Tuesday, October 07, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Balik beraya seminggu yang lepas ke Kedah dan Perlis memang menyeronokkan. Sampai semula ke Kuala Lumpur pada pagi Ahad setelah 16 jam berada di dalam kereta dari Kangar sememangnya meletihkan tetapi perjalanan raya tidak membosankan dengan singgah di sana sini dan berkonvoi beramai-ramai.

Di Perlis, seperti tahun-tahun yang lepas masih tidak sempat untuk berteh tarik dengan Walid yang juga berada di sana kerana kami semua tiada kelapangan dengan pelbagai program hari raya. Cuma dalam perjalanan balik bertemu Walid di tengah jalan di Gurun dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur.

Melihat e-mail yang saya terima, terdapat e-mail dari beberapa orang kawan-kawan yang mengucapkan selamat hari raya selain dari menyampaikan khabar. Insyaallah akan saya siarkan e-mail khabar kawan-kawan yang saya terima nanti. Kitang dan Bilal pula ada menghantar gambar-gambar semasa penyerahan sumbangan Tabung Amal budiMaN kepada Rumah Anak Yatim Darul Izzah dan Darul Fikri Kuantan. Malangnya gambar dari Bilal terlalu besar saiznya dan komputer saya sukar untuk download gambar tersebut. Mungkin nanti Bilal boleh kecilkan sedikit saiz gambar tersebut dan hantar semula kepada saya untuk di siarkan. Alhamdulillah sumbangan-sumbangan Tabung Amal budiMaN telah selamat semuanya di sumbangkan kepada tempat-tempat yang memerlukan semasa Ramadhan lalu.

No comments: