Thursday, March 27, 2008

seDiKit beRitA kaWan-KaWaN

Pada Selasa malam yang lepas, saya, Kudin Mekanik, Kitang, Bilal dan Arash sempat berteh tarik di Taman Seri Gombak jam 9-00 malam. Kebetulan Bilal menghantar kereta Volvo beliau untuk di perbaiki oleh Kudin Mekanik dan saya pula ingin mengirimkan 3 barangan Jam Waktu Solat bagi Surau Tanjung Belengu kepada Bilal. Insyaallah Bilal akan menyerahkan 3 barangan tersebut kepada surau Tg Belengu pada petang Jumaat nanti. Kudin Mekanik pula akan menempah crest tanda sumbangan budiMaN yang akan dilekatkan pada 3 frame tersebut sebelum Bilal membawa barangan tersebut ke Temerloh nanti. Insyaallah minta Bilal tolong ambilkan gambar apabila ianya di serahkan kepada surau Tg Belengu nanti. Mulanya kami berteh tarik di Taman Seri Gombak makan kerang rebus dan kemudiannya berpindah pula perkena sup di Jalan Doraisamy dan akhirnya lebih kurang pukol 1-30, kami semua bersurai.

Kudin Mekanik pula pada Isnin lepas telah pergi ke Kuantan kerana mendaftarkan anak perempuan sulung beliau yang telah mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 4 di MRSM Kuantan. Nampaknya Kudin Mekanik sudah tinggal 2 orang sahaja dengan isterinya di rumah kerana kedua-dua anaknya telah memasuki sekolah berasrama penuh. Seorang lagi anaknya yang ke 2 lelaki kini bersekolah di Sekolah Intergrasi di Gombak iaitu bersebelahan sekolah anak saya Maisarah.

Malam semalam pula (Rabu malam), saya berteh tarik lagi dengan Fadil Sutok dan Raman Kerbau pula yang datang ke Kuala Lumpur kerana urusan kerja. Perkena sup lagi di Jalan Doraisamy. Lebihkurang pukol 2-30 pagi juga baru kami bersurai. Antu juga khabarnya berada di Kuala Lumpur semalam kerana urusan kerja.

3 comments:

Anonymous said...

Amboii bestnya pekena teh tarik, pastu berpindah warung lak korang makan..sesekali geng wanita kena team-up gitu gak..hehe..

Surau Tg Belengu tu mst dah cantik now..nnt balik Temerloh akan ummi tinjau ke sana (nak tengok jam baru, langsir baru, tangga baru, dinding baru..sume2)hehe.. Alhamdulillah berkat usaha murni dan persefahaman yang wujud dalam Budiman..moga diberkati..Ada apa2 projek baru lagi ke Kida?

**psst - Oo ramai dah Budiman yang tinggal berdua ek..kira jadi Pengantin Baru semula lah..kena tambah ahli, kalu x, cepat sunyi rumah ek.. :)) (*sori lah ngusik sikit..)

LaN KidA said...

Salam Ummi,
Memang sekarang tengah cari2 idea nak buat program kebajikan lagi. Mungkin sekitar bulan Mei atau Jun nanti sesuai. Kalau tiada program kebajikan ni memang sunyi sikit blog kita ni. Jadi kalau ada program tu barulah kengkawan akan muncul biasanya. Lagipun rasa macam dah lama je dah kita semua budiMaN tak berkumpul macam ramai2.

Program macam kita buat kat surau Tg Belengu tu pun elok juga sebab kosnya takde la banyak sangat tetapi manfaatnya banyak kepada kita semua.

Kalau kengkawan ada idea untuk program2 semacam tu bolehlah propose kat dalam blog ni. Atau kalau idea untuk buat program kebajikan lain pun, takde masalah jikalau bersesuaian.

Anonymous said...

salam seme.
ngeteh x cakap...ni yg walid angin nie...jgn mara aaa...
lain kali ngeteh la ari cuti skit bang...leh la join. dah lama x ngeteh nie wehhhh...
Uptown ke...tp make sure sok tu ari cuti..cam mlm sabtu ke..