Alhamdulillah, kita semua telah memasuki 25 Ramadhan dan tinggal 2 hari lagi untuk malam tujuh likur dan lebihkurang 4 atau 5 hari lagi untuk berpuasa dan menyambut Aidilfitri. Rasa-rasanya ramai dikalangan rakan-rakan budiMaN tentunya sudah membuat serba sedikit persiapan bagi menyambut kedatangan Aidilfitri samada dengan kuih raya yang beranika jenis dan juga persiapan pakaian raya untuk diri, isteri dan anak-anak. Di samping itu mungkin juga ada yang bersiap-siap menukar langsir baru, cat baru dan berbagai benda yang baru.
Kalau dulu-dulu di kampung 5 hari sebelum raya ni, dah meriah sakan dah. Bunyi mercun dan segala bahan meletup memang tak berhenti-henti sampai ke waktu sahur. Geng-geng pompuan pulak macam emak, kakak, sepupu pompuan dan sewaktu dengannya riuh rendah kat dapur dengan macam-macam kuih raya yang dibuat. Geng bapak-bapak pulak masa nilah riuh rendah kat surau dan masjid selepas sembahyang terawih dengan macam-macam cerita di borakkan. Biasanya geng bapak pun pulang lewat dari masjid waktu macam ni. Lesen besar jugak dia orang tu.
Geng budak-budak lagi lah besar lesen. Malam jadi macam siang. Siang apatah lagi. Nak pergi sekolah pun rasa berat jer sebab mood dah takde. Yang ada, mood raya jer. Pergi sekolah pun asyik cerita pasal mercun, bunga api, baju raya dan berapa banyak kad raya yang dapat. Kad raya pun banyak cerita juga. Masa nilah kalau nak dapat kad raya dari secret admirer la atau nak hantar kat awek/pakwe yang minat. Tulis pun sopan. "Banyak buat baju raya? Banyak buat kueh? Kalau makan nanti, janganlah lupa kat saya" Tapi tandatangan kat bawah kad - Dari : Peminatmu.... hahaha
Kad raya ni satu hal jugak. Nak beli ke nak buat sendiri. Nak buat sendiri kena cari manila card tapi nanti nampak macam sengkek plak. Terpaksa la kumpul duit beli jugak. Kena la jual airbatu, mercun, tikam dan sebagainya nak kumpul duit. Nak pilih kad raya kat kedai pun satu hal jugak. Nak beli yang untuk Orang Tersayang ker, untuk Kekasihku ker.... pening jugak sebab mana ada untuk secret admirer. Kalau beli untuk KekasihKu karang.... bila masa pulak dia terima kita jadi kekasih dia.... dia pun tak kenal kita lagi... pening! Nak bayar kat kaunter tu pun nanti mesti pakcik kedai pandang atas bawah... apahal la budak kecik ni ada kekasih dah.
Sebelum hantar tu bawak balik rumah dulu nak karang apa nak tulis. Tapi selalunya macam kat atas tadi la, tanya kueh raya, baju raya. Kad ni pun kena surok jugak takut emak nampak. Kalaulah emak kita tahu beli kad untuk KekasihKu... jahanam beb. Amboi gatai sangat dah, sekolah rendah lagi nak berkasih dah...macam2 syarahan... kalah Fadzillah Kamsah. Kalau kena tangkap gerenti spoil mood raya.
Nak hantar kat secret admirer ni pun satu hal jugak. Takkan nak bagi kat dia terus. Nak pakai kawan dia nanti, mesti tak boleh simpan rahsia punyer. Terpaksalah letak diam-diam bawah meja sekolah dia atau selit kat dalam bag sekolah dia. Hantar mesti kena hantar walau apa cara sekalipun. Yang tak bestnya dengar-dengar cerita bukan kita seorang jer secret admirer dia, banyak dia dapat kad dari peminat.... bengang jer...mesti dia tak layan kad kita....hahaha.
Okaylah...nanti kita sambung lagi cerita dekat2 nak raya ni. Banyak cerita. Best wa cakap lu!
1 comment:
Salam
Yahioooooo..koi no.1...hehhee
Dekat2 raya nimasa walid kecik...kad raya n duit raya la menjadi taruhan.Sapa dpt kad paling byk la...paling cantik la...dari aweks ke kad tu....hehee.Bab duit lak..menjadi anggaran jer la.Mak,Abah,Abg,Kakak,Makcik,Pakcik,sedara Mara,Jiran2...kira2 ratus gak la.Sebab estimate tahun lepas nya koleksion.Hehe..skrg ni kena kira brapa nak kena kuar pulak..
p/s Kida..duit raya tahun ni mana ya???
Post a Comment