Sunday, September 28, 2008

seLaMat uLaNGtahuN ke 2 budiMaN

Hari ini 28hb September 2008 menandakan genapnya 2 tahun umur blog budiMaN dan sekaligus tanda tersimpul semula tali silatulrahim antara rakan-rakan UitM Kuantan mulai batch Januari 1985 dan seterusnya. Selama 2 tahun yang di penuhi dengan pelbagai aktiviti samada gathering, aktiviti amal kebajikan, sukan dan sebagainya telah di adakan dan di sertai dengan penuh semangat setiakawan di kalangan rakan budiMaN. Sebanyak 592 artikel telah diterbitkan di dalam blog sepanjang 2 tahun ini mengandungi informasi rakan-rakan budiMaN atau aktiviti-aktiviti yang di sertai oleh budiMaN.

Matlamat utama blog budiMaN untuk bersilatulrahim, beramal dan berbakti sesama budiMaN dan masyarakat akan tetap menjadi teras dan tunjang utama di masa hadapan. Ianya adalah lebih berfaedah dan bermanfaat dari hanya bergathering tanpa sebarang matlamat dan adalah lebih berfaedah jika sesuatu gathering atau perkumpulan itu di manfaatkan dengan berbakti dan beramal kebajikan untuk rakan-rakan budiMaN dan masyarakat, agama dan negara amnya.

Selama 2 tahun ini masih ramai lagi rakan budiMaN yang samada tidak mahu secara sengaja, rendah diri dan tidak mahu bersama dalam program-program amal budiMaN. Di anggarkan lebih kurang 400 orang rakan budiMaN sebenarnya sentiasa mengikuti blog ini, namun apabila sesuatu aktiviti amal di jalankan, hanya muka-muka yang sama sahaja kelihatan. Kita mahu anda yang mengikuti blog ini secara senyap-senyap untuk tampil ke hadapan bersama-sama kita untuk lebih meramaikan sebarang aktiviti amal yang budiMaN jalankan kerana itulah matlamat utama budiMaN.... bersilatulrahim, beramal dan berbakti. Tiada matlamat lain cuma itu sahaja dan blog ini bukannya di tubuhkan untuk sekadar bertemu muka, bertanya khabar bicara, menempelak serba tak kena atau tempat untuk nak intai perkembangan dan informasi kengkawan sahaja. Blog ini di tubuhkan untuk mengajak anda semua berganding bahu, bekerjasama, menyumbang apa yang terdaya, turut serta secara total tanpa perlu berselindungkan identiti dan sebagainya untuk terus bersilatulrahim, beramal kebajikan dan berbakti kepada rakan, masyarakat, agama dan negara.

Itulah teras utama unjuran blog budiMaN kepada anda semua. Moga untuk tahun yang mendatang, perubahan fikiran, semangat dan kerjasama rakan-rakan budiMaN akan lebih baik lagi dan semoga aktiviti-aktiviti amal kebajikan akan lebih cemerlang. Buangkanlah sifat rendah diri, melindungi identiti, tidak suka beramal kebajikan dan tampillah sebagai seorang rakan budiMaN yang memainkan peranan aktif untuk lebih banyak lagi kerja-kerja kebajikan di masa hadapan dengan niat tulus ikhlas tanpa apa-apa agenda terselindung demi mendapatkan keredhaan Allah swt dan meninggalkan sedikit bakti sebagai seorang insan, insyaallah.

5 comments:

Anonymous said...

Salam,
Kepada semua rakan budiMaN yang berada di Pahang yang kelapangan untuk sudi hadir ke majlis berbuka puasa PotLuck yang akan di adakan di rumah Raman Kerbau di Chenor, Pahang. PotlUck sambil menziarahi rakan budiMaN yang baru sahaja di timpa kesusahan adalah bersesuaian dengan semangat budiMaN dalam bersilatulrahim, beramal dan berbakti sesama rakan dan masyarakat. Tambahan pula ianya jatuh pada hari ulangtahun budiMaN.

Anonymous said...

Tabik pd Lan kida dan wife by berjaya memulakan blog ini...satu platform yg baik utk kita merapatkan yg jauh...maklum le masa amat terhad..
Yo..Tajam tajam

Anonymous said...

Selamat Ulangtahun ke2 kepada Blog BUDIMAN dan tahniah kepada semua yang telah bersama-sama berganding bahu demi mencapai matlamat utama BUDIMAN. Semoga di masa akan datang, akan lebih ramai lagi yang sudi bergandingan dan memeriahkan aktiviti2 yang bakal dijalankan...

Anonymous said...

Selamat Ulangtahun ke2 buat BUDIMAN dan juga kpd usaha murni pioneer blog ni dan juga rakan2 BUDIMAN.Semuga BUDIMAN trus ceria dan beramal unutk kesejahteraan bersama.

p/s..Kida..kek nya mana?bila nak sambut ni..rodong lain kasi la idea..ngetei unutk ulangtahun ke2....idea..idea...

Anonymous said...

Ingat kat potluck rumah raman aritu kwn nak wat surprise nak oder kek ulangtahun ke2 BUDIMAN ni (tapi kek kecik je le..) tapi, kelam kabut sangat sbb bubur lambuk lambat masak terus tak sempat.

Anyway, Hepi Besday yang ke2 untuk BUDIMAN. Semoga dgn adanya blog ini dapat merapatkan silaturrahim antara kita, saling bertanya khabar dan bantu membantu kepada yang memerlukan. Semoga Allah sentiasa memberkati segala usaha murni ini...Keep up the good work especially to Kida & Anim (tepuk...tepuk...tepuk...!!)