Thursday, September 28, 2006

Band Boys Lepas ITM

Masa gua kerja kat LKPP Kuantan, gua duduk bujang dengan Apamz, Kla-Kla, Ismai Rodzi. Mula2 kami duduk kat flat kat Indera Mahkota, tak tahan bising kami pindah rumah teres kat Cenderawasih. Masa tu ramai la datang lepak kat rumah kita orang. Azman @ Man Teruk (DIA), la ni jadi askar TLDM tak tau kat mana, KB masa tu kerja kat Budget Rent Car, Syed Hamid la ni kerja kat KL tapi gua ada jumpa raya 2 tahun lepas tengah shopping dengan bini dia kat Padang Besar. Dia orang ni selalu la melepak kat rumah kita orang. Sorang lagi Bob atau Nizam (DIA) kerap jugak datang.

Jadi kami boring duduk Kuantan, kami pun form la satu band untuk jamming. Band Boys masa tu ialah Gua la main gitar bass, Apamz main gitar ke 2, Syed Hamid main gitar utama dan Kla-Kla main drum. Boleh dikatakan kami tiap2 hari jamming baik kat rumah atau kat Studio kat Komplek Teruntum. Penyanyi utama kami ialah Bob Nizam. Kami pernah dapat tawaran recording tapi kami tak cukup fulus nak buat rekod.

Rakaman jamming kira2 16 tahun dulu tu ada lagi aku simpan dalam bentuk tape. Baru2 ni Apamz dalam 5 bulan lepas ada mintak pasal anak dia nak dengar. So tape tu aku bagi kat Apamz. Nanti aku mintak balik kat Apamz dan aku ingat nak ubah ke CD dan aku jual kat korang semua, okay tak? Lagu dalam tape tu syiok oiii. Bob nyanyi korang mesti terpegun punye...hehehe. Aku rasa ada lebih kurang 15 lagu kot, semuanya rock la dan slow rock.

2 comments:

Anonymous said...

aku nak gak dgr .....ingatlagi main kat studio tkt 3 ..tp man truk biasanyer lepak kat kedai bakery tu..projekkk

kida said...

Hamid, lain kali buboh la nama ko, jangan la pakai anonymous, aku tak tau sape. Kedai bakery tu la bini apamz kerja dulu. Apamz rupanya suroh Man Teruk projek kan untuk dia...Baru aku tau...kekeke. Dia buat dek je main gitar kat atas dengan kita. Nasib baik Man Teruk tak konar Apamz, kalau tak melepas....kekeke