Tuesday, March 30, 2010

aPaMz miNta tOLoNG

2 hari lepas saya sempat berbual dengan Apamz menerusi facebook. Dia minta saya siarkan kat blog berkenaan satu perkara. Katanya minggu ini assistant beliau yang membantu beliau berniaga di pasar malam tiada kerana terpaksa pulang ke kampung. Oleh itu beliau meminta kepada sesiapa anak kengkawan budiMaN ke atau budiMaN sendiri sesiapa yang boleh membantu beliau untuk beberapa jam sahaja untuk 2 hari yang kritikal. Ini kerana beliau kata kalau tiada assistant pada hari kritikal tersebut, beliau tidak dapat menjengok dan melihat keadaan Miza di dalam van bersama anak ke 2 beliau. Beliau bimbang terjadi peristiwa di mana Miza di ragut rantai lehernya seperti yang berlaku tidak lama dulu. Hari-hari kritikal itu menurut Apamz ialah Khamis ini antara jam 5-30pm hingga 7-30pm di Bukit Sekilau. Hari kritikal lain ialah pada Sabtu antara jam 7-30pm hingga 9-30pm di Sg Isap. Kalau kat KL ni mungkin ramai yang boleh bantu Apamz tetapi saya harap ada rakan budiMaN di Kuantan dapat membantu Apamz kalau tak boleh lama pun..untuk waktu-waktu kritikal itu sahaja pun dah memadai.

14 comments:

apamz said...

Salam semua,
Terima Kasih Kida sbb sudi menyiarkan permintaan kwn yg tak seberapa ni...

Waktu2 yang disebutkan tu ialah time "tak menang tangan". Kalau handle sorang2 memang jem. Kadang kadang customer pun lari sbb lama sgt menunggu.
Bukan tolong apa... tolong bungkus2 & jadi cashier pun jadiklah. Mende2 tulah yg selalunya melambatkan kerja kalau handle sorang2.

Harap mana2 member kuantan dpt membantu

Terima Kasih.

Ummi said...

Salam..
Alahaiii Apamzz, sian la pulak dengar..Ummi xda pulak anak bujang kat rumah...Kalau terkena time cuti leh gak suh pi tolong sambil2 dpt hirup ice blended Apamz, hehe...Xda pulak la kenal anak2 orang lain yg boleh tolong Apamz...time maghrib lak tu kan..

apamz said...

Thks Ummi sbb ambil berat...
Nampak gayanya untuk hari ni saya terpaksa "bercuti" jugalah. Sbb tapak harini van kena park jauh, tak boleh park kat belakang stall spt biasa (ruling baru).
Esok & lusa belum tau lagi

LaN kidA said...

Salam Pamz,
Tu la koi rasa kalau awok ni kat KL , insyaallah ramai yang boleh tolong Pamz...maybe kat Kuantan tu ada susah sikit la.

Macam geng pompuan kita tak boleh nak kata apa la sbb semuanya di tangan suami kalau nak buat sesuatu baik nak nak menolong orang sekali pun.

Tapi geng lelaki...susah nak cakap la kan.. cerita banyak pun tak kemana. Mungkin banyak dah jawatan besar2...takat nak berpeluh kat pasar malam tu mungkin ada yang jatuh standard agaknya.

Yang banyak2 selalu singgah sini beri komen bergelak sakan pun diam jer bila artikel minta tolong macam ni. Kurang2 kalau tak boleh tolong...tolong bagi idea camne nak tolong Apamz pun...ada la jugak sumbangannya.

Koi pun lama dah perasannya...kalau artikel panas bergelak sakan...ramai la datang bagi komen...tapi kalau artikel minta tolong...kerja amal...Abg Jem ke..Juragan ke..Tamarulan ke...hilang terus.

Kurang-kurang kalau ada yang boleh tumpangkan anak bini Apamz kat rumah dia orang pun masa dia berniaga waktu kritikal tu pun ada la jugak ihsannya...ni semuanya senyap terus ni...mana la sifat keprihatinan budiMaN ni.

budiMaN ni untuk bergelak sakan je ker? budiMaN ni untuk gathering2 jer ker? budiMaN ni untuk rodong2 yang senang lenang jer ker?

Apa cerita lu orang ni beb?

walidzzz said...

slm. panaz....panaz.... Apam niaga carik rezki kl la puloq...

apamz said...

Walidzzz,
Kalau g KLz takkanlah aku nak niaga pasar malamz lagi.... kurang2kerja pangkat managerz, gaji mesti 10k ke atasz, baru setaraf.... baru org tak seganz nak tolong.... hehehehe..zzz

apamzzz said...

Arini aku gi jugak niaga sorang2 kat Indera Mahkota, baru 100 cups, rasa mcm nak mampos dah.... besok sg Isap kalau cuaca baik, boleh mencecah lebih 200 cups! Hadooooi tak boleh aku bygkan camner......

saper nak tolong aku ni....huhuhuuuu

abgjemm@gmail.com said...

Salam semua..,

Abgjemm sebenarnya pasrah bila merenung tulisan bro kida kita... terkesima seketika.., bagi abgjemm blog bro kida ni among yg terbaik ada unsur jenaka , berita dan kisah rakan2.., sangat2 interaktif dan informatif.., tahniah bro..,

Cumanya berkenaan perkara apamz ni, tak tercapai tangan nak membantu mungkin.., well secara dasar kita akan ada simpati dan perihatin, almaklum kita sama2 belajar, sama bilik mungkin di asrama remaja atau bahaman atau bkt sekilau.., kita dah lebih dari rakan sebaya malah seperti adik beradik.., apa yg menjadi persoalan, pabila masing2 mengemudi kehidupan masing2 dgn haluan sendiri.., memang banyak dugaan dan rintangan dan perkara2 inilah yang mendewasakan kita sebenarnya...

Apa yang lebih penting yg abgjemm ingin utarakan adalah soal kefahaman atau understanding antara kita semua, abgjemm tidak rasa blog ini tempat utk bergelak ketawa sahaja.. sebab the concept of sharing and caring is still alive... dun worry bro

Abgjemm@gmail.com

LaN kidA said...

Salam,
Terima kasih Abg Jem...semangat macam tu la yang kita ndak... kita bukan sahaja boleh bergelak sakan sampai tergolek2 tapi kita juga prihatin apabila tiba masa keprihatinan meminta.

Sumbangan amal jariah ni bukan sahaja dengan kederat, wang ringgit dan buah fikiran. Menunjukkan keprihatinan pun dah satu dari sumbangan yang amat di hargai oleh rakan yang kesusahan.

Bayangkan kalau artikel ni menerima 100 komen menunjukkan keprihatinan kita semua...dah tentu rakan yang kesusahan itu pun rasa dirinya tak terpinggir dan masih ramai rakan yang mengingatinya walaupun di saat beliau kesusahan. Tapi kalau kita semua menyepikan diri tatkala beliau di landa kesusahan sebegini...dah tentu lah dia merasakan rakan2 semua tidak menghiraukan langsung akan kesusahan beliau itu.

berbudi melalui budiMaN.
Beramal, berbudi dan bersilatulrahim.

TAK ADA GENG said...

Buat manusia bernama APAM
Apabila berbicara pasal apam ini hati agak tersentuh melihat ketabahan beliau menjaga keluarganya.semoga Allah permudahkan segala perjalanan hidup keluarga apam.Bykkan bersabar.

Tolong menolong.
Usahlah kita persoalkan usaha tlg menolong ini.Mungkin setiap org ada masalah masing2. Alhamdullilah jika dpt menolong tetapi jika tiada org yg menolong jgnlah pula melenting. Yg pasti hanya ALLAH yg dpt menolong hambanya. Ingatlah padaNYA selalu diketika susah dan juga senang.

Sedikit cuitan.
Jika geng ktn tak dpt membantu, apakata geng KL turun ktn. Mungkin dr jamming di opis sutok apakata sekali sekala jamming diktn.Boleh juga bantu apam.

Imbasan
Dulu ada juga plan nak bantu apam cari modal permulaan utk cari maid. Dan kalau tak silap utk gaji bulanan apam boleh sediakan. Mungkin dgn ada maid,apam tak la pening sgt dgn businessnya.

Kita ada DBS, DIA, DIB, DPA, DSS. 1 course ada 30 org. 5 kos x 30= 150 org. Katakan 50 org sanggup bantu rm 150 seorang = 50 x 150= rm 7500.Rasanya dah cukup cover kos permulaan. Kida mungkin arif pasal ni.Plan ni mungkin bole bawa berbincang dgn apam dan dipertimbangkan semula.

Akhir sekali bykkan beramal,berdoa, berusaha dan bersangka baik.

Juragan said...

Assalamualaikum,

Satu ungkapan yang amat besar ertinya iaitu mengucapkan salam sejahtera umat Islam kepada saudara sesama Islam.

Terkejut jugak aku membaca tulisan Kida ni, maklumlah tersenarai nama aku kenapa tak menjenguk blog ni, memberi maklum balas tentang saudara apamz ni.

Taklah seperti yang saudara kida bayangkan, akhir sekali aku menjenguk blog kida ni pada petang 26.03.2010 dan sampai harini baru aku buka blog ni, bukan apa selama 9 hari aku di nasihat oleh Doktor agar berehat sepenuhnya di atas katil agar tidak aktif termasuk aktif dalam hubungan seksual, Allah telah menarik sedikit pancaindera yang ada pada aku, duduk dalam wad tiga hari, jalan pun tak boleh macam nak mati rasanya, tapi InsyaAllah sekarang dah sihat sikit, jadi tak kempunan lah aku.

Aku rasa bukan teman budiman tak nak respon, mungkin diaorang juga sedih agaknya mengenangkan nasib apamz ni, tapi apamz pulak minta tolong tenaga, manalah teman budiman nak kata, ada yang sibuk bermotivasi, kira duit, kira kereta, menangkap penyamun, menangkap ikan dan pelbagai aktiviti.

Kalau aku ni kaya macam Datuk K tu, dah lama aku ajak apamz kerja dengan aku, boleh tolong kira duit aku, tenguk2kan isteri aku siti norhaliza tu, gaji aku bagi rm6 ribu sebulan, siap potong kwsp untuk masa depan apamz, kenaikan tahunan mengikut prestasi, bonus, kereta dan lain2 kemudahan yang apamz perlukan, mmmmm tapi itu semua kalau......

Jawapan buat apamz semua sama saja, tak dapat membantu sebab ada komitmen lain, semoga apamz tabah saja, hidup mesti diteruskan dan bla bla bla...

Maaf Kida, kalau kalau kehadiran koi sudah tak diterima izinkan koi mengundur diri, maaf diminta andai kata terkasar bahasa, ada umur berjumpa kembali.

Assalamualaikum.

Tamarulan said...

Salam sejahtera,

Tersedak aku sebab nama aku disebut, takkan pasal apamz kita nak terputus silaturrahim, ada sikit pembetulan berkaitan baris2 catatan kida ni, rakan2 bukan tulis untuk bergelak ketawa saja, bukan kerana pangkat dah besar, kalau nak dibandingkan dengan rerodong, aku ni golf pun tak pernah main sebab kos yang tinggi, dari aksesori sampai nak main sukan golf ni.

Cuma kadang2 minat nak menulis komen ni ada pada satu2 isu yang dirasa menarik saja, cuba kita perhatikan cerita blog ni ada kisah begitu mendapat sambutan, ada yang agak dingin, perhatikan saja pada ruangan komen tu, ada sampai puluhan komen, ada tiada komen.

Aku perhatikan isu baru pasti ada banyak komen, tapi isu apamz ni mungkin dah tak meriah lagi, tapi bukan bermakna kita dah lupa pada apamz ni, cuma rakan budiman agak terkedu nak beri komen, cuba kita imbas kembali artikel abg jemm dulu, kisah dan pengalaman beliau.

Aku atau rakan2 budiman bukan tak nak beri idea, takut tidak dapat diterima rerodong atau nanti ditempelak mentah2 saja.Buat renungan rerodong, macam mana kaum kemboja boleh menjadi usahawan berjaya dalam perniagaan kain, banyak kaum lohong gulung tikar, kaum pakistan berjaya jadi pengedar karpet dan khat kat negara kita.

Apakah kita perlu keluar dari kepompong untuk memulakan hidup baru, atau berhijrah untuk berjaya, sejarah telah membuktikannya, rerodong pun berjaya tidak di tempat asalnya. Menurut Billy Lim dalam bukunya Berani Gagal @ Dare to fail, panjang kalau nak diulaskan.

Buat saudara apamz, cuba bertindak lebih berani, mula mengorak langkah walaupun sukar, sampai bila nak jadi penjaja ice blended, rerodong sekelian hanya dapat memerhati dari jauh, aku pun taknak jadi hipokrit, bagi aku berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Dah panjang aku melalut ni, yang baik datangnya dari Allah, yang buruk datangnya dari aku.
Maaf apamz jika ada yang megguris hati.

Anonymous said...

SALAM SEMUA BUDIMAN..
MAAF LAH YE....APA KATA BUDIMAN BUAT KUTIPAN AMAL UTK APAM BUKA KEDAI ATAU GERAI ICE BLANDED OK TAK? TAK YAH DIA KEJOR SANA SINI..
TAPI UNTUNGNYA KAWAN TAK PASTI LEBIH DARI PASAR MALAM..

JOHAN CAKAP JEE....

LaN kidA said...

Salam,
Terima kasih kepada semua yang di atas yang akhirnya sudi menunjukkan juga keprihatinan anda semua. Prihatin bukan bermakna kita mesti menghulurkan bantuan... menunjukkan keprihatinan, caring dan mengingati rodong yang kesusahan pun dah cukup. Kita pun faham semua orang ada masalah masing-masing yang mungkin lebih berat lagi dan perlukan lebih lagi kerpihatinan nya.

Cuma kalau semua masalah rodong di luar KL kena orang KL juga datang dan selesaikan, rasanya tak patut sangat la tu. Apa guna rodong yang duduk dekat2, kalau orang KL juga (yang katanya asyik jamming kat ofis Sutok saja) yang nak kena datang dan selesaikan masalah rodong di Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan dll.

Apa-apa pun kita buang yang keruh dan ambil yang jernih la. Nak mengubah perangai manusia terutama kearah kebaikan ni memang susah sebab manusia sekarang pandai bercakap...ada jer alasannya...kita cakap la apa pun..mesti ada jawapan la.

Tapi apa pun jangan susah hati...sebab hari Rabu ni ada acara bergelak sakan punya...dan hos nya orang Kuantan semuanya...rodong2 kita juga...dan geng Kuantan ni akan datang bergelak sakan di Kuala Lumpur...tak payah suruh pun...tengok artikel selepas ini.