Wednesday, March 24, 2010

ceRitA keMatiAN

Tadi saya sempat jenguk blog Dona dsS dan Takziah serta Al-Fatihah saya ucapkan kepada beberapa rakan budiMaN senior yang telah kehilangan orang yang tersayang seperti Sheena yang kehilangan bapanya, Shake yang kehilangan adik iparnya, Dona yang kehilangan anak sepupunya dan Sit yang kehilangan abang iparnya.

Bercerita tentang kematian mengejut sebegini teringat saya suatu kisah yang menjadikan pengajaran kepada saya tentang kematian mengejut seorang insan tidak berapa lama dulu. Insan tersebut adalah sahabat kepada kawan saya. Insan tersebut meninggal dunia secara mengejut di pejabatnya dalam usia masih di awal 50an.

Apabila insan tersebut sudah di kebumikan, maka si anak pergi la ke pejabat arwah bapanya untuk mengambil barang-barang bapanya di pejabat. Sampai di bilik arwah bapanya, beliau pun menyelongkar segala barangan peribadi kepunyaan arwah untuk di ambil dan di bawa pulang. Rupa-rupanya kalau di rumah ayahnya hanya ada satu handphone tetapi di pejabat rupa-rupanya ada 2 handphone. Satu handphone yang biasa di gunakan untuk keluarga, peribadi dan pejabat tetapi rupanya ada satu handphone lagi untuk communication dengan girlfriend. Bukan sahaja ada berpuloh senarai girlfriend siap dengan sms sexual bahkan ada gambar video lagi sexual dengan girlfriends. Itu bab telefon. Buka pulak laptop ayah beliau....ada fail/folder lagi gambar2 dengan girlfriend dan macam-macam video lucah baik gambar beliau sendiri mahupun video lucah yang lain-lain.

Yang sedih dan hiba sangat si anak bila melihat semua itu...bila teringatkan ayahnya selalu ada di rumah dan tak kemana-mana bila balik dari pejabat. Ayahnya pula dah bergelar Haji. Sampaikan emak beliau kalau anak-anak selalu merayap atau melepak selalu bandingkan dengan ayahnya di mana emak beliau selalu berkata...."Cubalah korang ni jadi macam ayah kau ni...balik pejabat duduk rumah, pergi surau sembahyang maghrib dan isyak...dengar ceramah agama kat masjid...tak kemana-mana...elok jer duduk rumah"

Nasib baik la si anak pergi mengambil barang-barang ayahnya seorang diri tanpa di temani emaknya. Jadi si anak merasakan biarlah ianya menjadi rahsia dirinya sahaja dan tidak sampai hati untuk memberitahu ibunya.

Kesimpulannya saya nak ingatkan terutama kepada diri saya sendiri :

1. Mati itu bila-bila masa sahaja jadi bersiap sedia la sentiasa.
2. Jangan la simpan perkara yang bukan-bukan dalam handphone ke atau laptop ke. Yang penting jangan buat perkara yang bukan-bukan. Naya beb!
3. Penampilan yang baik belum tentu menjadikan seseorang itu baik. Ini tak kira jantan je sebenarnya, pompuan ada jugak zaman ni. Tambah dengan macam2 friendship site kat internet masa ni. Aktiviti black market yang dia seorang jer tahu banyak terjadi. Tapi bila mati semua tu exposed jugak kat atas dunia ni dan yang sedihnya waris pulak yang dapat tahu. Rupa-rupanya yang disanjung selama ini adalah sebaliknya.... kan naya tu beb.
4. Lain kali beritahu jer bini kita nak pi clubbing ker, nak pergi karaoke ker...kan senang takde rahsia...ingat kita beritahu bukan nak minta kebenaran...just to inform...after all it is our privilage and our prerogative...not theirs'...(haha...selit jugak kes takut bini ni)
5. Yang lain-lain tu korang pikir-pikir la sendiri dan tolong tambah kat komen tu.

10 comments:

Tamarulan said...

Assalamualaikum Kida dan semua rakan budiman.

Bila Izrail datang memanggil jasad terbujur di pembaringan
Tiada lagi rimbunan harta kawan karib sanak saudara.....

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu..

Itu lagu nasyid yang amat menarik hingga harini, bila cerita bab mati mengejut ni ada satu lagi aku nak tambah kida, ni kisah benar tau, disaat isteri meratapi kematian suami, tiba2 datang satu perempuan membawa anak kecil turut meratapi kematian tersebut, maka si isteri tertanya2 siapa gerangan perempuan muda ni, siapa lagi bini nombor dua lah, suasana agak hening jugak.

Orang lelaki ni memang kejadian agak unik, hobi dia memang rahsia, malah isteri pun kadang2 tak tahu, walau bagaimana pun, si anak jangan lah pelik, ikut saja yang baik dan yang buruk tu buangkan saja, itupun dah kira baik bapa dia nak pergi haji, sembahyang, dengar kuliah, duduk rumah bersama keluarga, kalau semua tu dia tak buat lagi haru.

Rakan budiman pun apa kurangnya, banyak jugak benda pelik dia buat, telefon no.2 tu dipanggil telefon jahat, pun rakan budiman ada simpan, tapi dah jadi lumrah selalunya jantan yang brutal ni selalunya banyak baiknya, tapi yang pendiam ni selalunya agak bahaya sikit, banyak yang terpendam.

Betul kata zola tu, didik anak ikut zaman, tapi jangan lupa pada kemudahan membawa kemusnahan, tenguk saja aksi dalam bluetooth tu, rasa anak2 kita tak tenguk ke?, dia orang mesti nak rasa cuba try test, bak kata satu ustaz dalam satu kuliah maghrib yang saya hadiri, kalau anak kita ditinggal di rumah bersama dua cd ceramah agama dan cd blue, kemudian suruh dia buat keputusan mana yan baik dan mana yang buruk, pastu tinggalkan dia sorang2, cuba teka mana yang dia tenguk dulu, bukan apa maksud ustaz tu kita tak tahu apa yang ada dalam pemikiran orang muda, nasihat dah nasihat dah, habih camano.

Kalau tak caya cuba tanya apa orang lelaki buat bila dia dah buat akhil baligh, matdwan pun senyum2 saja, terbeliak biji mata.

Ok lah kembali balik pada selimut putih tu, kawan rapat aku pun dah ramai yang pergi termasuk arwah Hamzah Ramli, aku kacau pun dia tak pernah marah, senyum saja. Al Fatihah untuk dia. Macam kawan matdwan pernah kata, "aku rasa hari ni macam fana saja" pastu naik motor berdentum....arwah.

Buat rakan budiman kena ingat, pandai makan kena pandai simpan.

Innalillahiwainnailahirajiun.

Juragan said...

Kehadapan,

MatDwan
Mat Brengsek
Amid
Tamarulan
Abg Jemm
John
Kerbau
Sutok
Ummi
Salwani
Zola
Karkun
Sirap
Kutu
Apek
Kitang
Shake my love.
Dan lain2
Juga Kida dan Koi Juragan

Dengan ucapan
INSAF JANGAN TAK INSAF WER.

matdwan said...

salam..,

rakan2 ku yang BudiMan.., mmg betul kata rakan2 ku., terlalu banyak perkara yang berlaku dihadapan mata atau berkenaan rakan taulan malah sanak saudara atau mungkin adik beradik yang meninggal dgn tiba2., rasa macam tak percaya akan pemergian..,

Arwah bapa terasa baru kelmarin meninggalkan kami, walaupun dah 18 tahun berlalu..,
Natijahnya.., (bukan najihah ek).., apa yang kita pelajari atau apakah kesan kpd kita yg masih diberi ruang oleh Allah ini??...,

Isu inilah yg selalu amat menganggu koi.., terasa amat ciput rasanaya dari segi amal ibadah dan amal jariah.., camana ..??,

Cuba kita bayangkan bagaimana junjungan kita Rasulullah SAW dalam masa 23 tahun sahaja telah melaksanakan tugas yang amat berat dan sukar dgn begitu berjaya sekali.., kita dimana??
23 tahun meninggal itm.., apakah yang telah kita lakukan..,

Harap ada rakan2 yang boleh memberi panduan tentang bagaimana untuk menyelesaikan isu ini.

Adious
Asta Lavista

p/s kisah yang lebih kurang sama dgn rakan lan kida.., cuma bezanya rakan ini amat gemar sekali menyimpan cd blue dgn cara menampal dibaweh meja beliau.., apabila dia meninggal dan org ofis yang mengemas meja terjumpa hampir 50 kpg cd terlekat kat bwh meja, nasib baik officer dia tak bising dan close case.

KiTanG said...

Salam...terimakasih Juragan atas ingatan...
To Allah We Belong & To Him We Return.

Anonymous said...

Return of ultraman

Juragan said...

Mat Dwan jangan lah bersedih atas pemergian ayahanda tu, bak kata lagu blues gang.......
Yang pergi itu biarlah dia pergi..
bangun lah sayang tabah kan hati..

Betul matdwan, aku dalam hidup ni baru dua kali aku menitiskan air mata, pertama pemergian ayah dan kedua pemergian ibu ku.

Ketiga kalau maya karin mati aku menangis jugak sebab kempunan....
Kahkahkahkiok.

Excuse me, may i go out.

Tajam-tajam said...

Salam....amat bagus rencana mcm ni......jgn tunggu lagi..ayoh siapkan diri....

abgjemm@gmail.com said...

Bismillahirrahmaanirrahim

Yo Abg amid..,

Seseorang yang tidak pandai berenang, dan dia telah set kan di fikirannya “aku tak boleh berenang” dengan sendirinya dia tidak akan berusaha untuk berenang, jauh lagi untuk mampu berenang. Oleh itu ‘benteng’ ini harus dipecahkan, bentuk pemikiran yang membezakan antara ibadah dan amalan harian harus dileburkan sehingga menjadikan amalan harian itu adalah ibadah, keduanya ini kita jadikan dalam satu unsur.

Allahualam

Yo
Abgjemm@gmail.com

buah kiwi said...

byk pengajaran..