Wednesday, September 24, 2008

potLucK beRbuka poSA

Alhamdulillah, kira-kira jam 11-00 malam tadi saya bersama Charlie Koy diB selamat tiba ke Kuala Lumpur dari Chenor setelah menghantar Raman dan isteri beliau, Puan Kamisah pulang ke rumah mereka di Kg Baru Chenor. Keadaan isteri Raman nampak jelas ceria dan segar walaupun pergerakan beliau masih lagi perlahan dan nampak lemah. Pertuturan lebih jelas dan beliau boleh makan dan minum secara normal kini. Walaubagaimanapun beliau masih perlu untuk menjalani rawatan susulan di HKL dan Hospital Temerloh dengan beberapa appointment yang di jadualkan dalam bulan Oktober dan November nanti.

Saya bertolak dari HKL lebih kurang pukol 2-30 petang dan terus ke pejabat Charlie Koy untuk bersama-sama beliau ke Chenor. Kami sampai di Chenor lebih kurang pukol 5-00 petang dan kemudian saya bersama Charlie dan Raman berbuka puasa bersama-sama di Restoran tepi sungai di bandar Temerloh. Setelah selesai berbuka puasa lebih kurang pukol 9-00 malam tadi kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai jam 11-00 malam di Wangsa Melawati berhampiran pejabat Charlie.

Cadangan Apamz seperti di ruangan komen di bawah untuk mengadakan acara berbuka puasa secara PotLuck di Chenor bersama-sama Raman Kerbau saya rasakan satu idea yang sangat baik. Cuma malangnya saya sememangnya tidak dapat bersama kerana pada hari Ahad malam saya akan berlepas ke Kedah/Perlis untuk berhari raya di sana. Namun begitu saya rasa kalau ada pihak yang sanggup organise acara ini, insyaallah akan boleh di lakukan terutama kepada rakan-rakan budiMaN yang sudahpun berada di Pahang pada waktu itu. Yang perlu di lakukan hanya menghubungi Raman Kerbau ( saya pun akan inform beliau nanti) dan beritahu beliau bahawa rakan budiMaN akan berkunjung berbuka puasa dengan membawa makanan dan tidak perlulah beliau menyediakan apa-apa. Rumah Raman bersebelahan sahaja dengan rumah emak beliau dan saya akan minta beliau mengadakan acara ini dirumah emak beliau yang mempunyai laman dan ruang yang lebih luas dan saya rasa sangat selesa jika PotLuck ini di adakan.

Semasa menulis artikel ini saya sms Raman dan beritahu beliau perkara ini dan beliau kata ok dan sangat berbesar hati dengan kesudian rakan-rakan untuk berbuka puasa dan mengunjungi beliau sekeluarga. Beliau juga bersetuju dengan cadangan saya seperti di atas. So kini tinggal siapa yang nak jadi Chief untuk lead organise. Chief ni pun bukan apa, supaya siapa yang nak pergi tu dapat kontek beliau dan beritahu berapa ramai lebihkurang yang nak datang dan apa makanan serta berapa banyak lebihkurang untuk dibawa ke PotLuck tersebut. Nak mintak Apamz jadi chief takut dia tak sempat plak nak handle Miza dan baby baru lagi serta nak berniaga di pasar malam lagi.... kesian la kat Apamz.

Tapi geng yang balik Temerloh atau akan melalui pekan Temerloh untuk balik kampung ni ramai saya rasa. Arash, Lan Kentei, Jepun, Shema, Mat Dwan (aki), Antu, Ummi, Kitang, Bilal (kalau dia tak balik Johor la), Zambran, Sidi, Wan Azhar, Charlie dan ramai lagi la rasanya. So mungkin boleh pakat-pakat kot. Apa-apa pun saya serahkan kepada anda semua. Saya rasa terkilan jugak tak dapat hadir tapi nak buek camno... tahun ni turn kodah/perelih chek oiii. Kami sekeluarga pun dah lama sangat tak balik sana sekeluarga.

14 comments:

Anonymous said...

salam.
kpd mereka yg nak pegi potluck kerumah raman..bole dafterkan nama atau email kat syed.hamid@sphairon.com(aka walid).
or call 017-2525800.actually walid xder ari sabtu ni n mayb ahad pun.Sbb berada di kg sebelah pak mentua di titian bitangor...doket rombau.jadi walid bukan la chief ya...sekadar memenuhi hajat saja.Jadi sesapa yg nak pegi or mayb on d way lik kg kepahang dan yg berdekatan bole la bagi nama kpd walid. If walid pegi pun mayb sorang je n balik hari sbb mon nak lik perliiih gak cam kida. IF tak mayb tuesday.

Anonymous said...

Bukan apa..sekadar tolong uruskan je.Makanan terbuka.bawak la apa saje (asalkan halal yek..)dan kehadiran warga BUDIMAN yg lebig utama demi semangat ikatan persahabatan kita seme.Aturcara mayb camni. Terus pegi kerumah raman or ibu beliau.(walid pun x penah pegi uamh raman..)jadi kpd mrk yg tau jln or peta sila war2kan.thks.Berkumpul umah raman n berbuka disaan dan ehadiran tu biarlah awal supaya kita dpt menyiap n menyajikan juadah berbuka bersama2.so ada idea kul brapa kita patut berada diumah raman?...sila kasi idea n nama kpd mrk yg ingin menyertai potluck pada hari Ahad ini (28/9/08) spt komen pertama tadi.Diharap dpt kekiranya rakan BUDIMAN memeriahkan lagi majlis ini disamping balik kampung. InsyaALLAH.....

Anonymous said...

Salam..
Ummi mohon maaf terlebih dahulu kerana x dapat nak join majlis ni sebab still kerja hingga Isnin. Malam Isnin (lepas tarawih) atau pagi Selasa baru balik Temerloh (Kg Awah)..Lagipun anak2 Ummi (abanglong n kakngah) balik dari U masing2 hari Jumaat dan Sabtu ni, siap pesan nak berbuka dengan masakan maknya ni haa..sian pulak kan..siap order macam2 lagik!

InsyaAllah, Ummi akan cuba bertandang ke Chenor nanti semasa bercuti hari raya di kampung...

Apapun, diharap cadangan potluck berbuka puasa ni berjaya.

Anonymous said...

salam.
setakat ni..hanya apamz n famili yg confirm .Diharap rakan2 budiman yg lain sudi bersama2 dimajlis itu nanti.

Anonymous said...

kida,

weekend ni (sabtu & Ahad) saya berada di Alor Star. Kalau hang ada di Kedah/Perlis time tu, boleh la kita berbuka puasa atau teh tarik. Saya masuk semula ke Songkhla ptg Ahad dan balik cuti raya ke Johor pada hari Selasa atau Rabu. Anyway, which part of Kedah/Perlis u akan beraya.

mizi

Tajam-tajam said...

Salam, kpd siapa yg ada kelapangan jom kita sama2 hadir..kalu idak pun hulur mana2 yg patut...AGAK_AGAK le..jg uzurkan

Anonymous said...

Salam,
Walid.. Koi dah sms kat Raman Kerbau dan dia mintak awak beritahu dia nanti berapa orang nak datang.

Rumah Raman ni kalau dari Temerloh ikut jalan lama nak ke Maran, sampai simpang Chenor (belah kanan kalau dari Temerloh selepas Kg Awah), masuk simpang Chenor terus sehingga sampai Kg Baru Chenor dan rumah dia sebelah kanan. Ianya kira-kira 2 km dari simpang jalan besar tadi. Landmark dia koi tak berapa perasan, mungkin nanti Walid boleh confirm dgn Raman dan siarkan kat komen sini then koi boleh paste jadi atikel nanti pada hari Jumaat.

Harap2 mana2 kengkawan yang sudah bercuti dan berada di Pahang tu mungkin boleh meramaikan lagi. Sila berhubung dengan Walid seperti no phone diatas untuk kita buat headcount berapa ramai yang nak datang.

Kalau dulu mungkin ramai tak tahu siapa penoreh getah dan ada beberapa kerat tu siap marah kat saya lagi sebab tak beritahu dan beriya2 benor nak tahu, saya rasa inilah masanya untuk anda tunjukkan keikhlasan hati anda dengan menziarahi beliau sendiri, berjumpa dan melihat sendiri keadaan beliau dan keluarga serta kediamannya. Jangan pula kata sebab tak kenal Raman Kerbau ni dan bukan kawan baik anda masa kat ITM dulu, anda tak sudi pulak. Saya nantikan tindakan anda (lebih2 lagi anonymous yang beriya2 sangat hari tu dan tolong jangan setakat berkokok berdegar2 jer)

Anonymous said...

Salam Mizi,
Saya cuma akan bertolak ke Kedah pada Ahad malam dari KL. So rasanya tak sempat nak jumpa dan berbuka puasa. Kat Kedah pun saya akan berada di Kulim sampai hari Khamis dan bertolak pula ke Kangar dan stay sampai Sabtu sebelum balik ke KL. Nampaknya kita berselisih tengah jalan saja laa. Mungkin ada masa yang lain insyaallah kita akan ketemu.

Anonymous said...

salam.
ok spt kata kida...call/sms or email..ke walid utk penggesahan kedatangan.Tp if ada yg last minit nak dtg pun dialu2kan.Setakat ni yg confirm dtg :
1.Apamz n Famili
2.Kitang n geng
3.Walid (mayb dgn geng buat tteman nak balik KL mlm tu)
Dan jgn lupa POTLUCK nya tau...bawwak sekadar yg mampu n jgn membazir sgt.Semuga majlis ini dpt dimeriahkan lagi bersama warga BUDIMAN.

Yang mewakili ..Walid

p/s Geng tu maksudnya anak-anak...bukan "Teman Tapi Mesra" tau

Anonymous said...

Salam Kida,

next time hang bercuti lagi ke Kangar, kita main golf di Putra GC. Kalau ada pasport, kita pukul kat Southern Hills Hatyai, saya belanja.

Anonymous said...

salam mizi..
koi kkat kangar gak..tak main golf bole blanjer gak ke?...
hehehe....

Anonymous said...

Salam Mizi
Worait... nanti kalau balik kampung gua roger lu. Southern Hill gua pernah main jugak la dulu kira-kira 2 tahun lepas.

Walid, padang besar pun meriah jugak... banyak benda nak shopping... Danok, barang lagi mahal dari Padang Besar. Nanti koi belanja awok Nasik Ganja yer.

Anonymous said...

woi,woi,woi... potluck apa crita...

Anonymous said...

Salam Walid dan Kida,

belanja no problem, hang sampai je kangar sms gua. Padang Besar, Bkt Kayu Hitam, Danok dan Kangar tu kira gua punya area. Tak brapa jauh dari Songkhla, cuma 1 jam je. Kalau tak bawak pasport, gua boleh kautim dengan imigresen kat checkpoint. Tapi raya ni dari 1-6 Oktober gua takde kat sini, balik Johor. Anyway, sampaikan salam saya kepada Raman.

Kida, kalau pergi Danok jgn lupa beli mercun bateri KLCC 9 das, cuma RM14 je.