Friday, September 26, 2008

potLucK beRbuka poSA 2

Malam tadi saya, Kitang, Kudin Mekanik dan Fadil Sutok sempat berteh tarik di Taman Seri Gombak. Selain ada urusan peribadi untuk berjumpa Kudin dan Kitang, saya juga diberitahu beberapa perkara antaranya berkenaan penyerahan sumbangan Tabung Amal budiMaN yang telah diagihkan kepada wakil2 budiMaN untuk diserahkan kepada Maahad dan Rumah Anak Yatim. Menurut Kitang, Kudeng dsS telahpun menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Subang Jaya pada hari Rabu yang lepas, manakala Bilal pula telah menyerahkan sumbangan kepada Maahad Tahfiz Darul Fikri pada petang Khamis semalam. Kitang pula akan menyerahkan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah pada hujung minggu ini apabila beliau pulang ke Temerloh nanti. Alhamdulillah harap semuanya dapat di selesaikan dalam minggu ini sesuai dengan hajat kita untuk beramal di bulan Ramadhan ini.

Acara PotLuck budiMaN bersama Raman Kerbau dbS pula telah ditetapkan pada hari Ahad ini (28hb September 2008) diketuai oleh Walid @ Syed Hamid diA. Menurut Walid, antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir ialah Kitang dan Apamz sekeluarga. Harap kengkawan budiMaN yang berada di Pahang pada tarikh tersebut dapat meluangkan masa menghadiri PotLuck berbuka puasa itu. Saya berharap lebih ramai kengkawan akan hadir untuk menunjukkan kerjasama erat antara budiMaN. Ianya juga untuk membuktikan bahawa budiMaN tidak memilih dalam persahabatan walaupun tidak mengenali, berlainan batch dan sebagainya tetapi ianya tidak menghalang rakan-rakan budiMaN dari asal yang sama di UitM Kuantan menunjukkan solidarity dalam persahabatan. Ayuh kepada semua budiMaN yang kelapangan, buktikan solidarity anda!

Untuk peta arah ke rumah Raman Kerbau saya rasa bolehlah bertanyakan kepada Kitang. Namun secara ringkasnya kalau dari Temerloh melalui jalan lama ke Maran dan masuk ke Simpang Chenor di sebelah kanan, terus, kira-kira 2 km akan bertemu rumah Raman di sebelah kanan. PotLuck ini akan di adakan di rumah emak Raman yang terletak bersebelahan rumah beliau. Saya telah berbincang dengan Raman untuk di adakan dirumah emak beliau kerana lebih selesa sedikit. No phone Raman Kerbau ialah 013-9189221.

Seperti saranan Walid, eloklah jika kengkawan dapat sampai kebih awal sedikit sekitar jam 6-00 petang agar boleh bersama-sama membuat persediaan. Dan harap juga kengkawan dapat memberitahu kehadiran lebih awal kepada Walid supaya beliau dapat sampaikan kepada Raman yang ingin tahu berapa ramai yang datang untuk beliau membuat sedikit persediaan. Ini kerana penyediaan pinggan mangkuk dan juga air minuman untuk berbuka. Harap Walid dapat berhubung sendiri dengan Raman untuk coordinate.

Semoga ramai yang akan hadir dan bukan setakat Walid, Kitang dan Apamz sahaja.

6 comments:

Anonymous said...

Salam.
Thanks Kida.
Kpd yang masih nak menyertai Potluck tersbut, bolehlah memaklumkan kpd saya untuk memeudahkan urusan di rumah sahabat kita, Raman.
Mudah-mudahan ramai yg akan hadir walaupun disaat2 akhir.
Semuga kita semua diberkati ALLAH s.w.t.Amin

Anonymous said...

Aiseymen...walid gak no 1...
kwn pun nk berseru kpd rodong2 yg dok brdeketan ataupun pass by chenor ari tu singgah2 le kat rtumh raman. Kwn ni isteri tgh dlm pantang lagi...klu mentua aku tau...masak.

Anonymous said...

Aiseymen...walid gak no 1...
kwn pun nk berseru kpd rodong2 yg dok brdeketan ataupun pass by chenor ari tu singgah2 le kat rtumh raman. Kwn ni isteri tgh dlm pantang lagi...klu mentua aku tau...masak.

Anonymous said...

apamz...apasal spai 2 kali komen..ada kena ni kang........

Anonymous said...

Waleed, aku masuk skali jer tapi klua 2 x, nak buek camno... delete pun takleh do...kono cakap nogori9 gak kat ekau sobab ekau slalu balik pot diksen. Camni aaa, den nak koba kek ekau, den dah infom kwn kito kek maran tu, Tg wazwan, dio pado dasarnya borsotujulah nak poie... tapi dio tanyo den nak buek kat hotel mano?...aaiyo topuk dahi den!!... ni potluck mano ado hotel2, makan pun kono bawak sendiri... barulah dio paham... susah bonar lah cakap nogori ni, tapi kwn memang ada darah negri separuh, yang main bom lembu tu kat kg kwn kat nogori lah, kat pilah (tak jauh dari kampung Nubhan & Hattan dan juga senior kita Busamah (komposer)).
Lagi satu kwn tgh usha sahabat kita yg setelah sekian lama bertapa di kelantan dan sekarang ni menetap di t'loh Mr Yarey (Suhaimi Yaidin), tengoklah apa hasilnya nanti...

Anonymous said...

Salam,
Koi pun dah sms budak2 temerloh seperti Zambran, Norliza, Normazidah dan Adenan petang semalam. Malangnya sehingga tengahari Sabtu ni masih tiada sebarang jawapan walaupun sms tu delivered semua.

Raman Kerbau pun ada sms bertanyakan berapa ramai yang confirmed? Emak dia risau pasal nak sediakan laa apa2 yang patut sikit2. Koi beritahu dia tak boleh nak confirm sebab macam biasalah rodong2 semua ni memang kaki last minute dan jenis tak boleh buat commitment awal2 dan jenis tak kesah ke tuan rumah agaknya dan jenis memang tiap2 kali nak buat event dgn budiMaN memang macam ni lah. Saya suruh Raman beritahu emak dia toksah risau la, bagi dia orang tikar alas pun dah cukup, yang lain pandai2 la dia orang buat sendiri sebab namanya PotLuck. Bagi kerusi dgn cawan serta pinggan kat Apamz, Walid dan Kitang jer sebab dia boleh confirmed awal2.

Selamat Berbuka Puasa.