnin yang lepas. Tiada topik yang menarik serta kurang interaksi dengan rakan-rakan budiMaN yang lain akibat masa yang sentiasa terisi dengan pelbagai hal membataskan idea untuk menulis. Walaubagaimanapun rata-rata kalau bersembang sekarang ini, isu politik negara masih lagi menjadi perbualan hangat dan nampaknya apabila bertemu rakan-rakan, tiada topik lain selain dari isu politik semasa yang kini menjadi bertambah-tambah hangat dengan pelbagai isu dan kontroversi. Kat warong mamak cerita politik, kat pejabat pun cerita politik, kat Kelab Golf pun cerita politik. Memang dah takde topik lain di Malaysia ni kecuali politik, politik dan politik.

Jadi eloklah kita lari sikit dari topik politik ni sebab artikel politik yang ada kat bawah tu pun nampaknya makin hari jadi makin panas dengan pelbagai komen yang pro dan yang kontra. Kita redakanlah sedikit kepanasan isu politik ni dengan sembang-sembang sikit.

Ada satu hari tu, member saya ni pergi kat pejabat Menteri Besar sebuah negeri di Utara. Menteri Besar tu pun sekarang ni tengah bergelut lagi tak tahu samada beliau akan dapat menjadi Menteri Besar atau tidak. Member saya ni pun masuklah dalam bilik MB tu dan sambil tu sembang-sembanglah pasal projek yang nak buat. Macam biasalah pejabat MB ni penuh dengan orang-orang UMNO dan macam-macam orang lagi la. Ada yang datang nak minta bantuan, ada yang datang nak minta surat sokongan dan ada yang datang sengaja nak pow duit MB kot-kot dapatlah dalam RM50 ke atau RM100. Jadilah.

Jadi tengah syok-syok sembang dengan MB, datanglah satu Mamat ni (muka berpeluh-peluh dengan pakaian yang basah dengan peluh, style orang kampung la macam tu), dia ni memang runner MB tukang jual minyak diesel kecil-kecilan. Dengan muka selamba jer, dia pun mintaklah duit kat MB katanya nak isi minyak kereta dia nak pergi jumpa orang kat Penang. MB pun sergahlah dia, dahlah jual minyak, takkan nak isi minyak keta sendiri pun takde duit. Lawak juga Mamat ni. MB pun hulurlah duit RM50. Mamat ni kata mana cukup, tol lagi nak kena bayar. MB pun hulurlah RM50 lagi. Dapatlah RM100. Tapi MB kata kat Mamat tu, hang pergi bungkus nasi kat Kuala Perlis, MB kata dia nak makan masa mesyuarat kejap lagi. Mamat tupun chiow la.

So, MB pun mesyuarat la dengan member saya ni dan beberapa konsultan projek yang datang dari Kuala Lumpur dan luar negeri. Kira-kira nak selesai dah mesyuarat tu, Mamat tadi pun sampai la bawak nasi bungkus dengan baju basah kuyup dengan peluh dan siap pakai kasut boot plastik penuh lumpur (kata Mamat tu, gerai nasi tu becak dan lumpur habis), cukup-cukup untuk orang yang mesyuarat tadi. MB pun jemputlah semua orang makan nasi bungkus, kata MB lauk warong kat Kuala Perlis ni memang special dan sedap-sedap.

Geng-geng konsultan tu tengok keadaan Mamat tu dan dengar nasi tu dari Warong berlumpur dan becak habis, terus cakap kat MB, takpelah dia orang kenyang lagi, dah makan breakfast lewat tadi. Geng-geng konsultan ni dengan pakai kot, tali leher, datangpun dengan drebar pakai BMW 7 series dan Mercedes S500. MB kata tak mahu makan pun takpe tapi rasa lah lauk ikan ni, memang best giler kata MB. Prakkkkk! MB dengan dua belah tangannya patahkan kerat ikan yang dia sedang makan tu dan bagi kat seorang konsultan tu. MB kata hang makan ikan ni, syok woi. Konsultan yang pakai kot dan talileher kancing sampai kedagu tu pun dengan terkulat-kulatnya la jamah ekor ikan yang berlemuih dengan nasi dari tangan MB tu. Tengok konsultan tu makan nak telan ikan tu cukuplah susah tapi terpaksa telan jugaklah.

Member aku kata punya la lawak tengok muka konsultan tu nak telan makan ikan tu. Hahaha. Moral of the story, setinggi mana pun pangkat dan kekayaan, nasi kat warong ke atau gerai tepi jalan tepi longkang busuk ke.... jangan korang kata unhygenic la, apa la, MB pun makan beb.

No comments: