Wednesday, September 17, 2008

pRoGRaM aMaL budiMaN

Petang semalam saya dihubungi oleh Wan Azhar diA untuk memberikan feedback berkenaan program amal budiMaN yang saya bincangkan dengan beliau melalui telefon semasa berteh tarik dengan Bilal, Kitang, Sutok dan Kudin pada malam Isnin lalu. Beliau memberitahu, kesuntukan masa mungkin menyukarkan untuk beliau menguruskan program tersebut di samping kesibukan kerja-kerja yang di lakukannya sekarang. Oleh itu hasrat untuk mengadakan program menerusi beliau terpaksalah di tangguhkan sementara.

Walaubagaimanapun hari ini saya akan cuba lagi untuk memikirkan dan mengusahakan supaya dapat dilakukan suatu program amal budiMaN supaya wang sumbangan dari Tabung Amal budiMaN dapat juga kita serahkan kepada pihak-pihak yang memerlukan dalam suatu acara yang sempurna bersama-sama budiMaN semua dengan berbuka puasa beramai-ramai dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Jika tidak dapat juga di lakukan, mungkin alternatif lain terpaksa di buat dengan mengenalpasti pihak-pihak yang patut menerima sumbangan dan sumbangan tersebut diserahkan secara begitu sahaja menerusi rakan-rakan budiMaN yang berdekatan demi menyempurnakan hajat penyumbang untuk beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semasa teh tarik Isnin yang lepas, Kitang ada memberitahu saya, bahawa beliau seramai 9 orang rakan-rakan di Temerloh telah mengadakan majlis berbuka puasa serta bersedekah kain untuk pakaian dengan Rumah Anak2 Yatim Darul Izzah di Temerloh pada minggu lepas. Majlis itu dibuat secara peribadi oleh Kitang bersama rakan-rakannya. Alhamdulillah, moga dimurahkan rezeki Kitang dan sahabat2nya dengan mengadakan majlis seumpama itu dengan anak-anak yatim.

Ada 2-3 cadangan yang saya ingin utarakan untuk mengadakan majlis seperti yang dilakukan oleh Kitang itu. Walaupun begitu seperti yang saya nyatakan semalam, saya tidak menyangka bahawa sumbangan Tabung Amal budiMaN akan beroleh sebegitu rupa, kalau tidak perancangan awal insyaallah boleh dilaksanakan. Saya menyangka bahawa tabung tersebut hanya akan mencecah lebih kurang RM500 sahaja dan saya rasa bolehlah disalurkan terus dengan menyerahkan wang tersebut kepada pertubuhan anak-anak yatim atau Maahad Tahfiz yang memerlukan.

Kini bila jumlahnya mencecah melebihi RM700 maka saya terfikir pula untuk mengumpulkan sahabat2 budiMaN dengan mengadakan majlis berbuka puasa beramai2 dan di sampaikan sumbangan tersebut kepada yang memerlukan. Semasa teh tarik semalam, nampaknya sebilangan rakan-rakan turut bersetuju. So ada 3 cadangan yang saya ingin utarakan iaitu :

1. Mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah di Temerloh bersama budiMaN dan di serahkan sumbangan tersebut kepada anak-anak yatim itu. Menurut Kitang belanja makan berbuka puasa semasa majlis beliau tempohari adalah RM8 sekepala dan anak yatim bersama staff seramai 35 orang.

2. Mengadakan Majlis berbuka Puasa budiMaN bersama-sama penduduk kampung di Surau Kg Tanjung Belengu, Temerloh dan di sampaikan sumbangan kepada warga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim di kampung tersebut.

3. Mengadakan Majlis Berbuka budiMaN di Kompleks Belia Daerah Maran dan sumbangan amal di serahkan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Semua acara tersebut perlulah dibiayai sendiri oleh budiMaN baik secara catering mahupun dengan bergotong royong memasak oleh orang kampung. Cadangan tempat yang nampaknya banyak berpusat di Temerloh adalah kerana saya memikirkan ianya di tengah2 dan memudahkan bagi budiMaN yang berada di Kuantan atau di Kuala Lumpur untuk hadir. Namun masa dan tarikh juga begitu suntuk dan pada saya sesuai di lakukan pada minggu ke 3 puasa ini iaitu pada hari Sabtu akan datang ini. Pada minggu hadapan pula sudah minggu terakhir puasa dan mungkin ramai yang sudah bersiap untuk pulang ke kampung halaman baik di Utara, Timur, Selatan dan sebagainya.

Walaubagaimanapun hari ini akan saya cuba usahakan sesuatu tetapi penyertaan anda semua jika di adakan majlis seumpama ini amatlah saya harapkan.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum kida

Kak ada memberi sedikit sumbangan (agak terlewat banyak leee dari tahun lepas sebab buzy) dan ada permintaan untuk dibahagikan kepada 3 individu. Setelah membaca blog ni, di sini kak dengan ikhlas & redho zakat kak itu diberikan kepada mana-mana individu yang kida rasa lebih memerlukan dan juga lebih mudah disampaikan. Tak kisahlah nak dibahagi atau kesemuanya diberi kepada satu individu atau mana2 yayasan/badan amal. Maaf kerana telah menyusahkan dengan meletak nama orang-orang yang hendak diberikan zakat kak. Wasallam.

Anonymous said...

Salam Ramadhan buat semua..

Ana ada saranan dan cadangan terbaru. Memandangkan masa agak suntuk.. instead of majlis berbuka puasa why not kita tukar kepada majlis hari raya. 18b. October (Sabtu di Maran atau temerloh). Kalau ada keizinan sahabt BUDIMAN.. ana sedia lead the project dengan mengenal pasti surau, lokasi dan sasaran penerima (sekitar 10 orang) yang terdiri dari mereka yang benar-benar daif termasuk "ibu tunggal" sekitar lokasi berkenaan. Ana cadangkan kita berikan RM100 tunai dan RM 100 bentuk barangan keperluan. Disamping itu kita perlukan perutukan RM500 untuk duit raya i.e RM10 untuk 20 orang kanak-kanak susah dan RM5 untuk 30 kanak-kanak di lokasi@kpg berkenaan Maka jumlah yang diperlukan adalah RM2500. Sekarang ni Kita ada RM1100 dan kita perlukan sumbangan RM1400 lagi. Untuk jamuan, kita collect RM20 satu kepala dan kita buat juga pot luck.

Perlukan sokogan para sahabat untuk menjayakan majlis amal idilfitri budiman ini.

Harap beri feedback.

Wslm

Anonymous said...

Salam...Majlis/slot untuk berbuka puasa di rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah,Temerloh tu dah fully booked.
Bilal...pada pandangan koi,seelok-eloknya kita buat majlis/aturcara tu di bulan Ramadhan yang mulia ni.
Sehabis ringkas majlis,kita sampaikan sumbangan wang tunai kepada mereka yg memerlukan...

Anonymous said...

Salam,
Kak NJ, terima kasih kerana menyumbang dan hasrat Kak NJ, insyaallah akan saya usahakan dalam bulan Ramadhan ini juga.

Bilal dan Kitang,
Saya sebenarnya turut bersetuju dengan pandangan Kitang agar sumbangan yang diterima sebaik-baiknya kita salurkan dalam bulan Ramadhan ini juga kerana fadhilatnya yang berganda dari bulan2 yang lain.

Insyaallah, jika program berbuka tidak dapat dilakukan, saya akan berbincang dengan anda semua (harap jika ada pendapat dari kengkawan yang lain turut di alu2kan) caramana kita akan salurkan sumbangan tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan di bulan Ramadhan tahun ini juga.

Pandangan saya ada 4 pihak yang saya rasakan patut menerima sumbangan ini antaranya iaitu :

1. Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan
2. Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Temerloh
3. Maahad Subang Jaya tempat anak Kudin belajar yang mana pembiayaan hasil sumbangan orang ramai.
4. Raman Kerbau dbS yang telah tiada mata pencarian tetap dan kini hilang mata pencarian akibat isterinya terlantar di hospital.

Untuk Apamz pula, saya rasakan sumbangan yang beliau terima setakat ini walaupun tidak mencukupi tetapi sudah di buat melalui budiMaN dan juga pihak-pihak individu, oleh itu, saya rasa biarlah baki sumbangan ini diserahkan kepada pihak-pihak lain yang memerlukan pula. Mungkin di lain masa nanti kita boleh lagi menyumbang untuk Apamz pula.

Pandangan saya dengan jumlah RM1,250 tersebut jika di bahagi2kan samarata iaitu 2 maahad dan Darul Izzah kita sedekahkan RM350 setiap satu dan Raman kita sedekahkan RM200.

Sumbangan tersebut saya rasa bolehlah diwakilkan kepada Bilal untuk Maahad darul Fikri Kuantan, Kudeng untuk Maahad Subang Jaya dan Kitang untuk Darul Izzah dan Raman Kerbau.

Kutipan sumbangan untuk tabung ini kita akan tutup sehingga Ahad ini dan segala sumbangan terkumpul akan dibahagikan mengikut nisbah di atas. Jadi harap kepada kengkawan yang ingin menyumbang agar segera berbuat demikian.

Jadi itu pandangan saya... harap maklumbalas dari kengkawan yang lain.

Anonymous said...

Salam....
Alhamdulillah...ana fikir pandangan Kida tu amat baik sekali dimana kita pun dah kesuntukan masa.
Jom kengkawan yg lain!...sumbangan anda amat2 dihargai. Ramadhan pun dah masuk penghujung 10 kedua (terharunya ana...)

Anonymous said...

Salam semua,
Ummi setuju dengan Kida, seeloknya sumbangan dan hajat kita semua ni dibuat dalam bulan Ramadhan ni juga. X kesah lah cara mana..kalu xsempat nak wat majlis, kita sampaikan je ke tempat2 (rumah anak2 yatim dan Mahaad Tahfiz) yang disebutkan. Now, untuk Apamz rasanya kita skip dulu...nampak yang benar2 susah sekarang, Raman lah..sian jugak kat anak2 dia nak beraya sedangkan mata pencarian Raman dah tertunda sejak menjaga isterinya sakit ni..

Tahniah Kitang, dah berjaya juga buat majlis amal kat Darul Izzah tu dalam Ramadhan ni..Jeles jugak dengar ni...harap Budiman diluangkan masa dan dapat melaksanakan program yang dirancangkan ni..

Eloklah kita percepatkan sempena bulan penuh berkat nih!..takut x kesampaian hajat yang menyumbang. Kalu nak tambah sumbangan pun masih ada masa lagi kan..

Cadangan Bilal tu baik juga, tapi rasanya boleh kita fikirkan kemudian nanti..insyaAllah..

Anonymous said...

Salam.. pada awalnya saya pun beranggapan sama seperti Kitang dan Kida. Cuma kebimbangan saya.. masa dah terlalu suntuk. Memang terlalu suntuk. Kita tak nak buat program sekdar buat atau melepas kan batuk ditangga. Beramal dalam bulan ramdahan mahupun syawal.. pada pandangan peribadi sama je.. mah cadangan saya tersebut objektifnya sama cuma dapat dibuat dengan lebih sempurna kerana punya tempoh masa yang agak fleksible. apa pun saya tak yakin kita mampu buat dalam masa yang terdekat. Contohnya hari ni dah khamis...

Namun saya ikut je padangan ramai..
Wslm

Anonymous said...

Berita terbaru.. somebody dari masjid at taqwa ada menghubungi ana sekiranya bermnat nak menganjurkan majlis amal eidulfitri. Tapi since kita nak juga berikan sumbangan pada mereka yang terlibat dalam bulan ramadhan.. ana KIV perbincangan dengan mereka. However.. jika masih berminat nak menganjurkan program berkenaan harap beritahu supaya ana boleh teruskan mengatur perancangan dengan mereka. Wslm

Anonymous said...

Kida,

suami saya ada nak bagi zakat dan fidyah untuk anak2 yatim. saya bagitau dia yang kida nak bagi kat Darul Izzah Temerloh dan Sekolah anak yatim di Rusila. dia ada tanya pagi tadi. nanti saya suruh dia call Kida

Anonymous said...

kida,
Kwn tak kisah....dan teramat bersetuju supaya baki sumbangan diberikan pulak kepada yang lebih memerlukan spt raman kerbau. $ sumbangan yang diterima aritu lebih dari mencukupi, malah boleh di carry fwd utk keperluan raya pulak. (Sekali lagi TERIMA KASIH banyak2).
Kwn mengikuti perkembangan blog ni setiap hari & kwn tetap menyokong apa saja program yang bakal dijlnkn, tapi dalam jangkamasa terdekat ni kwn rase memang tak dapat nak join... lebih2 lagi miza & baby dibawah jagaan kwn 100%, sminggu je berpantang di Kg Luit, pastu kwn bawak balik ke sini terus,,, ada laa sebabnya...
Cadangan kwn satu je... Kalau Isteri raman kerbau dah sihat dan pulang kerumah, bolehlah kita buat majlis berbuka kat rumah raman sepertimana majlis kat rumah kwn pada ramadan yg lepas... tapi masalahnya dia masih lagi kat spital.
Semoga Isteri raman cepat sembuh

Anonymous said...

Salam Apamz,
Baby dgn Miza dah balik Balok yer... Moga2 semuanya berada dalam keadaan baik dan sihat sejahtera. Apa2 pun Apamz kalau ada sebarang berita, kalau tak sempat nak beritahu melalui blog, roger2 lah kengkawan di Kuantan atau koi kat KL ni anytime.

Kirim salam kepada Miza dari budiMaN dan peluk cium untuk Aqeela.