Monday, November 08, 2010

aMin dsS baNJiR


Keadaan banjir di utara terutama di Kedah dan Perlis mengakibatkan ramai yang terpaksa berpindah kerana kawasan kediaman mereka di naiki air. Kebanyakannya tidak sempat menyelamatkan harta benda dan ramai yang terpaksa berlindung di rumah saudara mara atau di pusat-pusat pemindahan banjir. Kerugian harta benda saya rasa amat besar jumlahnya.

Tidak terkecuali malapetaka tersebut turut menimpa sahabat budiMaN kita iaitu saudara Amin dsS di rumahnya di Kedah. Kesemua harta benda beliau di dalam rumah musnah tidak dapat di selamatkan dan kabarnya kerugian melebihi RM30,000. Namun begitu beliau bersyukur kerana semua ahli keluarga beliau selamat dan ketika ini beliau menumpang di rumah kakak ipar beliau.

Saya menghubungi Amin siang tadi dan memberitahu beliau bahawa ada rakan-rakan yang ingin menghulurkan bantuan. Beliau rasa terharu dengan keprihatinan rakan semua walaupun pada mulanya beliau agak keberatan memberikan no akaun bank seperti yang saya minta kerana segan dengan rakan-rakan. Saya beritahu beliau supaya tidak perlu merasa segan kerana niat rakan semua adalah ikhlas untuk membantu meringankan sedikit beban beliau.

Oleh itu kepada rakan budiMaN atau sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan bantuan kepada Amin, silalah bank in ke akaun Bank berikut :

Bank : EON Bank
No Akaun : 2033200000617
Nama : Aminudin bin Sirajudin
No Telefon : 0124085649

Saya juga ada menghubungi Amy Jarr dpA tadi dan beritahu beliau tentang rancangan saya mungkin untuk pergi sendiri bertemu Amin di utara dalam 2 minggu lagi jika keadaan mengizinkan dan Antu pun nak ikut sekali. Mungkin boleh ajak Charlie sekali dan sesape lagi yang nak pergi.

2 comments:

ummi said...

Salam...
Alahaaiii baru baca entry nih...baru call Amin...terharu dengan musibah yang menimpa...dugaan dan sesungguhnya ada hikmah disebaliknya. Harap Amin banyak2 bersabar...Anak Ummi, Najwa pun hari tu duk kat rumah sewa area Uitm Arau pun terputus bekalan air 3 4 hari gak, 2 hari x mandi kehabisan air, kawasan dia terkepung wpun x kena banjir, dah la tu..musim semester exam lgk...bingai kepala nak jawab exam katanya x mandi...air takat2 nak "bercebuk" je la..tp now dah ok laa..malam sabtu lepas dah ada air yg amat keruh...sian anakku..huhuu

karami said...

Aku baru call Amin... No yg aku dpt dari blog nih. Sabar Amin. Kita pakat2 bantu yer!