Tuesday, November 02, 2010

sK piNdah keJe


Mulai semalam 1hb November 2010, isteri saya Mahanim telah berpindah kerja daripada Prudential Assurance ke Syarikat Takaful Malaysia Berhad di Dataran Kewangan Takaful. Sepatutnya beliau berpindah pada 1hb Januari 2011 tetapi STMB bersetuju membayar 3 bulan notis gaji beliau kepada Prudential supaya beliau dapat berpindah segera. Kalau di Prudential dia jaga IT Department sebagai IT Head, kini berpindah ke STMB kena jaga Operation Family/Bancatakaful, suatu bidang baru katanya.

Ramai jugak staff katanya. Bilik cantik dan siap ada sofa dan rupa-rupanya ada private toilet. Boleh cari idea dalam toilet...haha. First day balik tadi pun mengadu masalah macam2 kat ofis baru...haha..dugaan beb.

Semenjak Bank Negara mengeluarkan 4 lesen baru syarikat takaful pada bulan lepas, bermacam-macam tawaran dan usaha untuk menarik eksekutif2 insuran ke syarikat baru. SK pun katanya ada tawaran lagi tapi wait n see dulu. Itupun masuk STMB ni kena bonded setahun atau kena bayar pampasan bonded untuk resign.

Semoga SK di permudahkan dalam segala urusan pekerjaan dan akan sentiasa sihat dan sejahtera selalu. Amin.

4 comments:

ummi said...

Salam SK,
Waaaah rindu betul lama x jumpa n dgr berita...Selamat bertugas di tempat baru dengan suasana n staff baru dan semoga segala urusan kerja dipermudahkan dan rezeki bertambah2...amiiinn...

Fuad said...

Lan tu gambar selepas Mbah Maridjan mati ke?

KiTanG said...

Tahniah Anim...

walid said...

Salam
Tahniah buat SK...smuga dilimpahkam rezki olehNYA