Thursday, September 28, 2006

Aktiviti Golf

Aktiviti golf bebudak kita ni banyak kali jugak la. Tahun ni ada 2 kali dah kumpul main golf ni. 12 Ogos 2006 kat Kuantan. 2 round golf kat Kelab Golf TUDM dan Astana Golf Kuantan. Penganjur dia tak lain tak bukan Hantu Raya atau Aimi Jarr ( handicap 14 tapi ngaku 23). Yang datang Sidi, Mat Rock, Mat Taib, Kida dan ada beberapa lagi aku tak ingat. Gambar2 main golf tu aku ada simpan. Nanti aku siarkan kat blog ni.

Malam tu kami semua sembang kat kedai mamak belakang Hotel Grand Continental Kuantan sampai pukol 3 pagi jugak la. Geng golf semua ada, Puis dengan Joe Malady pun ada tumpang sekaki. Meriah dengan cerita2 lama.

Lepas tu aku pulak anjurkan golf 36 lubang kat Kuala Lumpur. Ini pada 21 September 2006 yang lalu. Pagi kami balun kat Bukit Unggul Golf Club, petang kami sambung lagi kat Bangi Equatorial Golf Resort sampai malam. Pukol 8 malam baru habis. Gambar2 masa tu pun ada aku simpan. Nanti aku siarkan jugak. Jangan bimbang.

Tapi yang paling meriah sekali aku rasa masa gathering golf and dinner and karaoke yang aku anjurkan pada julai 2004. Ramai datang kat Bukit Beruntong Golf N Country Club. Malangnya aku takde kamera digital lagi masa tu. Aku pun tak tau sape2 yang ada ambik gambar hari tu. Satu Malaysia datang. Ada 5 flight golf tapi yang datang dinner dan karaoke ramai. Aku pun tak sangka, sempat la aku bagi souvenier mug setiap orang. Tak tau la depa semua simpan lagi tak.

Aku jugak ada gambar2 exitm pekena teh tarik kat Nailis, Sentul pada 23 November 2005. Ramai jugak, Kerbau, Puis, Hantu, Padil, Arash, Kudin ada datang.


Kalau nak tengok gambar-gambar tu klik je link kat address ni
http://s92.photobucket.com/albums/l16/neo_kida/kengkawan/

No comments: