Wednesday, October 15, 2008

seMbaNG-seMbaNG

Petang tadi sewaktu memukol bola golf di Bukit Unggul, Slamber Jr ada mengirim sms kepada saya memberitahu harga petrol akan diturunkan sebanyak 15 sen kepada RM2-30 seliter bagi RON 97. Terima kasih kepada Slamber Jr yang sudi memberikan info terkini kepada kengkawan.

Kesan kenaikan harga petrol, bahan makanan dan kini krisis kewangan global di Amerika dan Eropah bagi kebanyakan rakyat biasa sedikit sebanyak turut di rasai. Kenaikan petrol dan bahan makanan memberi kesan secara langsung dalam perbelanjaan harian dan menjejaskan simpanan pendapatan.

Namun kesan krisis kewangan global akibat runtuhnya Lehman Brothers dan Meryll Linch di Amerika dan beberapa bank di UK dan Eropah belum begitu dirasai oleh penduduk di Benua Asia amnya. Kegagalan dalam sistem Subprime Mortgage Loan, merudumnya industri hartanah dan perumahan di Amerika dan UK, keruntuhan Mortgage Backed Securities dan Interbank Money Market (Credit Crunch) sebenarnya akan membawa kesan domino kepada rakyat biasa. Ini terbukti dengan merudumnya pasaran saham di seluruh dunia dan beberapa kesan domino lain yang bakal di hadapi serta tidak dapat di elakkan lagi oleh masyarakat dunia seluruhnya.

Bagi kita di Malaysia, kesan krisis kewangan di USA dan Eropah khabarnya tidak akan di hadapi secara langsung kerana tiada bank Malaysia yang mengambil Mortgage Backed Securities dari USA atau Eropah. Namun kesan hebat domino akibat keruntuhan di Amerika akan secara perlahan-lahan menghinggapi rakyat Malaysia dalam waktu terdekat ini.

Mungkin suasana ekonomi di USA dapat diceritakan oleh rakan budiMaN kita di sana seperti Amir dan Fezah di ruangan komen. Pyan juga mungkin boleh bercerita suasana ekonomi di New Zealand, Mizi di Thailand dan Fadil di Cambodia. Kesan krisis kewangan di USA jika dapat diceritakan oleh Amir mungkin boleh menjadi sedikit panduan kepada kita di Malaysia agar lebih berjaga-jaga kerana domino effects akan bermula di sana dan merebak ke seluruh dunia.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,
Belum selesai dengan krisis ekonomi global, saya lihat berita TV semalam berkenaan memuncaknya sengketa Thailand dan Cambodia yang mungkin mencetuskan peperangan antara ke dua negara jika tidak ditangani segera.

Sempat saya sms kepada Fadil diB di Cambodia bertanyakan khabar beliau serta krisis Cambodia/Thailand dan beliau beritahu di Cambodia masih lagi aman dan harap-harap peperangan tak akan berlaku.

Kalau perang nampaknya Fadil kena balik Malaysia la kot.

Baru teringat Man Troq kini di Jakarta, mungkin boleh cerita jugak keadaan suasana ekonomi di sana. Harga minyak di sana macam mana?

Anonymous said...

Salam,
Nampaknya takde yang nak cerita pasal bab-bab ekonomi ni yer....

Selain blog Ustaz Zaharuddin seperti yang Kitang ada fowardkan kepada rakan-rakan budiMaN, kalau rajin cuba pergi link ni : http://anakbuah.blogspot.com/2008/08/corruption-scandal-in-malaysia.html

Banyak boleh dapat info pasal apa yang berlaku semenjak 1980an di Malaysia.

Dalam blog Dato A Kadir Jasin dalam artikel terbaharu beliau turut menyampaikan kebimbangan yang sama berkaitan ekonomi global dan kesan hebatnya yang bakal menimpa Malaysia.

Skandal pembelian BII oleh Maybank saya sebenarnya dari dulu lagi merasakan akan mendatangkan bala yang besar dan kini di tambah dengan credit crunch, cukup membimbangkan kepada saya yang ada simpanan walaupun ciput jumlahnya tapi rasa macam tak selamat lagi.

Dalam berita radio semalam, saya dengar di UK, keadaan property market yang teruk telah menyebabkan penjual rumah menawarkan, beli satu rumah dapat satu rumah free. Itupun setelah EU berjaya mengumpulkan hampir RM7 trillion untuk bailout beberapa bank di sana yang saya rasakan cuma anggaran semasa sahaja dan sebenarnya masih tidak mencukupi lagi.

Teringat saya pada tahun 1988 semasa Malaysia menghadapi inflasi teruk di mana kita semua baru graduate dan susah nak dapatkan pekerjaan sehingga wujudnya skim SKS untuk siswazah menganggur, kursus taxation suruh kita jadi tax consultant dan macam-macam lagi. Di Seremban, masa tu rakan saya kata ada satu penjual rumah offer beli rumah harga RM70k dapat satu kereta Nissan Sunny baru percuma. Nampaknya kitaran masa berulang semula.

Dengan bermacam2 kontrovesi seperti pembelian BII oleh Maybank dan kes Eurocopter, penurunan pasaran saham, jatuhnya harga kelapa sawit dan getah, serta harga petroleum dunia (menyebabkan Petronas kehilangan hasil) akan tentunya menyebabkan kerajaan akan kehilangan hasil cukai yang banyak untuk tahun 2009 dan pembangunan negara sudah tentunya akan turut terjejas. Mungkinkah keadaan seperti tahun 1988 nanti akan berulang.... tanda-tanda awal sudah mulai kelihatan dan ianya akan lebih teruk lagi kerana wang kertas kini bukanlah disokong dengan fundamental yang betul.

Sama-sama kita tunggu!

Anonymous said...

Salam,
Dari seluruh kerajaan di dalam dunia, Malaysia masih tetap mengatakan bahawa kita tidak akan di pengaruhi oleh krisis kewangan global. Nampaknya Malaysia adalah antara negara yang paling bijak dalam menguruskan ekonomi dan menjadi satu-satunya negara di dalam dunia yang tidak terlibat langsung dengan kesan krisis ekonomi. Mustahil.

Itu bukan pandangan saya tetapi pandangan Tun Mahathir dalam artikel terbaharu blog beliau. Tun sendiri hairan bagaimana Malaysia tidak terlibat.

Hari ini pula TPM mengumumkan bahawa RM5 billion duit EPF akan digunakan bagi menyuntik BSKL untuk menyelamatkan beberapa syarikat milik kerajaan. Duit EPF tu duit siapa agaknya? Bukan duit kita semua ker?

Masalahnya siapa yang hendak diselamatkan. Menyelamatkan syarikat atau menyelamatkan individu yang kerugian teruk akibat kejatuhan saham BSKL baru-baru ini? Kemana duit RM5 billion itu akan pergi...bukankah ianya akan di suntik ke dalam pasaran dan akhirnya akan diperolehi oleh individu yang kerugian tadi. Masalahnya, adakah BSKL akan tidak merudum lagi... adakah ianya sudah sampai ke bottom line... selesaikah masalah dengan RM5 billion itu?

Pada saya biarkan sahaja pasaran saham mengikut unjuran antarabangsa...yang kerugian sekarang bukannya rakyat marhaen tetapi segolongan orang kaya yang giler bermain saham dan ingin membuat duit mudah. Kenapa rakyat marhaen nak selamatkan mereka ini masa mereka susah...mereka sudah cukup kaya dah.

Berbalik kepada kesan krisis kewangan global... mengikut Tun Mahathir, ianya akan tetap memberi impak yang besar kepada Malaysia. Dan saya amat bersetuju dengan beliau.

Dan saya dapat merasakan bank-bank di Malaysia sudah mulai kekurangan aliran tunai. Sebabnya :

1. Semakin banyak ketidakupayaan peminjam membayar credit card payment akibat kos sara hidup yang meningkat (antara salah satu sebab credit crunch di Europe) dan kerana itulah baru-baru ini bank di Malaysia mengenakan interest yang tinggi dari setiap transaksi credit card bermula dari tarikh transaksi dan tiada lagi free interest period selama 20 hari. Itu regulation bank negara kira-kira 2 bulan yang lepas.

2. Semakin banyak kilang-kilang tidak lagi beroperasi overtime akibat kekurangan order untuk ekspot dan ini akan mengurangkan pendapatan pekerja bawahan dan sekaligus mengurangkan daya upaya perbelanjaan.

Apabila kilang-kilang dan industri memperlahankan operasi maka semakin menurunlah perkembangan ekonomi tidak kira di mana. Germany mencatatkan 0% pertumbuhan untuk 2009 dan banyak negara Europe hanya mencatat sekitar 0.2% pertumbuhan yang akan sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi dunia. Tadi saya baca dalam suatu ruangan ekonomi dimana seorang peladang di Sweden memberitahu bahawa harga baja dan racun yang terlampau tinggi akan menyebabkan peladang-peladang makanan di Sweden mengendurkan operasi dan produksi.

Saya rasa 2009 akan menjadi tahun yang amat mencabar kepada ekonomi dunia. Ianya bakal membawa kekurangan makanan dan inflasi yang membawa kemiskinan dan kebuluran.

Percayalah, Malaysia akan turut merasai kesan hebatnya... Wallahualam.