Friday, September 26, 2008

seLaMat haRi rayA aidiLfitRi

Memandangkan ramai yang akan bercuti mulai Isnin ini bagi menyambut Aidilfitri yang dijangka di sambut pada hari Rabu minggu depan, maka saya rasa tidaklah terlalu awal jika blog budiMaN menyiarkan segmen ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua muslimin dan muslimat budiMaN sekelian. Sepuluh jari saya susunkan memohon ampun dan maaf kepada semua warga budiMaN sepanjang saya berblogging di sini kerana saya tahu mungkin ada antara artikel dan kata-kata saya yang agak keras dan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Namun percayalah itu semua saya unjurkan dengan niat tulus ikhlas untuk memperbaiki diri saya sendiri di samping menyampaikan matlamat utama blog ini untuk bersilatulrahim, beramal dan berbakti. Selamat Hari Raya semua, semoga anda dan keluarga akan sentiasa selamat, sejahtera dan berbahagia di hari yang mulia ini.

12 comments:

Anonymous said...

selamat menyambut hari raya aidil fitri yg bakal menjelang. maaf zahir batin.

dendang perantau.
pyan & family

Anonymous said...

Salam.
Kali ni walid terlambat.Pyan da sapu dulu.(timing yg buat pyan menang nie..heheehe)
Anyway, Walid sekeluarga memohon maaf jika ada terkasar bahasa,terlepas cakap atau secara fizikalnya yg mengundang ketidakserasian, mohon dipinta kemaafan zahor dan batin.
SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI kpd semua warga BUDIMAN tak kira dekat,jauh,kenal ke..tak kenal ke..tua, muda,bujang ,kawin semuga kehadiran Syawal pada kali ini dpt memeriahkan lagi kehidupan kita semua.
Amin.

p/s...untuk penghantaran duit raya bole masuk akaun Walid..hehehe

Anonymous said...

Assalamualaikum

Bersempena hari baik bulan baik ini, Saya Salwani Ali dan keluarga: Hamdi Talib, Zahidah Hamdi, Ahmad Danial Hamdi dan Haikal Hamdi ingin mngucapkan selamat menyambut hari raya kepada semua rakan2 budiman. Sedih rasanya meninggalkan Ramadhan yang mulia ini dengan amal yang tak seberapa.

Janganlah terlalu bergembira di hari raya, kerana pasti ada yang kurang ceria. Bersederhana dalam berbelanja kerana Allah memberikan rezeki kepada kita bukan untuk bermewah tapi sebagai ujian kepada kita dan untuk kita gunakan sebagai bekal untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi.

Ingatlah bahawa puasa kita hanya sebulan, janganlah berlebih pula meraikan kemenangan kita berpuasa sedangkan kita tidak tahu samada puasa kita diterima oleh Allah atau tidak.

Gunakan peluang cuti hari raya ni untuk menguatkan silaturrahim. Bawalah anak2 kita berjumpa sanak saudara memandangkan kita hidup jauh dari sanak saudara, bukan macam kita kecik2 dulu.

Berhati2 ketika memandu.

Akhir kalam maaf zahir batin.

Anonymous said...

Saya juga nak ucapkan Selamat Hari Raya, aidil fitri, Maaf Zahir & Batin buat semua ahli budiMan.

Fadzil & Family
Kemboja

Anonymous said...

salam semua,

anim ambil kesempatan di sini mohon ampun dan maaf jika ada tersilap bicara maupun terkasar bahasa dan juga jika ada perbuatan yg kurang disenangi terhadap teman2semua juga pengunjung2 blog ni.

semoga teman2 dan juga pengunjung blog bergembira di hari raya di samping sanak saudara.

to walid:- kalau dah bnyk dpt duit raya nanti walid jgn lupa kasi duit raya kat SK jugak .. SK nak yg kaler ungu tau hiks!

Anonymous said...

Indahnya hidup ini bila lupa ada yang mengingati.. bila duka ada yang menggembirakan, bila sukar a yang membantu, bila tersilap ada yang menasihati..Bila keseorangan ada SAHABAT yang menemani.. Dimana pun anda jua saya dan keluarga dengan tulus ikhlas mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri, Maaf zahir Batin. Bagi mereka yang di Kuantan.. Jemput Hadir Kerumah kerana syawal kali ni.. mungkin syawal terakhir kami berada di kuantan. Saya akan Berjiran dengan Nizam Slamber di Nilai sebelum Penghujung Tahun ni InsyaAllah.

Anonymous said...

Kekasihku...
Cinta sejati antara kita berdua tak ada siapa yang dapat menghalangnya
Cintaku hanya padamu...
Itulah sepatutnya kau tahu
Sayangku...
Kerinduan ini adalah milik kita berdua
Dari kerinduan ini akan membuahkan kesetiaan..
wujudnya kesetiaan antara kita sudah pasti tak akan terciptanya satu perpisahan
Ku harapkan perpisahan tak akan terjadi kerana aku amat menyayangi dirimu...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

(hehehe.... itu adalah petikan dari kad raya yang dihantor oleh Awek aku, Miza (awek laa masa tu tgh bercinta lagi)pada tahun 1992 yang aku simpan sampai sekarang. Besor kadnya, aku balas kad lagi besor (rasanye aku gi ngan waleed beli kad tu kat komplek))

Skali lagi, Selamat Menyambut Aidil Fitri dengan penuh rasa kesyukuran. Maaf Zahir dan batin dari Apamz, Miza, Muhd Shafiq, Muhd Amry & Baby, Nur Aqeela Shafryza.

Jemput semua dtang ke rumah, Ari Isnin ni dah ada kat taman jaya temerloh sampai raya kedua then balik maran dan balik kuantan pada hari Sabtu

Anonymous said...

Semua org ucapkan Selamat Hari Raya kan. Koi nak buat perubahan sedikit. Selamat Menyambut Puasa Sunat 6. Wachaa....

Apa-apa pun Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada pembaca blog ini yg mengenali koi. Kepada mereka yg tak kenal koi tu (maklum lah low profile sejak zaman ITM) pura-pura je kenal sebab nanti tak tersenarai dapat ucapan dari koi lak. Hehehe...

Hai Bilal pindah lagi????? Dah darah anak polis kan sentiasa berpindah randah. Tapi nasib baik koi ini bekas anak polis yg tak suka berpindah. Huhuhu...

Okeylah koi nak buat kerja. Sebenarnya koi kena kerja ari ini hingga Isnin kernan nak closing report mid year 2008.

Anonymous said...

Salam
Apamz, nasib baik Miza tak tahu tu awak siar kad raya kekasih dia... kalau dia tahu tu siap awok Apamz... dia suruh Walid debik awok sebijik... koi pun boleh tumpang sebijik jugek...pasal awok tinggi sangat... walid tak sampai.....kekeke

Anonymous said...

Assalamualaikum

Ana ingin mengucapkan Eid Al-Mubarak kepada semua sahabat-sahabat BUDIMAN. Segala salah dan silap harap dimaafkan.

Eid-Al Mubarak. Min Aidil Wal Faidzin.

KUDENG
HANISAH
ATHIRAH
ARISYA
AZMEEN
HAKIM
HADI
MUNEER

1 Syawal 1429 Hijriah

Anonymous said...

Salam semua...
Ummi masih bekerja lagi hari sementara orang lain mungkin dah berada di kampung halaman masing2..jelesnya..huhuuuu...InsyaAllah petang ni baru balik kampung..

Ummi dan keluarga juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin. Semoga anda semua di luar sana telah diberikan keberkatan sepanjang menjalni ibadah di bulan Ramadhan dan akan ceria menjelang Syawal..

Kepada yang memandu balik kampung tu, berhati-hatilah di jalan raya dan moga anda selamat sampai ke destinasi masing-masing...

amir-isa said...

Buat semua sahabat BUDIMAN di Malaysia & di mana jua...
Kami keluarga mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf zahir dan Batin.

Amir+Afezah
Michigan