Tengahari semalam saya terima satu surat dari Cambodia kiriman Fadil Othman diB yang bertugas di Kedutaan Besar Malaysia di sana. Seingatan saya sudah berpuluh tahun tidak pernah menerima surat sebegini baik dari keluarga mahupun rakan-rakan. Maklumlah di zaman canggih ni kita dah ada telefon, e-mail dan pelbagai cara selain dari surat untuk berkomunikasi. Terasa seronok pula bila mendapat surat dari Fadil ni.
Fadil sekeluarga memberitahu beliau sekeluarga berada dalam keadaan baik di sana dan beliau selalu mengikuti perkembangan rakan-rakan budiMaN melalui blog. Beliau sekeluarga juga ada pulang ke Malaysia pada Jun 2008 yang lalu dan kemudiannya melakukan umrah bersama isterinya. Beliau pergi awal dari tarikh pemergian Kitang melakukan umrah iaitu pada 25 Jun sehingga 6 Julai 2008. Kebetulan kata beliau, sempat bertemu dengan seorang rakan UitM Kuantan batch Jan 85 iaitu Salina Ali dbS yang bersama-sama dalam rombongan beliau. Salina kini menetap di Pulau Pinang dan Fadil sempat berikan alamat blog ini kepada Salina.
Fadil juga ada mengirimkan sumbangan kepada tabung amal budiMaN bersama-sama suratnya. Insyaallah akan saya serahkan sumbangan tersebut kepada Bendahari budiMaN, saudara Kitang dalam masa terdekat ini. Akhir kata untuk Fadil sekeluarga di Cambodia, Selamat Berpuasa dan semoga anda sekeluarga sihat dan sejahtera hendaknya sentiasa.
3 comments:
Salam,
Insyaallah esok akan saya bentangkan penyata Tabung Amal budiMaN sehingga hari ini termasuk sumbangan yang diterima dari Fadil.
Salam...Fadil,baru2 ni Mufti Kemboja turun kat Masjid Sallahudin Al-Ayuybbi Tmn Melati...trajis/sebak dengar citer pasal masyarakat Islam disana...serba kekurangan...
Salam...
Syukur kpd rakan2 yg memberi sumbangan.Semuga ALLAH swt membalas dan memberi rahmat kpd mereka semua.InsyaALLAH.
TAKBIR......
Post a Comment