Wednesday, September 03, 2008

bpR

Bila membaca beberapa berita berkaitan tangkapan demi tangkapan yang dilakukan oleh pihak BPR atau Badan Pencegah Rasuah terutama berkaitan kes-kes melibatkan Puspakom dan beberapa jabatan lain termasuk beberapa kes berprofil tinggi seperti melibatkan anggota-anggota exco negeri, saya teringat kembali sewaktu saya bertugas lebih dari 10 tahun bersama-sama BPR dahulu. Pada saya senario BPR pada masa ini masih tidak banyak berubah. Soalan yang sering di tanya oleh masyarakat apabila melakukan tangkapan ialah, kenapa sebilangan ikan-ikan bilis dan puak tertentu sahaja di tangkap, mana perginya jerung-jerung besar yang membaham habis khazanah negara terlepas begitu sahaja.

Tugasan pertama saya sewaktu memasuki BPR pada tahun 1991 sebagai Penolong Pegawai Siasatan ialah membuat perisikan dan pemerhatian di sebuah agensi kerajaan dengan menyamar sebagai orang awam dan berkeliaran di jabatan berkenaan. Hasilnya setelah hampir 3 minggu, perlakuan rasuah tersebut betul-betul berlaku di hadapan saya. Malangnya ianya cuma melibatkan ikan bilis sahaja.

Selepas itu tugasan saya banyak melibatkan penangkapan di sektor kerajaan dan sebagainya. Pengalaman mengetuai berbagai siasatan antaranya kes DBKL melibatkan Tan Sri Elyas Omar sehingga beliau meletakkan jawatan dan kes Datuk Hassan Ariffin, Timbalan Menteri Besar Pahang yang akhirnya beliau juga tidak terpilih sebagai TMB Pahang lagi dan karier politik beliau malap selepas itu. Selain itu turut terlibat menyiasat kes-kes berprofil tinggi seperti kes saham Maika oleh Dato Seri Samy Vellu, kes Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Hj Muhd Taib dan beberapa kes-kes lain. Sehinggalah akhirnya saya di pindahkan dari Cawangan Siasatan Khas ke Bahagian Urusetia Siasatan bagi mengetuai dan membantu Bahagian Penerimaan Maklumat iaitu bahagian dimana segala repot dan aduan berkaitan rasuah sebaik diterima di seluruh Malaysia akan disalurkan terus kepada bahagian saya untuk di tapis dan di cadangkan samada perlu di siasat atau sebaliknya. Akhirnya dengan jawatan terakhir sebagai Assistant Superintendant (ASP) dan keseluruhan pasukan yang dikatakan menyebelahi bekas Ketua Pengarah BPR Dato Shafee Yahya ( yang didakwa bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa di pecat oleh Tun Mahathir ) telah di bubarkan dan ditukarkan ke merata tempat dan saya mengambil keputusan untuk berhenti. Manakala beberapa rakan-rakan BPR masih meneruskan tugas di Sabah, Sarawak, Johor dan merata tempat. Walaupun selepas saya berhenti sekian lama, tetapi semasa Aruah Emak saya meninggal dunia, hampir seluruh kakitangan ibupejabat yang mengenali saya telah hadir dan pegawai-pegawai BPR telah membantu menguruskan jenazah emak saya semasa di HKL sehinggalah sebahagian mereka mengiringi ke Temerloh dengan di nanti pula oleh sebilangan pegawai-pegawai BPR Kuantan, Pahang. Saya masih ingat perkara tersebut sehingga ke hari ini kerana mereka tetap mengingati saya dan bersusah payah walaupun saya telah berhenti lama pada waktu itu.

Kini mereka semuanya telah menjadi Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah Negeri dan Pengarah Cawangan dan sebagainya. Antara rakan-rakan BPR yang masih rapat sehingga ke hari ini ialah seperti Datuk Zakaria (Pak Ya - orang Kelate kuat kerja) Timbalan Ketua Pengarah BPR, SAC I Norazlan Razali (member selalu pergi ngeteh 4 kali sehari dan duduk meja berdepan dulu)Pengarah Anti Money Laundering, SAC II Puan Thila (saya panggil Amma-emak, suka naik Civic V-Tech saya sambil dengar Julio Iglesias) Pengarah Latihan, SAC I Jaafar Mahaad Pengarah BPR Penang, Supt. Wan Zul ( Ketua Cawangan Forensik CSI-junior ni dulu geng karaoke sampai la ni). Manakala Ketua Pengarah BPR pula Dato Seri Ahmad Said Hamdan, geng jugak la dulu tapi tak rapat sangat, suka sukan dan keramaian dan ramai lagilah geng-geng BPR samada di ibupejabat atau di seluruh Malaysia masih lagi berhubung rapat dengan saya.

Semasa kenduri di rumah Supt. Wan Zul tidak lama dulu dan beliau jemput saya sekeluarga dan kebetulan geng-geng lama seperti Dato Zakaria (gambar atas) TKP BPR juga ada dan rakan-rakan lama seperti SAC 1 Norazlan, ASP Ayob dan ASP Fadil (gambar bawah).

Bila bertemu dengan geng-geng BPR banyak pandangan yang saya sampaikan kepada mereka dengan sudut pandangan saya sebagai orang awam yang berada di luar BPR dan sebenarnya masih banyak kelemahan-kelemahan BPR yang dapat saya perhatikan. Namun begitu saya juga faham seperti zaman saya dahulu, banyak batas-batas tertentu yang tidak dapat di langkahi oleh BPR menyebabkan tindakan-tindakan yang terbatas terpaksa dilakukan .... hmm masih macam dulu ... dan masih digunakan pihak-pihak tertentu.

No comments: