Friday, September 29, 2006

Aktiviti Bulan Posa

Bulan Ramadhan datang lagi. Masuk hari ni dah 6 hari kita berpuasa. Kengkawan kita aku tengok bulan puasa ni senyap sikit. Maklum lah aktiviti golf pun takde masa puasa ni, tu yang semuanya menyepi, buat amal ibadat lebih sikit. Tapi kalau nak golf pun boleh. Banyak kelab golf buat promosi bulan puasa ni, package main golf dengan buffet buka puasa sekali. Bukit Unggul Country Club, Bangi Golf Resort, Monterez biasanya ada package golf dengan buffet dalam bulan puasa ni. Tahun lepas ada 4 kali jugak aku buka puasa kat padang golf ni.


Bisnes dalam bulan puasa ni aku tengok kengkawan ITM kita ada yang laju dan ada yang slow. Tapi masing2 tak nak lepaskan peluang nak cari duit raya, maklum lah berniaga ni time2 raya la nak kena bagi bonus kat staff la, bini nak duit lebih la, macam2 lagi.


Ada kengkawan kita yang berniaga lebih masa nak cari duit raya. Raman (Kerbau) berniaga pasar ramadhan kat Chenor, jual kuih-muih, lampu lip lap special, kuih raya.


Kudin hari tu beritau aku dia nak bukak tempat bakar lemang tepi jalan ke Ulu Yam dekat Selayang bersama 2-3 orang kawan2nya dekat hari raya nanti. Sape nak tempah lemang boleh la kontek Kudin. Bini Kudin, Aisyah budak DBS Shah Alam bisnes jahit baju kurong. Bini aku pun kerap tempah kat dia. Harga berpatutan. Budak2 pompuan atau bini kengkawan yang nak tempah baju kurung boleh jugak kontek Kudin.


Begitu lah aktiviti kengkawan nak cari duit lebih musim raya ni. Ye lah, ada sesetengah dari kita yang jadi pegawai kerajaan mungkin lah mewah sikit dengan bonus gaji bulan Oktober nanti. Mana yang swasta gaji biasanya tinggi, orang korporat la katakan, takde masalah sangat nak raya ni. Elaun oversea, elaun entertainment, macam2 elaun tak de masalah.


Tapi bagi yang macam aku ni bisnes kecik2, bukak worksyop, kontraktor kelas F, memang lah perit jugak time raya ni. Tapi alhamdulillah tiap2 tahun kita sama2 dapat juga beraya. Cuma rasanya elok lah kita beringat dan kenangkan sikit bahawa ada kawan-kawan kita sama2 ITM dulu yang tak bernasib baik dan amat memerlukan sumbangan dan bantuan terutama time2 raya ni. Ada kengkawan kita yang aku lihat sendiri dan bercerita dengan aku sendiri terpaksa menagih simpati kewangan, mencari besi-besi buruk dalam tong sampah untuk beli baju raya anak, mengheret anak bini yang tak sihat berembun di malam hari kerana berjual untuk mencari sesuap nasi dan banyak cerita lagi. ( Akan gua ceritakan dalam satu artikel special nanti....Tungguuuuuuuu) Oleh itu berhubunglah dengan rakan2 lama kita, kerana mungkin kita terleka dengan kesenangan kita dan terlupa bahawa tidak semua orang sama macam kita.

No comments: