Tuesday, November 23, 2010

peRteMuaN saLasiLah

Sabtu lepas bertempat di Inderapura Resort, Pekan Pahang telah berlangsung Hari Keluarga Keturunan Pengiran Sura Negara Pengiran Anak Badaruddin. Saya sekeluarga telah bertolak dari Kuala Lumpur pada pukol 8-00 pagi dan setiba di Kuantan saya bertemu dengan ayah dan adik beradik saya yang menunggu di simpang Pekan dimana kami semua meneruskan perjalanan ke Inderapura Resort, Pekan.

Majlis bermula pada pukol 12-00 tengahari dan saya anggarkan seramai lebihkurang 2,000 orang telah hadir dari seluruh Malaysia dan Brunei. Ramai yang saya tidak kenal cuma ayah saya memang dikenali oleh ramai orang dan saudara mara dan sempat saya berkenal-kenal dengan mereka semuanya. Sempat juga bertemu dengan Charlie Koy diB yang juga hadir dengan keluarganya.

Pertemuan julung kali setelah 164 tahun anak-anak Pengiran Sura berhijrah ke Pahang dan salasilah keturunan di bahagikan mengikut anak-anak beliau yang berada di Pahang. Pencarian susurgalur keturunan yang di adakan saya rasa agak kurang berkesan kerana jetiadaan orang tua-tua yang kebanyakannya telah meninggal dunia untuk mengenalpasti susurgalur yang tepat. Walaubagaimanapun penyelidikan selama 10 tahun yang dijalankan oleh penganjur untuk mengenalpasti salasilah ini saya rasa patut di berikan penghargaan yang tinggi.

Saya sendiri sebenarnya kurang pasti susurgalur yang tepat kerana saya rasa ianya bertentangan dengan salasilah yang pernah saya lihat semasa kecil-kecil dahulu di rumah Arwah datuk saya di kampung Temai, Pekan, Pahang. Malangnya salasilah di rumah datuk saya telah tiada lagi dan saya tiada rujukan untuk membuktikan ketepatan salasilah tersebut.

Walaubagaimanapun saya berasa amat puashati hadir di majlis salasilah Pengiran Sura ini kerana sekurang-kurangnya saya dapat mengetahui bahawa salasilah keturunan saya ada berkait dengan Pengiran Sura.

12 comments:

waleed said...

salam
semuga semua keluarga anda diberkati...amin

p/s walid nak kene check gak susur galur nie...nantikan susuran waleeeddd...

iezu said...

salam..waris..saya pun ada disana waktu itu.. saya dari jurai panglima hitam dan jurai siti..

LaN kidA said...

salam,
Ye la ari tu ada nampak jugak mcm kenal tapi tak berani nak tegur takut salah org.

Haha...sedaramara jugak rupanya. Saya dari jurai Sharifah sama dgn Charlie diB.

Walid...susurgalur awok dari Arab nu...jauh nak nyusur tu.

walid said...

salam

mmg jauh susur galur tu....dari hadramaut , yemen.

apamz said...

Menurut aki koi. koi berasal dari Amin Tun Derma Putra (To'Imam Bayan), To'Lengeh, To'Hasan, To' Muda Deris.

Aki koi semaasa dia sihat, sorang2 merantau sana sini jumpa sedara mara & buat kajian susur galur... sehingga dia menerbitka satu buku susur galur yang di beri tajuk "Sianu Anak Siapa"

Waris yg paling muda sempat dicatatkan dlm buku tu ialah anak koi Shafiq (cicit dia yg pertama). lepas tu dia mula uzur & setakat tu ajelah kajian dia. Dia meninggal tahun 26/3/2006 pada usia 95 tahun

LaN kidA said...

Walid,

Kalau mcm tu kena nyusur kat Restoran Hadramaut kat KLCC tu dulu belanja kengkawan...haha.

Pamz, tu la, koi salute betul org mcm aki awok tu sbb nak buat susurgalur ni makan masa dgn kesabaran..tu belum kira kosnya lagi.

Anonymous said...

Yo, if you're looking to get some video production work done or you need to [url=http://shootavideo.net]shoot a video[/url], give us a hollar: (404) 865-1501

Ummi said...

Salam Lan, waaaaaaaaaa..akhirnya berjumpa jugak dengan puak2 or waris2 yang ingin dikenali....tahniah kepada penganjur yg bersusah payah mengatur segalanya...Moga silaturrahim berpanjangan.

karami said...

salam. Kalau boleh post la cerita 'siapa pengiran sura'? Dari keturunan kerajaan sulu (suluk..ikut slang daerah) kan ia?

LaN kidA said...

Salam,

Syed, insyaallah nnt kalau ada maklumat lengkap kita story2 sini ye.

Anonymous said...

salam,
bEst jgAk ek klAw tiAp2 tAOn wt cmnEy..bwU lArh syE tAw btpE bEsOrnyE wAris n kEtUrUnAn kuArgE syE..xsngkE btOl..mUlE2 xphM gAk npEw rmAi sGt oWg yG xkNl..hUhU..

Mazru Majid said...

assalamualaikum

mudahan andai ade lg info mengenai susur galur ni boleh la di emailkan kpd koi di mohd.mazru@gmai.com