Monday, September 15, 2008

breAkiNG neWS - raMaN keRbaU

Sabtu lepas saya sempat bertemu dengan Raman Kerbau di Hospital Temerloh kira-kira jam 11-00 malam selepas berbuka di rumah abah saya. Saya difahamkan keadaan isteri beliau masih tidak berubah dan hanya bergantung kepada feeding tube untuk makan. Kalau nak makan memang tak boleh secara normal even nak minum sesudu air pun beliau tidak berupaya. Sebelum itu pada sebelah petangnya saya di fahamkan Kitang dan Lan Kentei ada mengunjungi beliau di hospital dan bertemu isteri Raman di wad Kenanga 14, Tingkat 4, Katil 6. Rakan budiMaN menziarah Raman dan menyampaikan sedikit sumbangan peribadi kepada beliau dan saya juga di beritahu Kitang turut menyampaikan sumbangan yang diwakilkan kepada beliau oleh seorang rakan budiMaN.

Pada Ahad tengahari pula, saya sekali lagi bersama-sama SK mengunjungi Raman dan melihat sendiri keadaan isterinya. Keadaan beliau masih tidak berubah walaupun beliau mampu bergerak sendiri untuk ke bilik air. Namun Raman memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan kepada beliau penyakit isterinya bukanlah Neurological Dysphagea seperti yang dikhuatiri sebelum ini. Ianya berkemungkinan akibat gangguan sementara saraf dan doktor yang pada mulanya ingin membuat CT Scan membatalkan ujian tersebut sebaliknya akan membawa isteri Raman ke Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Pakar Saraf supaya rawatan susulan boleh dilakukan di Hospital Temerloh. Jika Pakar Saraf dapat mengesahkan ianya gangguan sementara saraf dan bukannya Neuro Dysphagea, maka peluang untuk pulih sepenuhnya, insyaallah akan dapat dilakukan. Saya juga berbincang dengan Raman secara panjang lebar dan kebetulan adik ke 3 saya yang berkhidmat di Hospital Jerantut pun ada balik berbuka puasa bersama saya dan saya dapatkan penerangan lanjut berkaitan Dysphagea dari beliau.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,
Tengahari Isnin, Raman ada sms kepada saya memberitahu bahawa doktor di Hospital Temerloh telah memutuskan untuk mengadakan CT Scan pula pada hari ini, Selasa sebelum membawa isteri Raman ke Klinik Pakar Saraf HKL pada hari Khamis nanti.

Harap2 semoga CT Scan akan dapat meberikan gambara yang jelas sebelum beliau diperiksa oleh Pakar Saraf.

Harap kengkawan dapat mendoakan yang terbaik untuk Raman dan isteri beliau yang kini masih lagi hanya mampu bertahan dengan feeding tube (susu) sahaja dari Khamis minggu lepas.

Anonymous said...

Salam
Kesiannya kat Raman dan isterinya..berpuasa di hospital, anak2 kat rumah pun mesti dia risau jugak..Semoga keputusan CT Scan akan membawa berita baik nanti..Nampaknya x sempatlah nak jenguk wife Raman kat Hospital Temerloh minggu ni, baru cadang nak balik Kampung Awah..

Apapun, diharap Raman dan isteri tabah dengan dugaan ini. Hanya kepada Dia kita berserah..Amiinn

Anonymous said...

InsyaAllah selepas kesukaran akan ada kesenangan. Wani tak ingat surah mana tu dalam Al-Quran.

Kita tak akan masuk syurga melainkan dengan dua perkara: Solat dan sabar. Sabar ni terlalu luas maknanya. Semoga Raman dan isteri terus bersama dengan segala ujian yang menimpa satu per satu.

Anonymous said...

Assalamualaikum & Ramadhan Karim

Sorry lama tak jenguk blog. Ada sedikit internet browser problem. Alhamdulillah dah settle dah. Byk berita nampaknya ana tertinggal.

Wani, kalau tak silap ana, tu dari surah Al-Nasr atau biasa kita panggil Alam Nasrakh. 2x Allah SWT bagitau di akhir surah, dalam kesukaran ada kesenangan.

Allah SWT juga bagitau, lebih kurang mafhum, "Wahai orang2 yang beriman. Mintalah dengan Tuhanmu dengan bersabar dan bersolat. Sesungguhnya Allah bersama2 dgn orang yang sabar". Surah Al-Baqarah kalau tak silap ana.

Buat Rahman Kerbau, bersabar byk2, tingkatkan harap dan doa pada Allah SWT, lebih2 lagi di bulan yang teramat berkat ni. Nabi SAW bersabda, lebih kurang "Doa orang2 yang berpuasa diterima Allah sehinggalah dia berbuka puasanya". Baru2 ni dalam IKIM FM pun ada bagitau fadhilat sakit, antaranya:-

1. sakit zahir adalah satu cara untuk Allah SWT menyembuhkan penyakit dalaman kita

2. sakit adalah satu jenis kifarah dari Allah SWT untuk penyucian diri dan jiwa kita

Semua di atas adalah berlandaskan hadis Nabi SAW.

So buat Rahman, byk2 kan amal dan berdoa pada Allah SWT. Semoga Allah SWT sembuhkan sakit isteri tuan. Insyallah.

Wallahu Ta'ala A'lam.

Anonymous said...

Salam,
Kudeng...lama mu tak mari sini. Semlm masa teh tarik, aku dok tanye jugok kat kengkawang kot ada mu kontek... rupe2nya internet problem.

Petang tadi, Raman ada sms beritahu isterinya telah melakukan CT Scan dan hasil ujian tersebut tiada masalah yang dapat dikenal pasti berpunca dari Brain Scan tersebut.

Insyaallah Khamis ini isteri Raman akan menjalani ujian di HKL dengan Pakar Saraf pula.

Anonymous said...

Salam,
Raman ada sms saya malam tadi memberitahu bahawa beliau bersama isterinya akan bertolak ke HKL hari ini (Khamis) jam 7-30 pagi dari Hospital Temerloh dengan menaiki ambulan hospital.

Saya pesan kepada beliau jika isterinya di masukkan ke Wad di HKL harap maklumkan kepada saya nanti.